Melihat penampilannya yang sentiasa ceria dan bertenaga dapat mengagak personaliti ini sememangnya sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif.
Bukan saja melihat penampilan terkini, tetapi sejak dulu ketika bergelar anak dara pemilik nama Intan Sarafina ini bukan saja dianugerahkan seraut wajah cantik, tetapi tubuh yang kecil molek.
Biarpun sudah melahirkan tiga orang anak lelaki, bekas pęserta Gegar Vaganza ini tetap maintain langsing.
Jika dilihat dari gaya hidup yang dikongsi di laman Instagram bekas pramugari ini mendedahkan amalan yang jadi rutin kegemaran untuk kekal kihat.
“Selepas kelahiran anak ketiga, Intan cuba mengamalkan gaya hidup sihat. Intan nak sihat dengan cara bersukan secara aktif. Antara sukan yang Intan sangat suka buat ialah running, HIIT workout dan indoor cycling,” katanya.
Ads
Diaju penjagaan kecantikan pula, pelantun lagu Kembali dan Duhai Malam Ini, tanpa berselindung memberitahu tidak mengamalkan sebarang petua tertentu.
“Intan tak ada amalkan petua tradisi pun. Tapi mungkin Intan rasa dengan workout, amalkan minum air secukupnya dan good skin care will help untuk menjadikan kulit lebih cantik dan tegang,” katanya yang sudah berusia 40 tahun Julai lalu.
Sebelum bergelar anak seni, Intan dilaporkan pernah berkhidmat sebagai pramugari di syarikat penerbangan AirAsia pada awal tahun 2004/2005.
Ads
Intan mendirikan rumah tangga dengan Iskandar Ezzahuddin pada tahun 2008 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan tiga orang anak lelaki iaitu Megat Evan Raez, 11 tahun, Megat Israfel Raez, 9 tahun dan Megat Noah, 6 tahun.
Kisah wanita ini agak viral di negara seberang kerana pada usia lewat 54 tahun, dia dilabel sebagai nenek tercantik di Indonesia.
Malah bukan itu saja, nenek ini Puspa Dewi juga popuar kerana aura pesona apabila memiliki paras wajah bagai remaja berusia 17 tahun.
Ketika ditanya rahsia menjaga kecantikan wajah yang kekal awet muda, rupanya dia seorang yang rajin mengamalkan sukan olahraga seperti senamrobik dan zumba.
Ibu kepada dua anak ini tidak perlu mengamalkan diet yang terlalu ketat. Malah dia juga tetap makan protein setiap hari tanpa risau kenaikan berat badan.
Menurutnya tidak susah untuk kekal awet muda apa yang penting setiap pemakanan sihat yang diambil itu harulah disertakan sekali dengan latihan workout yang bersesuaian.
Jika dilihat dari laman instagramnya, ternyata nenek cantik ini tampak lincah melakukan pelbagai aktiviti workout seperti berlari, berenang, angkat berat dan juga menarik. Jadi tidak hairanlah bagaimana dia memiliki kulit wajah yang sihat dan bersinar.
Selain itu, Puspa juga mengakui selalu berfikiran positif, selalu senang dan bersemangat dalam melakukan semua aktiviti.
Dia juga mengakui sangat bahagia kerana memiliki keluarga yang baik dan saling menyayangi serta kisahnya ini memang banyak memberi inspirasi yang positif kepada orang lain.
Antara manfaat yang diperoleh sepanjang melakukan aktiviti olahraga/workout ini hingga mampu menyerlahkan pesonan Puspa yang tampak 36 tahun lebih muda.
1. Amalkan Diet Sihat & Workout Seiring
Dia juga turut mengamalkan diet sihat dan dengan kombinasi itu membantu anda untuk menurunkan berat badan cara lebih sihat dan selamat.
2. Kuatkan Jantung, Paru-Paru & Tulang Otot
Pertama kali lakukan senamrobik mungkin akan berasa sedikit lelah, namun dalam jangka panjang anda akan menikmati peningkatan stamina dan pengurangan rasa letih itu. Bukan itu saja, jantung dan paru-paru akan sihat serta mempertingkatkan kekuatan tulang dan otot dari masa ke semasa.
3.Elakkan Jangkitan Virus
Dengan melakukan senamrobik ini juga dapat menyahaktifkan sistem kekebalan imunisasi badan dengan cara lebih baik.
4.Terhindar Dari Penyakit Berbahaya
Latihan aerobik mengurangi risiko berbagai penyakit berbahaya seperti obesiti, penyakit jantung, tekanan darah tinggi, diabetes type 2, sindrom metabolik, stroke, dan jenis kanser tertentu.
Dengan latihan aerobikyang konsisten mampu menahan beban, seperti berjalan dan membantu menurunkan risiko osteoporosis.
5.Bantu Kurangkan Tekanan Darah & Kawalan Gula
Latihan aerobik dapat membantu menurunkan tekanan darah dan mengawal gula dalam darah. Ini dapat mengurangi rasa sakit dan meningkatkan fungsi pada penderita radang sendi.
Latihan aerobik juga dapat meningkatkan kualiti hidup dan memberi kegembiraan pada mereka yang pernah menderita kanser. Jika anda memiliki penyakit arteri koroner, latihan aerobik dapat membantu mengawal dan menjaga kesihatan dengan baik.
6. Jadi Awet Muda
Kajian menunjukkan bahwa orang yang konsisten dalam latihan aerobik hidup lebih lama daripada mereka yang tidak melakukan sebarang senaman secara tetap. Selain itu, mereka juga memiliki risiko kematian yang lebih rendah karena aerobic mampu membuat anda terhindar dari risiko penyakit jantung dan kanser tertentu.
Bagi mereka yang mengamalkan diet sihat, pasti tidak ada masalah untuk makan makanan yang menyihatkan.
Biarpun rasanya agak kurang sedap, tetapi apa yang penting sajiannya mampu mengawal pemakanan seseorang yang mengalami berat badan berlebihan.
Seperti perkongsian wanita ini Siti Hawa Mohd Zainudin yang berkongsi menu sihat diamalkan dan hasilnya berjaya turunkan 10 kg. Sebelum ini beratnya 68 kg dan berjaya turun sehingga 57 kg.
Menurutnya tiada alasan diet perlu menahan lapar, sebaliknya enjoy menikmati makanan sihat yang disediakan.
Biarpun menu disediakan tidak sepenuhnya eat clean, tetapi dia lebih mengawal portion karbo dan protein serta melebihkan sayuran/serat.
Jom kita lihat menu sihat diamalkan dan paling penting tetap ada nasi tetap ada. Malah perutnya juga tetap kenyang biarpun makan hidangan begini.
Masih lagi memperkatakan tentang durian memandangkan jualan secara terbuka di pasaran disebabkan musim raja buah ini.
Sebelum itu kita sering dengar kata orang tua atau mitos memberitahu elakkan makan durian dengan makanan lain, misalnya air bergas atau kopi.
Adakah mitos ini benar atau sebaliknya. Dalam hal ini Pakar Kimia Dr Fatimah Salim menjelaskan tentang larangan mencampur makanan lain ketika makan durian.
Kita sering mendengar dan membaca tentang pantang makanan yang tidak boleh diambil bersama dengan durian contoh seperti ss di bawah kerana dibimbangi berlakunya tindak balas komponen durian dan makanan lalu memberikan risiko kepada kesihatan badan.
Contoh larangan memakan durian bersama dengan kopi, coke, susu, ketam, daging (kambing dan lembu) dan sebagainya. Kebimbangan dan larangan ini semuanya adalah mitos yang sudah lama tertanam dalam minda. Jika kita ‘google’ pun, banyak sangat ‘hits’ sebegini.
Cerita-cerita sebegini biasanya terjadi disebabkan ada individu yang mungkin ‘kebetulan’ berhadapan dengan masalah kesihatan berkaitan, dan ada juga yang pakat ikut tanpa asas selain perasaan takut.
Sebenarnya mencampur makan durian dengan makanan TIDAK akan mencetuskan sebarang penyakit tertentu jika diambil secara bersederana sesuai dengan tahap sensitiviti badan individu (threshold).
Apa-apa pun, seperti yang selalu dipesan ialah mohon ambil tahu tahap kesihatan badan sendiri. Sedar diri kita macam mana. Jadilah seorang yang kritikal terhadap pemakanan jika anda adalah individu yang sensetif, mudah sakit dan telah disahkan menghidap sesuatu penyakit.
Bilamana doktor atau dietitian melarang anda mengambil makanan tertentu, pastinya kerana kandungan signifikan bahan kimia semulajadi dalam makanan itu yang berpotensi memberikan risiko kepada masalah kesihatan sedia ada anda.
Contoh mereka yang mempunyai masalah kesihatan kronik seperti buah pinggang, darah tinggi dan kencing manis yang memang boleh terkesan dengan durian kerana kandungan bahan kimia potassium yang tinggi. Potassium yang berlebihan dalam badan akan mengganggu fungsi kontraksi otot jantung, seterusnya boleh membawa kematian.
Selain itu, durian kaya dengan bahan kimia mudah meruap bersulfur yang berkumpul dalam bentuk gas di perut lalu menyebabkan senak dan pedih ulu hati (heartburn). Mereka yang mempunyai masalah GERD boleh terkesan.
Bahan kimia jenisini juga boleh mengaktifkan protein tertentu pada sistem penghadaman yang bertanggungjawab menyebabkan sensasi ‘panas’ (burning sensation), jika diambil dalam kuantiti signifikan. Keadaan ini membuatkan kita merasa ‘panas’, kesan sama boleh berlaku dengan mengambil bawang putih, halia dan cili.
Durian juga kaya dengan bahan kimia sukrosa, glukosa, glukosa dan maltosa (aka gula) yang banyak. Gula ini boleh menaikkan paras gula dalam darah apabila diserap badan. Maka pesakit kencing manis kronik perlu berwaspada dengan jumlah pengambilan durian.
Gula semulajadi dan bahan kimia bersulfur yang tidak berjaya dihadam atau diserap dalam darah kerana terperangkap dalam serat tidak larut durian pula akan difermentasi oleh bakteria dalam usus besar.
Proses fermentasi ini akan menghasilkan gas hidrogen sulfida, hidrogen, karbon dioksida dan metana. Pengumpulan gas-gas yang berlebihan dalam usus besar ini akan menyebabkan kembung (bloated) jika tidak dikeluarkan sebagai kentut. Inilah yang juga dipanggil dengan istilah ‘angin’.
Untuk mereka yang sihat dan tidak sensetif pula, tidak ada masalah untuk menggabungkan makanan tersebut. Tidak akan berlaku tindak balas kimia yang berbahaya dalam sistem penghadaman. Makanan yang tidak sesuai untuk anda, belum tentu tidak sesuai kepada orang lain.
Oleh itu, usahlah pukul sama rata melarang atau mengiakan semua. Sebenarnya sudah ada banyak produk yang dihasilkan melalui gabungan komponen durian dengan makanan larangan diambil sama di bawah, contoh aiskrim (susu +durian), kopi durian dan sebagainya.
Pun begitu, ingatlah setiap yang berlebihan itu boleh membawa mudarat. Maka, bersederhanalah… Jika anda mengalami masalah kesihatan yang berpanjangan, berjumpalah dengan doktor perubatan.
Ini kerana setiap kesakitan yang kita rasa adalah disebabkan oleh ketidakseimbangan kimia pada bahagian itu dan mungkin menjadi ‘signal’ kepada masalah yang lebih serius.
Tips untuk mengurangkan kesan ‘gas’ dan ‘panas’ dari durian:
1) Minum air sejuk secukupnya. Air berupaya menyerap haba dari badan dan mengeluarkannya dalam bentuk kencing.
2) Makan durian bersama dengan susu. Susu mengandungi casein yang boleh meneutralkan bahan kimia bersulfur dalam durian.
3) Minum air kelapa segar juga boleh membantu menurunkan ‘panas’ badan dengan menyeimbangkan elektrolit dalam sel. Dan ambil tahu yang air kelapa juga mengandungi gula semulajadi.
Nota tambahan: Durian mungkin boleh melambatkan proses pertukaran kimia alkohol dalam badan. Maka, elakkan mengambil minuman beralkohol (contoh arak) bersama dengan durian terutamanya mereka yang memang ada masalah kesihatan sedia ada.