Menjadi impian setiap wanita mahukan kulit wajah sentiasa cantik, sihat dan nampak glowing. Kulit yang sihat juga membantu memberikan aura dan mood positif dalam diri seseorang.
Tidak perlukan rawatan mahal, sebaliknya anda boleh merawat sendiri kulit muka dengan menggunakan bahan alami yang ada di rumah.
Menggunakan buahan segar yang memang banyak khasiat dan jadikan masker. Boleh dilakukan sebagai rutin harian atau bagi mengisi masa senggang di rumah.
Buat Masker Sendiri
1. Lemon
Campurkan dua sudu teh air perahan jus lemon dan gula kemudian digaul selama 30 saat supaya sebati. Sapu rata pada bahagian kulit wajah, leher dan pergelangan tangan.
Gosok rata dengan gerakan membulat mengikut arah lawan jam dan biarkan selama 10 minit.
Jangan terlalu lama dibiarkan di muka kerana nanti kulit boleh menjadi kering. Amalkan seminggu sekali untuk mendapatkan kulit berseri.
Ads
2. Madu
Sapu madu asli ke atas seluruh bahagian wajah. Biarkan ia kering di muka kemudian bilas wajah dengan air suam. Madu bertindak memberikan kelembapan pada kulit supaya kekal lembut dan gebu.
Lakukan petua ini sehari sekali untuk memberikan kejelitaan yang menawan semula jadi pada wajah.
3. Tomato
Masker dengan menggunakan sayur tomato ini adalah baik pada anda yang mempunyai masalah kulit berminyak. Caranya dengan menghancurkan sebiji buah tomato dan sapu pada seluruh wajah dan bahagian leher.
Ads
Biarkan selama 15 minit sehingga kering, kemudian bilas muka dengan menggunakan air suam sehingga bersih. Lakukan masker ini setiap hari untuk mengurangkan kulit muka berminyak.
4. Kunyit & Jus Nanas
Gaul satu sudu teh sebuk kunyit bersama jus nanas untuk menjadikan ia pes. Cuci muka terlebih dahulu kemudian sapu pes campuran tersebut ke atas kulit wajah dan leher. Biarkan ia kering sepenuhnya.
Cuci dengan air suam. Ulang remedi ini 2 atau 3 kali seminggu untuk menghilangkan tompok hitam dan parut pada wajah.
Ads
5. Timun
Potong timun segar dengan hirisan tebal dan gosok rata ke seluruh wajah. Pakai masker ini sebelum anda tidur dan biarkan ia semalaman dan cuci wajah dengan air suam pada waktu pagi.
Lakukan rawatan ini setiap hari untuk memiliki kulit yang mulus. Anda tidak berpuas hati dengan hasil diberikan nanti.
Rentas negeri selepas vaksinasi lengkap akhirnya dibenarkan kerajaan selepas hampir setahun rakyat menunggu. Pengumuman ini dibuat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selepas kadar vaksinasi negara mencapai 90 peratus.
“Mulai esok (hari ini), bebaslah dan inilah sebenarnya yang ditunggu-tunggukan masyarakat selepas kerajaan sebelum ini terpaksa tegas dari segi pergerakan rentas negeri. Dengan keputusan ini, Keluarga Malaysia bebas melakukan pergerakan seperti balik kampung untuk berjumpa ibu bapa yang lama berpisah, melancong dan sebagainya,” katanya dalam sidang media khas yang disiarkan secara langsung menerusi televisyen dan platform media sosial.
Persediaan Sebelum Rentas Negeri Selepas Vaksinasi
Sebelum kita gembira balik menemui keluarga tersayang, ada beberapa perkara penting yang perlu dilakukan bagi memastikan keselamatan kedua-dua belah pihak. Dalam perkongsian Dr. Izzar Anwari di laman Instagram, beliau menekankan beberapa pesanan utama sebelum balik kampung.
Ingat Prinsip TRIIS
TEST – Buat ujian saringan C-19 kendiri.
REPORT – Laporkan keputusan ujian di MySejahtera walaupun negatif.
ISOLATE – Jika positif, jangan pulang kampung. Asingkan diri di rumah dahulu dan patuhi arahan HSO oleh KKM.
INFORM – Maklumkan kepada kontak rapat jika positif C-19, serta hubungi CAC jika gejala semakin teruk.
SEEK – Segera ke pusat perubatan atau CAC jika alami gejala berat seperti sakit dada, sesak nafas atau suhu tinggi.
Rentas negeri selepas vaksinasi bermakna tiada lagi roadblock untuk menyekat perjalanan anda. Namun, tanggungjawab kini terletak di bahu sendiri. Jika anda memilih untuk tidak divaksinasi tetapi masih mahu pulang kampung, fikirkan risiko yang dibawa kepada ahli keluarga terutama warga emas dan mereka yang mempunyai penyakit kronik.
Tiada siapa menghalang anda kerana rentas negeri kini bebas, tetapi jujurlah dengan diri sendiri. Jika rasa tidak sihat, tangguhkanlah perjalanan. Menipu status kesihatan hanya membahayakan insan tersayang.
Kesimpulan: Selamat Bertemu Keluarga
Rentas negeri selepas vaksinasi adalah peluang yang dinanti ramai untuk bertemu keluarga. Namun, jangan lupa mengambil langkah berjaga-jaga. Ambil vaksin, lakukan ujian kendiri, patuhi SOP, dan sentiasa menjaga keselamatan diri serta orang lain.
Selamat berjumpa dengan orang yang tersayang. Jangan tiba-tiba EL pula minggu ini!
Tak ramai lagi yang rajin guna setting spray di akhir mekap, padahal ini yang membuatkan solekan anda nampak lebih kemas dan tahan lama.
Apa Itu Setting Spray
Setting spray adalah sejenis semburan yang akan disembur pada keseluruhan muka setelah selesai bersolek. Kemudian bertindak sebagai lapisan perlindungan optimum untuk mengelak mekap atau solekan itu tadi cair meskipun terdedah pada faktor sekeliling seperti peluh dan minyak muka sepanjang hari.
Fungsi Setting Spray
Fungsi setting spray sama seperti primer yang disapu ke muka sebelum memulakan solekan kerana kedua-duanya bermanfaat untuk membuatkan solekan tahan lebih lama.
Pemilihan Setting Spray
Jika anda masih buntu, setting spray juga adalah cocok untuk semua jenis kulit cuma dinasihatkan agar mereka yang memiliki kondisi kulit kering cuba untuk mencari setting spray yang tidak mengandungi alkohol kerana alkohol akan membuatkan kulit wajah jadi lebih kering.
Kenapa Semua Orang Wajib Guna Setting Spray?
Peluh dan minyak yang dihasilkan kulit wajah (sebum) memang tidak dapat dipisahkan. Jika anda menggunakan foundation terutamanya, pasti mekap bakal jadi comot dan bercapuk jika kulit terdedah pada suhu kepanasan yang melampau… maklum sahajalah cuaca di Malaysia ini bagaimana kan? Oleh itu, adalah amat penting untuk menyemburkan setting spray sebaik selepas selesai bermekap.
Untuk pengetahuan semua, setting spray boleh dibeli berdasarkan formula tertentu, ada yang bisa menyalurkan kelembapan, ada yang boleh membuatkan tekstur mekap dan kulit kelihatan halus berseri malah ada juga yang mampu membuatkan kulit berasa sejuk dan nyaman. Formula ini bergantung kepada sesuatu jenama setting spray tersebut.
Cara Guna Setting Spray
Cara penggunaannya amat ringkas, pastikan solekan telah lengkap siap termasuklah olesan gincu serta pemakaian maskara. Kemudian, goncang dan pegang botol setting spray dengan jarak lebih kurang 20cm dari wajah… pejam mata, lalu tekan punat dan gerakkan botol ke seluruh wajah agar semburan rata dan sekata menutupi lapisan solekan. Biarkan semburan air setting spray itu kering dan anda bakal kelihatan anggun sehingga malam!
Jangan risau, setting spray adalah mesra wuduk dan tidak memberi sebarang efek kepada keterjejassan kulit.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kalau akaun bank kena hack dengan scammer, anda patut tahu macam mana nak bertindak sebab setiap hari pasti ada sahaja cerita di internet mengenai akaun bank digodam oleh scammer. Risau!
Pastinya ini merisaukan orang ramai kerana takut duit yang disimpan untuk kegunaaan masa depan lesap dihilangkan oleh orang tidak bertanggungjawab.
Bagi yang menggunakan akaun Maybank, anda boleh menggunakan fungsi baharu yang diperkenalkan oleh Maybank iaitu Kill Switch.
Anda boleh mengaktifkan fungsi Kill Switch ini sekiranya akaun anda digodam oleh scammer atau ada transaksi yang mencurigakan.
Kalau Akaun Bank Kena Hack Dengan Scammer, Aktifkan Fungsi Ini
Cara-caranya:
1. Buka aplikasi MAE, pilih more di bahagian bawah kanan dan klik Kill Switch.
2. Pilih Deactivate M2U Access.
3. Baca terma dan klik Deactivate Now.
Setiap hari pasti ada sahaja cerita di internet mengenai akaun bank digodam oleh scammer. Itu sudah tentunya merisaukan orang ramai kerana takut duit yang disimpan untuk kegunaaan masa depan lesap dihilangkan oleh orang tidak bertanggungjawab.
Senang, bukan? Lepas ini anda bboleh cuba sekiranya akaun anda digodam oleh scammer. Dan mungkin ilmu ini anda boleh bantu rakan terdekat atau orang lain juga.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!