Siapa yang tidak stress jika setiap kali menimbang di mesih penimbang, berat badan masih sama dan tidak turun-turun.
Tidak mahu terlalu memikirkan soal penurunan angka, wanita NoorHayani Mangsor ini melalui Grup Diet Suku-Suku Separuh tekad meneruskan saja diet tanpa melihat mesin penimbang.
Dan setelah hampir 90 hari melakukan diet, dia berjaya menghilangkan berat sehingga 19 kg. Sebelum ini beratnya adalah 85 kg dan kini berjaya mendapat 66 kg.
Menurutnya memang agak struggle untuk melenyapkan hampir 19 kg ini tetapi yang penting misi untuk mendapatkan berat badan ideal hampir tercapai.
Dia yang mempunyai ketinggian 160 cm saja masih perlu hilangkan 7kg lagi untuk mencapai berat ideal iaitu 59 kg.
Tidak perlukan sebarang produk atau suplemen kurus, sebaliknya hanya mengamalkan 4 cara ini untuk kekal sihat.
Ads
Dia hanya mengawal kuantiti pemakanan dengan mengikut cara amalan Diet Suku-Suku Separuh melalui kaedah Intermittent Fasting dan juga melakukan senaman.
Tidak lokek berkongsi sebahagian menu yang diambil sepanjang perjalanan dietnya ini. Nampak semua sedap dan menyelerakan, yang penting dalam portion DSSS.
Ada tak yang nak hilangkan blackhead dan whitehead dengan cara jimat dan berkesan tanpa perlu pergi Spa?
Haaa… jika anda berniat mahu cantikkan kulit wajah daripada masalah blackhead dan whitehead, boleh cuba tip yang dikongsi oleh Sarini Zainal ini.
Okay cara ini untuk buang Blackhead / Whitehead tanpa menyakitkan, tanpa membesarkan lagi pori, tanpa tools mahal. Kalau konsisten, memang dah tak ada hidung berbiji-biji dan berbintik hitam lepas ni.
Sejak akhir-akhir ini ramai pula mengadu banyak blackhead, ramai juga suka picit blackhead, tapi tetap ada balik. Sampai merah-merah hidung dipicitnya.
Saya guna Cleansing Oil. Cleansing Oil yang diurut perlahan sehingga menghasilkan sedikit haba boleh mencairkan segala minyak, kotoran, membersihkan pori tersumbat dengan baik.
Pilih Cleansing Oil kegemaran anda. Di dalam gambar ini, saya gunakan Skin Reset. Saya lebih sukakan non-emulsifying Cleansing Oil untuk tujuan urutan, kerana lebih lembut dan kekal lama di wajah.
Kalau nak pakai yang emulsify, pastikan muka kering, tangan kering, jangan berpeluh. Sebab nak urut ni lama, nanti berpeluh habis oil itu jadi bersusu dan tak dapatlah nak capai tujuan asal kita.
Urut pada muka yang kering. Urut selama 5-10 minit. Lenguh? Teruskan. Jika mampu, sehingga 20 minit atau apabila anda terasa wajah sedikit ‘suam’ dan timbul biji-biji halus. Paling elok, 15 minit.
Bersihkan tangan anda. Tangan sahaja, jangan muka tau. Kalau tangan rasa berminyak boleh bilas dengan sabun, lap.
Ambil air suam, celupkan tangan, dan urut wajah. Ulang step ni beberapa kali sampai rasa berminyak itu dah berkurangan. Berkurangan ya, bukan hilang sepenuhnya.
Ambil Cotton Pad atau kain lembut, lapkan wajah anda. Jika bahagian hidung itu banyak whitehead/blackhead, tekan perlahan. Anda akan dapati blackhead serta whitehead sangat mudah keluar dengan banyaknya.
Setelah berpuas hati, ambil pencuci muka, gosokkan di tapak tangan sehingga berbuih, kemudian urut muka. Bilas dengan air, sehingga tiada rasa berminyak.
Boleh buat seminggu sekali. Malas? 2 minggu sekali pun boleh.
Istilah muka licin bagai telur dikupas tu tak mustahil. Asalkan konsisten dan rajin. Tak perlu produk mahal.
Satu sahaja pesanan saya, jangan picit! Nanti dah lekuk, jadi lubang, pori membesar.
Susah sangat nak hilang. Bila umur 30an, kolagen dah kurang, makin besar lekuk dan pori tu nampak. Waktu muda, jaga elok-elok.
Tak perlu barang mahal, cuma elakkan harsh chemical, jangan sentuh muka atau picit muka terutama bila kuku panjang, jaga pemakanan, kebersihan, rutin asas – insyaAllah akan okay.
Selamat mencuba!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Semakin jelita walau umurnya semakin meningkat, Nasha Aziz nampak manis apabila sesekali mengenakan hijab menutup auratnya.
Terbaru pelakon dan model ini memaklumkan bakal mengerjakan ibadah umrah dan akan berada di Tanah Suci selama sebulan, penghujung tahun ini.
Bakal berangkat seorang diri, Nasha menyifatkan termakbulnya hasrat yang sekian lama terpendam sebagai satu hikmah di sebalik pelbagai ujian dihadapi sebelum ini.
“Ini adalah salah satu doa saya yang Allah dengar. Doa ini saya sudah panjatkan sebaik sahaja selesai menjalani penggambaran drama rantaian tahun lalu.
“Sepatutnya kos menunaikan umrah adalah baki bayaran lakonan drama yang masih belum dijelaskan. Malah, penerbit drama juga berjanji akan bantu urusan tempahan.
“Namun, tunggu punya tunggu sampai setahun, tapi tak ada juga. Atas kuasa Allah, saya tetap diundang untuk menjadi tetamu-Nya.
“Walaupun kos pemergian saya ini bukan daripada baki bayaran yang masih belum dijelaskan, tapi Allah beri rezeki lain yang membolehkan saya menunaikan impian ini.
“Insya-Allah, saya akan berangkat ke Tanah Suci pada 26 Disember ini selepas penggambaran telefilem yang dijayakan ketika ini selesai.
“Saya akan berada di Tanah Suci selama sebulan dan sudah pun mengambil visa pelancong,” katanya.
Jelasnya, sepanjang bergiat aktif dalam bidang peragaan dan juga menjadi anak wayang, ini adalah kali pertama menggunakan wang daripada hasil titik peluhnya untuk bercuti ke luar negara.
“Sepanjang menjadi model dan anak seni, saya tidak pernah membelanjakan pendapatan yang diperoleh untuk pergi bercuti ke luar negara. Sebaliknya, saya gunakannya untuk tunaikan tanggungjawab terhadap keluarga, diri sendiri dan apa sahaja yang sepatutnya.
“Saya juga pernah berjanji dengan diri sendiri, jika saya dapat satu tawaran besar, percutian pertama saya untuk terapi diri, saya mahu ke Makkah.
Rezeki berpijak kepada Nasha Aziz kali ini, apa pun didoakan moga segala urusan dipermudahkan dan berjalan lancar sepanjang persiapan ke sana nanti.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Seperti yang kita maklum, gejala virus Omicron kini sedang melanda negara kita dengan jumlah peningkatan kes baru mencecah lebih 10 ribu.
Situasi ini sedikit sebanyak membimbangkan walaupun dikatakan kebanyakan yang dikesan adalah mereka yang mempunyai tahap gejala 1 dan 2.
Sebenarnya, bukan sahaja Malaysia, lapor Nation Thailand, jangkitan Covid-19 melibatkan varian Omicron mula mengancam 20 negara di Asia seperti Indonesia, Singapura dan Thailand.
Pun demikian, perkara yang dirisaukan oleh pakar perubatan sedunia adalah pandangan bahawa Omicron tidak berbahaya seperti Delta.
Persepsi itu nampaknya menyebabkan masyarakat tidak peka dengan situasi semasa.
Walaupun kebanyakan pesakit yang mendapat jangkitan Omicron tidak mengadu simptom demam seperti pesakit yang menderita dengan varian Delta.
Namun, ramai yang mengadu mereka mengalami masalah batuk dan gangguan pada tekak (sakit-sakit dan gatal-gatal).
“Ia disusuli dengan hidung tersumbat seperti hidung berair atau berair dan kadang-kadang sakit kepala,” ujar seorang Pakar Pulmonari dari Hospital Persahabatan, Indonesia, Dr Erlina Burhan kepada Detik Health.
Dalam pembentangannya, Dr Erlina mendedahkan, gejala awal pesakit selepas dijangkiti varian Omicron adalah badan menjadi lesu, lemah dan mudah letih.
“Justeru, sebaik gejala Omicron muncul, jangan sesekali membiarkan sahaja terutama jika terjadi kepada warga emas dan individu yang mempunyai penyakit bawaan komorbid atau tidak terkawal.
“Seandainya diendahkan, gejala berkenaan (Omicron) yang muncul boleh menjadi lebih teruk. Seseorang boleh sesak nafas kerana keradangan mungkin mula berlaku di dalam paru-paru,” katanya lagi.
Ada Yang Alami Cirit-Birit
Dalam satu artikel berasingan, Detik Health yang memetik penulisan dari John Hopkins Medicine, Amerika Syarikat berkata, simptom Omicron lebih ringan berbanding dengan varian lain.
Salah satunya adalah berlakunya cirit-birit semasa membuang air besar.
Hospital terkemuka dunia itu mendedahkan, kira-kira 20 peratus pesakit COVID-19 berkemungkinan mengalami simptom berkenaan (cirit-birit) terlebih dulu selepas terdedah kepada Omicron.
“Kecurigaan terhadap jangkitan Covid-19 juga boleh menjadi lebih besar jika cirit-birit disertai dengan gejala seperti selesema yang lain,” katanya.
John Hopkins Medicine turut berkongsi pengalaman seorang doktor dari San Francisco, AS, Dr Robert Bob Wachter yang menceritakan pengalaman anaknya yang dijangkiti Omicron.
“Anak saya mengalami simptom seperti selesema sebaik bangun dari tidur. Gejala lain termasuk sakit tekak, batuk kering, sakit otot dan menggigil.
“Sepatutnya selepas mendapat vaksin penggalak beliau baik-baik saja, namun apa yang berlaku adalah sebaliknya. Anak saya memang cemas kerana dijangkiti varian Omicron,” kata Dr Wachter dalam ciapan menerusi akaun akaun Twitternya.
Justeru, kepada anda di luar sana, terus patuh kepada prosedur operasi standard yang ditetapkan kerajaan.
Tanda-Tanda Dijangkiti Virus Omicron
i. Selsema
ii. Sakit kepala
iii. Kepenatan
iv. Bersin
v. Sakit tekak
Gejala Lain
i. Suara serak
ii. Menggigil
iii. Sukar untuk fokus
iv. Pening kepala
v. Hilang nafsu makan