Setelah hampir dua tahun kita berdepan dengan masalah pandemik Covid-19, pelbagai cara dilakukan oleh kerajaan bagi mengekang virus ini daripada terus merebak.
Selain mendapatkan suntikan dos vaksin dan penggalak, rupanya kini kita juga kini sudah menerima kira-kira 48,000 stok ubat antiviral Paxlovid keluaran Pfizer bagi merawat jangkitan virus Covid-19.
Perkara ini diberitahu oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam perkongsian di laman sosial Facebook baru-baru ini.
Menurutnya ubat itu disyorkan bagi rawatan pesakit COVID-19 dewasa berusia 18 tahun dan ke atas.
“Ia (ubat) juga sesuai untuk golongan usia berkenaan yang tidak memerlukan terapi oksigen dan berisiko tinggi untuk mendapat gejala COVID-19 yang teruk.
“Ubat ini juga bukan bertujuan sebagai pengganti vaksin COVID-19 atau pengganti kepada tindakan kesihatan awam bagi mengelakkan dijangkiti virus berkenaan,” katanya yang berkata penggunaan ubat Paxlovid adalah satu lagi senjata bagi melawan COVID-19 sebagai ubat antiviral untuk aspek rawatan wabak itu.
Ads
“Ubat ini akan diberikan segera selepas seseorang individu dikesan positif COVID-19 dan dalam tempoh lima hari gejala bermula untuk keberkesanan optimum,” katanya lagi.
Dan ini antara info yang perlu diketahui mengenai ubat antiviral Paxlovid sebelum menggunakannya.
Ads
Paxloid adalah ubat antivirus untuk rawatan penyakit
Ini cara pengambilannya, pada waktu siang & malam
Tetapi sebelum ambil, kena pastikan anda maklumkan kepada doktor dan ahli farmasi sekiranya …
Ads
Kenal pasti kesan sampingan Paxlovid ini, antaranya alami muntah, cirit-birit
Ini pula anda perlu buat jika ada lebihan Paxlovid
Bagaimana pula jika terlupa pengambilannya
Pastikan simpan ubat Paxlivid ini dengan cara penyimpanan yang betul
Kalau anda sedang mencari petua elak kucing berak dan kencing merata, ini lah caranya. Isyh, tak mampu tahan bau kalau nak suruh bersabar. Boleh stres kalau asyik kena basuh kencing dan tahi kucing bersepah-sepah dekat halaman rumah dan dalam pasu bunga pun ada!
Mungkin ada yang dah cuba guna air botol merah, jika langsung tak berkesan, buat air semburan ini pula.
Jangan kata penat nak mencuba sebab petua yang dikongsi oleh Puan Zuriaty Musa ini tular sehingga mendapat 2.3 juta tontonan. Jadi boleh lah anda cuba untuk elakkan pencemaran bau di kawasan rumah.
Elak Kucing Berak Dan Kencing Merata, Sembur Je Air Dua Bahan Ini!
Bahan-bahannya pun mudah sahaja. Tak sampai 5 minit proses pembuatannya. Boleh terus sembur!
Bahan-bahan:
Dua labu bawang putih
3 hingga 4 batang serai
Cara-caranya:
1. Hiris dan kisar semua bahan di atas.
2. Tapis dan ambil airnya. Sembur di tempat yang kucing selalu berak atau kencing.
Kalau kena musim hujan, anda kena buat dua minggu sekali ya.
Haaa.. lepas ini kalau nampak kucing berak atau kencing merata, anda boleh cepat-cepat buat air semburan ini. Nanti busuk kawasan rumah jika tidak dicegah dari awal.
Selamat mencuba!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pakai toner adalah langkah pertama selepas cuci muka yang bertindak sebagai persediaan kepada kulit (skin prep). Jadi kalau anda nak kulit sihat, kena paksa pakai. Barulah nampak lembap dan glowing!
Ada tiga kategori toner iaitu Hydrating, Exfoliating, dan Treatment. Bukan semua produk dengan label toner adalah sama.
Ini bergantung kepada formulasi serta bahan utama. Penting untuk kita faham jenis toner terlebih dahulu sebelum menggunakannya supaya tidak tersilap langkah.
Face mist pula digunakan untuk memberikan instant hydration serta menyegarkan kulit pada bila-bila masa. Kedua-duanya mempunyai fungsi dan cara penggunaan yang sedikit berbeza.
Fungsi Utama Face Mist
Menghidrat serta merta dan dalam masa yang sama turut menyegarkan kulit.
Memberi lebih kelembapan pada pemakaian skincare melalui ‘mist sandwich technique’.
Melegakan iritasi pada kulit sensitif dengan kandungan soothing ingredients seperti aloe vera dan chamomile.
Bertindak mengawal minyak dengan kandungan oil absorbent ingredients seperti Silica dan oil production regulation seperti Niacinamide.
Cara Pakai Toner
Toner boleh dipakai menggunakan cotton pad, sapuan terus dengan tangan, atau spray hingga titisan toner melekat pada muka dan tepuk perlahan-lahan untuk membantu penyerapan.
Face mist pula digunakan dengan cara memegang botol dalam jarak 20cm dan spray 2 hingga 3 kali ke serata muka. Titisan air yang melekat pada kulit adalah seperti kabus, sangat halus, serta hampir tidak kelihatan.
Jangan sentuh muka dan biarkan ia air-dry lebih kurang seminit. Kulit muka pasti dapat merasai kesegaran dengan serta merta.
Bolehkah guna face mist sebagai toner?
Kandungan face mist adalah lebih ringan dan mengandungi lebih banyak air.
Jadi face mist tidak cukup untuk digunakan sebagai toner dan tidak memberikan kesan kepada kulit sebaik toner.
Sebaliknya, hydrating atau soothing toner boleh digunakan sebagai face mist.
Hah, selepas ini jangan keliru lagi antara face mist dan toner ya! Anda boleh pilih mengikut keperluan kulit.
Sebelum ini hanya membaca kisah mereka yang positif dijangkiti virus Covid-19 di paparan media sosial.
Sesekali terfikir kesakitan yang dialami sementelah seseorang itu mengalami tanda seperti demam berpanjangan, selesema serta batuk berkahak.
Walaupun mengamalkan SOP dan sangat berhati-hati, namun siapa sangka akhirnya diri sendiri menjadi mangsa jangkitan virus yang sangat merbahaya ini.
Demam On Off & Sesak Nafas
Bagi Elly Jalil, dia mula mengalami demam secara on off dan keadaan ketika itu memang badan rasa sejuk menggigil.
Bukan itu saja, dia juga turut mengalami rasa sesak nafas yang menyebabkan dirinya terbayang mati disebabkan virus ini.
“Rasanya ini disebabkan masalah batuk dan kahak yang banyak dalam tekak. Saya juga turut merasakan susah untuk tidur malam. Sebelum ini bila saya tengok orang lain yang disahkan positif seperti demam dan batuk nampak macam biasa saja.
“Tetapi rupanya bila dah mengalami sendiri, masya-Allah betapa deritanya saat itu. Bagi saya, saya masih lagi sanggup sakit beranak daripada menjadi mangsa virus Covid-19 ini,” ujar Elly, salah seorang team Web Digital di Ideaktiv.
Menurut Elly lagi rasa sesak nafas seperti merasakan nafas kita pendek, mengah dan penatnya seperti baru berlari. Padahal baru saja jalan beberapa langkah.
Hanya Duduk Rumah Tapi…
Tambahnya, seperti orang lain dia juga sangat menjaga SOP dan hanya duduk rumah bagi mengelak jangkitan.
“Kalau ikutkan kami suami isteri memang tak ada pergi kemana-mana. Lagi-lagi dengan perlaksanaan PKP dan hanya ‘work form home’ dan duduk rumah saja. Cuma kami ada keluar beli barang keperluan harian.
“Tetapi sudah ditakdirkan saya dan suami turut dijangkiti virus ini. Mula-mula suami yang alami muntah dan cirit serta hilang selera makan. Jadi pada 16/6 dia buat swab test dan keputusan positif. Selepas suami dah buat swab test memang saya dan anak asingkan diri terus.
Terus asingkan diri dengan anak.
“Suami duduk bilik dekat atas. Masa ini memang saya dah start pakai mask 24 jam dalam rumah, sarung tangan, kerap sanitize rumah dan tak peluk atau cium anak.
“Waktu ini saya hanya mengalami simptom yang ringan seperti batuk dan selsema je. Masih larat nak jaga anak kami,” ceritanya yang turut mendapat panggilan untuk melakukan swab test pada 18/6 bersama dengan anak yang berusia 1 tahun 10 bulan di Klinik Kesihatan Batu 14 Hulu Langat.
“Pada 20/6, saya juga telah disahkan result positif. Alhamdulillah anak kami negatif. Bila dapat tahu saya positif 20/6, masa inilah simptom saya pula mula teruk. Batuk sesak nafas demam semua. Jadi saya dan suami membuat keputusan untuk duduk sekali jaga anak.
“Oleh sebab masing-masing tak larat jadi kena gilir-gilir jaga anak. Memang penat dan sakit tapi nasib baik anak macam memahami. Main sendiri, tidur sendiri dan dia juga dah tak menyusu badan,” kata Elly yang sepatutnya menerima suntikan sehari selepas suami disahkan positif.
Syukur Akhirnya Bebas Jangkitan
Setelah hampir 10 hari kuarantin di rumah, dia dan suami akhirnya bersyukur bebas dari virus Covid-19. Namun saat berdepan situasi dijangkiti virus ini memberi pengalaman sangat berharga buat dirinya sekeluarga.
Pengalaman yang sangat berharga dan berguna.
“Memang kena kuat fizikal and mental untuk hadapi sakit akibat virus Covid 19 ni. Macam saya alhamdulillah ada suami yang boleh bantu sama-sama jaga anak. Ada keluarga dan jiran-jiran yang baik hantarkan makanan dan bekalan ubat.
“Waktu ini memang kami sangat mementingkan keselamatan anak. Walaupun positif, tetapi saya sentiasa memakai mask di rumah, mandi dan cuci tangan sekerap mungkin bagi mengelak anak dijangkiti. Alhamdulillah anak tidak dijangkiti virus yang saya kira sangat-sangat merbahaya dan boleh bawa maut.
“Oleh itu saya nak pesan jika tiada urusan duduk saja di rumah. Kalau boleh beli barang secara online. Ini bag mengelak diri dijangkiti virus yang boleh ada di mana-mana.
“Apatah lagi bagi yang belum menerima apa-apa suntikan vaksin sebagai perlindungan, jadi sentiasalah jaga SOP kendiri,” tambah Elly sebelum mengakhiri perbualan