Umur 46 Nampak Sebaya Macam 20an, Rupanya Wanita Ini Emak Kepada 2 Anak Kembar. Sekali pandang apabila melihat wajah ketiga-tiganya nampak seiras dan seperti pasangan adik beradik atau mungkin berkawan baik.
Tetapi yang memeranjatnya rupanya mereka ini adalah pasangan ibu dan anak. Bagaikan tidak percaya wajah ibu ini kelihatan seperti sebaya dengan dua anaknya ini.
Menurut Mirror UK, wanita bernama Sahar Darwazeh telah disalah anggap sebagai kembar kepada anaknya yang berusia 24 tahun.
“Saya dan Juana (kembarnya) sangat bertuah kerana memiliki ibu yang sangat jelita, sihat dan boleh bersantai bersama kami seperti kawan karib,” ungkap Dana lagi.
Dengan lebih daripada 43,000 pengikut TikTok dan 32,500 pengikut Instagram, Dana kerap berkongsi tentang semua perkara termasuklah, makanan, fesyen dan kehidupannya di London dan Jordan.
Rupanya Wanita Ini Emak Kepada 2 Anak Kembar
Dana yang baru melancarkan jenama sambungan rambutnya sendiri, sebelum ini sering memuat naik video bersama kembarnya, Juana hanya sekadar seronok-seronok.
Ads
Baca lagi ‘Comelnya, macam anak mat saleh. Rezeki tu.’ Miliki dua anak perempuan albino, ibu ini luah rasa syukur!
Malah, beliau juga ada memuat naik video dengan ibunya.
Pun demikian, mereka tidak menduga para pengikut sangat suka setiap kali status yang melibatkan ibu tersayang dimuat naik.
Seronok kan bila orang cakap muka macam adik beradik, padahal ibu dan anak.
Nak tahu kelebihan guna Vaselin, bukan dengan membaca sahaja, tetapi anda sendiri kena cuba sapu dan amalkan.
Antara yang selalu kita dengar tentang Vaseline atau petroleum jelly ini adalah mampu melembapkan kulit kering dan merawat masalah bibir kering.
Namun sebenarnya masih banyak kegunaan Vaseline dalam dunia kecantikan dan kesihatan. Ini antaranya:
Kulit kering akan membuatkan mengelupas, gatal, retak dan juga berdarah. Jadi kalau guna Vaseline, cara ini lebih berkesan dan kurang merengsakan daripada losyen. Malah boleh dioles pada pada bibir dan kelopak mata.
Kulit pada kelopak mata adalah kulit paling nipis pada badan dan boleh merengsa dengan mudah. Jika kelopak mata anda kering dan menggelupas, sapukan sedikit jeli petroleum untuk kelembapan dan perlindungan.
Bagi hasil terbaik, sentiasa sapukan jeli petroleum apabila kulit lembap.
Bagi luka ringan seperti luka, goresan dan calar, gunakan jeli petroleum untuk memastikan luka itu sentiasa lembap. Ini membantu mengelakkan luka daripada kering dan membentuk kudis. Hal ini kerana, kudis mengambil masa lebih lama untuk sembuh.
Ini juga akan membantu mengelakkan parut daripada menjadi terlalu besar, dalam atau gatal. Selagi luka dibersihkan setiap hari, tidak perlu menggunakan salap antibakteria.
Melecet adalah kerengsaan kulit yang menyakitkan, berlaku apabila bahagian badan saling bergesel bersama atau bergesel dengan pakaian.
Bagi mengelakkan melecet, sapukan jeli petroleum pada kawasan yang bermasalah seperti di kaki atau peha.
Cara terbaik untuk mengelakkan ruam lampin adalah dengan memastikan kulit bayi anda sentiasa kering dan bersih. Tetapi jika bayi anda mengalami ruam, sapukan jeli petroleum semasa setiap kali menukar lampin.
Ruam bayi anda akan hilang dalam masa tiga hingga empat hari, dengan penjagaan yang betul. Jika ruam tidak hilang, berjumpa dengan pakar dermatologi yang disahkan oleh lembaga kesihatan.
Jika anda kerap melakukan rias kuku dan pedikur, sapukan jeli petroleum pada kuku dan kutikula anda. Ini akan mengurangkan kerapuhan dan membantu mengelakkan kuku daripada terkelupas.
Bagi hasil terbaik, sapukan apabila kuku anda lembap.
Walaupun jeli petroleum mempunyai banyak manfaat, ini tidak bermaksud boleh digunakan pada segala-galanya.
Elakkan menyapu jeli petroleum pada muka jika anda mempunyai jenis kulit muka yang mudah berjerawat. Sebab ini boleh menyebabkan jerawat pada sesetengah orang.
Sekiranya anda mempunyai persoalan tentang kulit anda atau cara menjaganya, berjumpa dengan pakar dermatologi yang diperakui oleh lembaga kesihatan.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Selepas bersalin, pelakon jelita, Uqasha Senrose belum bersedia untuk beraksi di depan kamera dek kerana merasakan mahu fokus anak dan badannya pun belum langsing seperti sebelum ini.
Malah pelakon jelita ini jadi tidak kisah soal penampilan diri, asalkan anaknya comel dan wangi.
Apabila disoal tentang pengalaman bergelar ibu selepas tiga bulan melahirkan puteri sulungnya, Hawra Uqaira, sekarang baru dia faham bagaimana perasaan menjadi seorang ibu.
“Kehidupan saya berubah 360 darjah selepas ada anak.
“Saya sudah tidak kisah langsung tentang penampilan diri. Biarlah muka mak dia macam zombi yang penting anak kena sentiasa wangi.
“Keutamaan saya memang pada anak 100 peratus,” katanya ketika ditemui di tayangan perdana filem Takluk : Lahad Datu di sini, semalam.
Pelakon drama Rindu Awak Separuh Nyawa itu juga mengakui berasa ralat untuk berjauhan dengan puterinya biarpun sekejap.
Disebabkan itu juga dia terpaksa menolak beberapa tawaran lakonan kerana masih belum bersedia selain masih dalam proses belajar menjadi ibu.
“Saya masih belum boleh berenggang dengan Uqaira buat masa ini. Perkara ini masih baru untuk saya. Ini kali pertama saya bergelar ibu. Tak mungkin dalam masa tiga bulan saya dah tahu untuk menguruskan segala-galanya. Setiap hari adalah proses pembelajaran untuk saya.
“Memang ada tawaran lakonan seperti drama bersiri daripada Radius One. Tetapi saya terpaksa tolak kerana tidak mahu asyik terfikir tentang anak bila di set penggambaran.
“Ini saya nak tinggalkan dia nak tengok wayang pun dah rasa sedih walaupun dua jam sahaja,” katanya yang hadir memberi sokongan kepada suami tercinta, Kamal Adli.
Selain tidak boleh berenggang dengan anak, kakak kepada Nelydia Senrose dan Raysha Rizrose ini juga mahu memastikan tubuhnya kembali langsing sebelum kembali beraksi di hadapan kamera.
“Saya rasa badan saya pun masih belum mengizinkan saya untuk kembali berlakon. Saya tengah ‘kembang’.
“Tambahan pula saya bersalin secara pembedahan. Jadi agak lambat untuk turun berat badan.
“Tetapi untuk kerja-kerja sebagai duta produk saya okey sahaja,” katanya seraya berkongsi sudah ada tawaran untuk Uqaira menjadi duta produk.
Untuk rekod, pada 27 April lalu, Uqasha selamat melahirkan bayi sulung, Hawra Uqaira seberat 2.27 kilogram selepas dua kali mengalami keguguran.
Nik Zaris Uqasha Nik Sen yang berumur 32 tahun itu sah bergelar isteri kepada pelakon Kamal Adli, 38, pada 5 November 2021 di Janda Baik, Pahang.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Aroma harum air bunga mawar ini dipercayai mampu mengatasi stress. Malah bunga mawar atau rose ini juga memberi efek yang menenangkan sehingga menjadi terapi semula jadi untuk meringankan sakit kepala.
Kuasa yang ada dalam bunga mawar diperakui sehingga sering menjadi pilihan pengamal kecantikan dahulu air mawar sebagai sumber utama dalam menjaga kecantikan luaran dan dalaman wanita.
Air mawar berfungsi untuk menyeimbangkan sabun dan pH pada kulit. Air mawar boleh dibeli dan mudah sahaja untuk dibuat sendiri.
Basuh kelopak mawar dengan bersih dan rebus kelopak bunga mawar bersama air menggunakan api kecil. Kemudian suling airnya dan gunakan air sulingan mawar itu.
Cuaca panas sering membuatkan kulit mudah dehisrasi dan memberi kesan yang tidak cantik kepada kulit terutama wajah. Bunga ros berupaya melembapkan kulit secara semulajadi dengan kandungan polifenol yang terdapat di dalamnya.
Bukan itu sahaja bunga ros juga mengandungi zat omega 3 dan omega 6 yang berkuasa untuk memperbaiki kerosakan kulit daripada dalam. Bunga ros juga kaya dengan vitamin C yang berfungsi untuk meningkatkan kolagen secara semulajadi dalam tubuh.
Vitamin C ini bukan sahaja membantu menjaga kesihatan kulit sehingga memiliki kulit yang halus dan lembut malah boleh juga menyihatkan organ lain seperti mata. Malah vitamin C ini juga berfungsi sebagai antioksida untuk menghalang radikal bebas pada kulit.
Jika kerap disapu pada kulit wajah boleh menyebabkan kulit tetap anjal dan mengelak daripada kulit cepat berkedut.
Mata panda ini terjadi kerana mata yang letih akibat terlalu lama melihat skrin computer, berkerja lewat malam dan berjaga kerana belajar. Mata panda juga boleh terjadi kepada wanita yang meningkat usia kerana daerah kulit dibawah mata semakin menipis.
Bukan suatu penyakit tetapi mereka yang memiliki lingkaran gelap bawah mata ini sering rendah diri dan tidak mahu bergaul dengan masyarakat. Malah jika lingkaran gelap bawah mata ini todak hilang akan menyebabkan muncul tanda penuaan seperti kedut dan garis halus di bawah mata.
Jangan risau, air mawar boleh membantu mengatsi masalah mata panda ini dengan mudah. Ambil kapas dan celup dalam air mawar dan tampal di bahagian mata.
Lakukan dengan lebih kerap untuk menghilangkan lingkaran gelap bawah mata ini dengan segera. Air mawar selain dapat mengatasi mata panda juga memiliki manfaat ajaib lainnya untuk kecantikan.
Jerawat muncul kerana kelenjar di bawah kulit tersumbat akibat kulit mati, minyak dan bacteria. Air bunga mawar memiliki kelebihan yang tidak terduga untuk menghilangkan jerawat.
Air bunga mawar memiliki sifat anti radang yang berguna untuk mencegah iritasi kulit kerana sinar matahari yang berbahaya. Kandungan air dalam bunga mawar dipercayai boleh mempercepatkan penutupan pori-pori sehingga mampu mengurangkan kemerahan pada kulit wajah.
Selain itu, kandungan yang terdapat dalam air bunga mawar boleh membersihkan wajah dan menghilangkan kotoran dan bekas minyak yang menjadi punca pertumbuhan jerawat. malah kelopak mawar mengandungi sifat antibakteria yang berfungsi mengeringkan jerawat.
Melalui cara yang mudah iaitu mencuci wajah menggunakan air suam yang dicampur dengan air bunga mawar dan bersihkan ke seluruh wajah. Wajah pasti akan kelihatan bersih, segar dan cerah.
Aroma harum bunga mawar dapat meningkatkan mood lantas memberikan ketenangan dan menghilangkan stress.
Ketika tubuh penat dan mengalami tekanan, tambahkan air mawar di dalam tub mandi dan rendam di dalamnya selama 15 minit. Pasti anda akan rasa nyaman dan timbul ketenangan akibat stress yang melampau.
Bibir yang gelap mungkin kerana memakai lipstick yang sudah tamat tempoh atau menghisap rokok. Memiliki bibir yang gelap ini akan membuat wanita hilang percaya diri dan sering menutupnya dengan memakai lipstick.
Air bunga mawar boleh membantu dengan berkesan untuk mengembalikan warna bibir yang asal atau mungkin lebih cantik daripada yang sebelumnya.
Caranya sangat mudah iaitu dengan menitiskan air bunga mawar di atas kapas dan sapu kapas tersebut di atas kulit bibir. Lakukan setiap malam sebelum tidur. Bagi memerahkan lagi bibir boleh menggunakan khidmat madu.
Hanya dengan menyapu madu di atas bibir dan biarkan seketika selama 15 minit. Kemudian bilas dengan air suam dan lap dengan kain yang bersih.
Setelah pulang ke rumah ambil kapas yang telah dicelupkan di dalam air mawar lalu di sapu pada kulit wajah dalam gerakan membulat.
Sapuan dan gerakan ini akan membantu menyingkirkan kotoran yang melakat pada kulit dan juga sisa solekan.
Air bunga mawar ini bukan sahaja membantu kulit lebih sihat dan cantik malah sudah pastu tanpa kesan sampingan yang membahayakan kulit wajah.
Air mawar memberikan perlindungan pada kulit serta melembapkan kulit secara semulajadi.
Kandungan vitamin E dan vitamin A yang terdapat dalam air bunga mawar boleh membantu mencerahkan kulit secara semulajadi. Amalkan cara menyapu air bunga mawar pada wajah dengan menggunakan kapas.
Tepuk di seluruh wajah secara merata. Pasti kulit wajah akan lebih segar dan cerah secara semula jadi.