Baru-baru ini tular di media apabila pemerintah China dilaporan akan menggunakan kaedah calitán dubur (anal swab) bagi mengenal pasti individu yang dianggap berisiko tinggi dijangkiti Covid-19.
Walaupun ramai yang memperkatakan kaedah ini, malah ada juga yang menganggap sebagai bahan jenaka tetapi rupanya ia terbukti berkesan.
Memetik laporan CCTV, pegawai kesihatan melakukan ujian calitan dubur dalam kalangan penduduk di kawasan yang disahkan mencatatkan kes jangkitan Covid-19 di Beijing sejak seminggu yang lalu.
Menurut pakar-pakar perubatan China, mereka bersetuju mengguna pakai kaedah itu kerana :
1. Lebih tepat untuk mengesan kehadiran Covid-19 berbanding ujian calitan tekak dan hidung.
Ads
2. Virus Covid-19 bertahan lebih lama di dubur berbanding saluran pernafasan.
3. Telah terbukti berhasil dengan ujian yang dibuat terhadap penduduk di zon merah di Beijing yang menjalani tempoh kuarantin.
4. Kaedah itu membantu mengurangkan hasil ujian positif palsu.
5. Kaedah calitan dubur itu juga dapat meningkatkan kadar pengesanan individu yang dijangkiti virus berkenaan.
Ads
Bagaimanapun, menurut CCTV, kaedah swab dubur tidak akan dilaksanakan secara meluas seperti kaedah konvensional sedia ada yang disyorkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Hal tersebut kerana pesakit juga mendakwa kaedah itu dikatakan tidak begitu selesa jika dibanding dengan ujian swab di saluran pernafasan.
Ads
Buat masa ini Malaysia, kita masih lagi menggunakan kaedah calitan ditekak dan hidung bagi mengesan individu yang melakukan swab test sama ada positif atau negatif virus Covid-19.
Cantiknya Nor Farhatul Fairuzah, dia lah Juara Tilawah Al Quran peringkat antarabangsa, wanita hebat dalam menyampaikan ilmu kepada anak-anak muda hari ini.
Farhatul Fairuzah lebih dikenali ramai apabila selepas memasuki pertandingan tersebut serta telah memartabatkan nama negara di peringat antarabangsa apabila merangkul gelaran juara.
Mesra disapa Farha, merupakan anak kepada Qari & Qariah dan sejak usia 5 tahun dia mula belajar tarannum Al-Quran daripada kedua-dua ibu bapa dan didedahkan dengan pertandingan tilawah sejak kecil. Farha memenangi Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan 2019 ketika baru berusia 19 tahun.
Farhatul Fairuzah kini lebih aktif sebagai pengacaraan dalam rancangan islamik serta sering membuat naik video selawat serta nasyid di media sosial miliknya, terutamanya dia instagram dan tiktok.
Nor Farhatul Fairuzah Panut merupakan anak bongsu lima beradik kepada bekas qari dan qariah, Allahyarham Haji Panut Markum dan Hajah Jaliah Simin, dia juga bekas pelajar Sekolah Agama Perempuan Labu, Negeri Sembilan.
Mula belajar taranum sejak berusia lima tahun dan mula menyertai pertandingan tilawah pada usia tujuh tahun. Apa yang menarik, kesemua adik-beradiknya aktif menyertai pertandingan tilawah, ini baru betul Quran buat Ummah.
Baru-baru ini, tular satu video yang muat naik di laman media sosial tiktok milik Farhatul Fairuzah yang meraih perhatian ramai. Video berkenaan kini meraih jumlah tontonan sebanyak 95 ribu, tanda suka sebanyak 6 ribu dan hampir 200 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Farhatul Fairuzah yang mengalunkan surah Al-Insyirah dengan cukup merdu yang mampu melapangkan dada serta memberi ketenangan kepada sesiapa yang mengamalkannya.
Setiap surah mempunyai manfaat yang tersendiri, termasuklah surah Al-Insyirah ini. Bagi sesiapa yang mengamalkannya, dapat memberikan ketenangan hidup, melapangkan dada, terhindar dari masalah kehidupan, dilimpahkan rezeki yang luas, dapat menghindarkan diri dari kesempitan hidup dan macam-macam lagi.
Surah yang dibaca pasti akan memberi kesan yang positif di dalam diri kita. Apa yang penting ketika ingin membaca setiap surah adalah niatkan membaca kerana Allah S.W.T, maka Allah akan memberikan sesuatu ganjaran yang tidak disangka-sangkakan.
Jadi pendekatan dan ilmu yang disampaikan oleh Nor Farhatul Fairuzah ini cukup bagus dan sebaiknya kita boleh dedahkan kepada anak muda untuk lebih dekat Al Quran.
Mendengar ada seorang teman yang meninggal dunia disebabkan jangkitan virus Covid-19. Namun dia juga sebelum ini memang mengalami penyakit asma yang kronik.
Adakah ia saling berkaitan dan bagaimana bahaya mereka yang menghidap asma sekiranya diserang Covid-19 ini.
Perkongsian Dr Zubaidi Ahmad menerangkan penyakit asma yang memberitahu ia adalah penyakit paru-paru kronik yang membengkak dan menyempitkan saluran pernafasan.
Semasa serangan asma, pesakit mungkin mengalami ‘wheezing’ (bunyi bersiul apabila sedang bernafas), kesesakan dada, sesak nafas dan batuk.
Batuk yang sering berlaku adalah pada waktu malam atau awal pagi. Asma boleh menjadi penyakit yang mengancam nyawa jika tidak dirawat.
Walaupun tiada sebab yang khusus diketahui untuk penyakit asma, semua penghidap mempunyai persamaan yang sama iaitu keradangan saluran pernafasan yang kronik. Saluran pernafasan mereka adalah sangat sensitif kepada pelbagai sebab.
Jika terdapat faktor yang boleh menyebabkan asma berlaku, saluran pernafasan akan menjadi radang (saluran pernafasan mengandungi lendir, bengkak, dan sempit).
Seterusnya otot yang berhubung dengan saluran pernafasan ini menjadi lebih sempit daripada biasa. Ini menyebabkan pesakit sukar untuk bernafas dan boleh menyebabkan serangan asma.
1. Jangkitan paru-paru dan saluran pernafasan seperti selesema.
2. Alahan terhadap bulu binatang, habuk, tepung, hama atau debunga.
3. Pendedahan kepada bahan bawaan udara seperti asap kimia, asap dan pencemaran udara.
4. Faktor cuaca sejuk, berangin, panas berdebu, lembap dan perubahan suhu drastik.
5. Keadaan bilik lembap, berkulat dan berhabuk.
6. Tekanan.
7. Emosi berlebihan seperti kesedihan berlarutan, terlalu marah dan ketawa.
8. Aktiviti fizikal seperti bersukan.
9. Ubat antiradang (aspirin, naproxen dan ibuprofen) dan beta blocker (biasanya diberikan kepada mereka yang mempunyai masalah jantung atau tekanan darah tinggi).
10. Makanan atau minuman termasuk makanan yang diproses, makanan siap, minuman botol jus buah-buahan, bir dan wain.
11. Alahan makanan seperti kacang.
12. Penyakit gastroesophageal reflux (GERD) atau penyakit menyebabkan asid perut kembali ke dalam esofagus sehingga merengsakan saluran gastrousus atas.
Jika seseorang menghidapi asma, dia perlu mengikuti pelan tindakan doktor sebagai langkah berjaga-jaga untuk bersedia menghadapi ancaman serangan asma.
Sesiapa yang merasakan boleh berada di dalam kesukaran untuk bernafas atau sesak nafas akut hendaklah segera mendapatkan rawatan di jabatan kecemasan.
Nasihat ini juga disarankan bagi penghidap asma yang merasakan keadaan mereka adalah lebih buruk/teruk daripada biasa atau tidak bertindak balas kepada rawatan yang biasa.
Gejala-gejala asma dan serangan boleh bertambah baik dengan rawatan. Jika asma tidak dirawat, pesakit boleh mendapat asma yang lebih teruk dari masa ke masa.
Ini boleh menyebabkan kerosakan di saluran udara yang kekal. Tujuan penjagaan asma adalah untuk mengelakkan serangan asma yang boleh memburukkan lagi keadaan pesakit.
Terdapat dua jenis ubat-ubatan asma :
1. Ubat-ubatan pengawal – adalah untuk kawalan asma yang berterusan. Ubat-ubatan ini membantu mengurangkan keradangan ketika serangan asma. Ubat-ubat ini perlu diambil setiap hari sama ada seseorang mempunyai gejala atau tidak. Ubat pengawal termasuk kortikosteroid dihidu (jenis ubat utama) dan perencat leukotriene. Contoh ubat : Beclomethasone, Budesonide, Fluticasone.
2. Ubat Penyelamat – diambil apabila tanda-tanda serangan asma bermula dan ia boleh menghentikan serangan tersebut.Antara ubat yang digunakan termasuk beta-agonis dan anticholinergic. Contoh ubat: Salbutamol, Terbutaline, Fenoterol, Ipratropium bromide (Atrovent).
Bagi kedua-dua ubat pengawal dan ubat penyelamat di atas alat sedut adalah kaedah yang berkesan, dimana pesakit perlu mengendalikan alat sedut tersebut dengan betul supaya ubat tersebut boleh mencapai bahagian dalam paru-paru yang memerlukannya.
Adalah penting untuk mempelajari penjagaan dan penggunaan alat sedut tersebut dengan betul.
Apabila usia sudah masuk angka 30, wanita sangat digalakkan untuk menitik beratkan penjagaan diri terutama perlu melakukan ujian pap smear setiap 3 tahun sekali.
Ini kerana berdasarkan Persatuan kanser Kebangsaan (NCSM) lebih 1000 wanita disahkan menghidap kanser serviks atau pangkal rahim setiap tahun yang kebanyakan menyerang wanita muda seawal usia 30-an.
Tidak dinafikan kanser serviks juga kanser serviks merupakan antara yang tertinggi di kalangan wanita di Malaysia.
Jadi dinasihatkan untuk setiap wanita untuk menjalani pengesanan peringkat awal sebe;um kanser berlaku. Ini kerana pengesanan dan rawatan awal dapat menyembuhkan penyakit ini sepenuhnya.
Ujian ini boleh dilakukan pada bila-bila masa kecuali pada masa haid dan nifas. Pastikan juga sehari sebelum melakukan ujian ini anda tidak melakukan hubungan intim dengan pasangan atau menggunakan sebarang ubat dalam faraj.
Keputusan yang mungkin dimaklummkan adalah normal atau tidak, jika tidak normal anda akan terus dirujuk untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut.
Perkongsian dari MyHealth memberitahu bahawa wanita perlu menjalani ujian Pap Smear ini 3 tahun sekali.
– Pap Smear adalah ujian saringan bagi mengesan kanser serviks. Jika tidak dirawat, ia boleh membawa kepada kanser serviks.
– Kanser serviks merupakan kanser di antara yang tertinggi di kalangan wanita di Malaysia. Kanser serviks adalah keadaan apabila sel di serviks bertindak secara tidak normal dan berkembang menjadi kanser.
– Pap Smear dapat mengesan peringkat awal sebelum kanser itu terjadi. Pengesanan dan rawatan awal dapat menyembuhkan penyakit ini sepenuhnya.
– Semua wanita yang pernah melakukan hubungan seks dan berumur antara 20 – 65 tahun perlu menjalani ujian Pap Smear.
– Ujian ini boleh dilakukan pada bila-bila masa, kecuali pada masa haid dan nifas. Sehari sebelum melakukan ujian Pap Smear, pastikan anda tidak melakukan hubungan seks dan menggunakan sebarang ubat di dalam faraj.
– Ujian Pap Smear dilakukan dengan menggunakan spekulum atau berus serviks yang akan dimasukkan ke dalam faraj. Sel permukaan serviks akan diambil menggunakan spatula atau berus serviks dan kemudian dihantar ke makmal untuk diperiksa.
– Keputusan akan diperolehi selepas beberapa minggu melakukan ujian kerana pihak makmal harus memeriksa dengan teliti. Keputusan akan dimaklumkan secepat mungkin.
– Keputusan yang mungkin dimaklumkan adalah normal atau tidak normal. Jika tidak normal, anda akan dirujuk untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut.
– Anda perlu menjalani ujian Pap Smear 3 tahun sekali.
Ingat! Sayangilah diri dan keluarga anda. Lakukan ujian Pap Smear