Kunyah 50 Kali Setiap Suapan. Rahsia Cantik & Badan Saiz Kerengga, Bintang Korea Han So Hee! Tidak dinafikan kebanyakan selebriti dari Korea memang terkenal kerana kecantikan wajah yang flawless serta saiz badan sebesar kerengga.
Kata orang, badan cari makan dan aset ini perlu dijaga agar maintain cantik walaupun usia sudah bertambah.
Salah seorang pelakon Korea yang begitu menjaga kecantikan dan kesihatan adalah si jelita Han So Hee yang terkenal melalui drama bersiri The World Of The Married atau My Name.
Sebelum ini, Han So Hee ada membuat video live-streaming dengan peminat di Instagram. Di situ dia berborak dengan peminat sambil menikmati makanan. Menerusi siaran tersebut, kelihatan dia mengunyah sehingga 50 kali setiap suapan.
Malah dia juga mengambil masa sehingga lima minit untuk suapan. Pakar pemakanan menyarankan mengunyah perlahan untuk penghadaman yang lebih baik dan ia juga membantu dalam mengurangkan rasa lapar.
Tidur juga sangat penting untuk mengekalkan kesihatan tubuh badan terutama kulit. Kurang tidur juga boleh membuatkan kulit kelihatan tidak segar dan mudah bermasalah. Oleh itu, tidur adalah salah satu kunci utama Han So Hee untuk sentiasa mengekalkan kulit yang sihat.
“Saya sentiasa cuba dapatkan tidur yang cukup setiap hari, sekurang-kurangnya 4 jam,” kata Han So Hee dalam temubual bersama Showbiz Korea Arirang. Han So Hee juga sentiasa mengutamakan rehat dan tidur antara waktu penggambaran, supaya kulit dan badannya kekal segar.
Han So Hee juga berkata pengambilan jumlah air yang betul supaya tubuh dan kulit kekal sihat juga merupakan tabiat yang baik. Dia juga mengakui tidak mengambil kopi demi mengekalkan pengambilan cecair dalam tubuhnya.
Ads
Air minuman dipercayai untuk membantu badan anda membuang semua toksin dengan lebih cekap dan menjadikan kulit anda kelihatan lebih berseri. Selain itu, air dapat memberikan nutrisi yang baik kepada sel kulit untuk membantu melembapkan kulit secara semulajadi.
Demi menjaga kesihatan kulit wajahnya, Han So Hee mengakui tidak gemar bersolek tebal. Dia memilih wajah solekan yang ringan dan polos menjadikan kulit kelihatan lebih segar. Kebiasaannya, dia hanya memakai solekan asas ringan atau gincu supaya wajahnya tidak kelihatan pucat.
Selebriti popular ini juga turut mendapat tajaan syarikat minuman kolagen Gyeol Collagen dari Kyung Nam Pharm. Pengambilan minuman ini boleh membantu meningkatkan penghasilan kolagen dalam badan anda. Oleh itu keanjalan dan tekstur kulit boleh kekal tegang tanpa kedutan dan garis halus.
Tidak dinafikan kita akan jadi kurang selesa jika orang di sebelah mempunyai mulut yang berbau.
Terutamanya apabila setelah makan bawang atau petai yang meninggalkan bau tidak menyenangkan. Hendak ditegur bimbang membuat rakan sebelah terasa.
Sebenarnya selain menggosok gigi atau menggunakan pembersih mulut, ada lagi beberapa jenis makanan boleh membantu hilangkan bau mulut ini.
1.Makan Epal
Epal adalah buah yang cukup baik bagi mengatasi masalah bau mulut. Ini kerana epal mengandungi polifenol yang dapat memecahkan senyawa penyebab bau mulut. Tidak hanya itu, epal juga mampu membantu mengeluarkan sisa makanan yang tersekat di celah gigi.
2. Pilih Sayuran Hijau
Sayur-sayuran hijau seperti bayam, sawi dan kangkung sangat bagus untuk melawan bau mulut. Tiga jenis sayuran tersebut dapat membantu menyeimbangkan tingkat pH yang pada akhirnya membantu mencegah mulut daripada kering. Ini kerana mulut kering adalah salah satu sebab penyebab mulut berbau.
3. Kayu Manis
Kayu manis mengandungi minyak esensial yang terbukti memiliki kemampuan melawan bau mulut dengan membunuh bakteria yang mungkin berada di dalam mulut kita.
4. Ambil Timun
Timun cukup kaya dengan kandungan air yang mampu menghilangkan bau mulut. Air timun dapat mencegah mulut kering dan membersihkan sisa makanan yang mungkin terselit di celah gigi selepas makan. Jika tak suka timun, boleh gantikan dengan batang saderi yang memberi kesan sama.
5. Sentiasa Minum Air Putih
Air putih membantu menghasilkan air liur dalam membersihkan sisa makanan dan menghalang pertumbuhan bakteria jahat dalam mulut. Apatah lagi, air putih cukup baik untuk kesihatan secara keseluruhannya.
6. Amal Minum Air Lemon Setiap Pagi
Pada waktu pagi, biasanya mulut akan mengeluarkan bau kurang enak. Bagi mengatasinya minum air lemon pada waktu pagi. Air lemon dapat merangsang produksi air liur sehingga masalah bau mulut hilang.
Suka melihat tiap gambar Atita Haris bersama anak-anaknya, isteri kepada pelakon, Nas-T memang pandai jaga badan dan pandai bergaya dalam fesyennya dengan mengekalkan pilihan baju menutup aurat.
Kalau dilihat menerusi media sosial miliknya, wanita ini cukup aktif berkongsi moment keluarga dengan gaya pakaian dan kasutnya yang menarik. Ramai juga yang mengidolakan wanita cantik ini. Nak-nak bab penampilannya yang terkini.
Atita Haris Cantik Macam Anak Dara
Tidak memakai baju ketat selepas berkahwin, namun Atita mencuri perhatian apabila masih maintain kurus walau sudah mempunyai anak tiga.
Atita yang mesra disapa sebagai Tita ini punya pesonanya yang tersendiri. Ketika di puncak populariti, Atita baru berusia 21 tahun manakala anaknya Opi atau nama sebenarnya Nor Sofia berusia setahun.
Kini pada usia 30 tahun, Atita yang tinggi lampai ini memiliki tiga cahaya mata perempuan yang semakin pandai berposing. Punya wajah yang cantik, langsing dan bergaya persis anak dara, kalau Atita bersama anak-anak, nampak macam kakak dan adik-adik.
Bahagia Dengan Suaminya
Atita kini bahagia dengan perkahwinan keduanya bersama Nas-T yang merupakan seorang DJ, pemuzik, model serta pelakon tanahair.
Sekadar info, Atita dan Nas-T mendirikan rumahtangga pada 29 Januari 2016. Mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nas Taliyah Nas Muammar Zar dan Nur Halili Nas Muammar Zar. Manakala Opi adalah zuriat hasil perkahwinan pertama Atita.
Status Isteri Tapi Pandai Bergaya
Dari segi penampilan, Atita sememangnya sinonim dengan gaya kasual yang ringkas namun tetap nampak stylish walau bergelar ibu anak tiga. Selendang, denim dan sneakers antara favourite items Atita untuk penampilan.
Manakala warna kebanyakannya yang tidak terlalu menonjol seperti pastel dan hitam, sesuai dengan kulitnya yang cerah.
Kalau nak tahu, pempengaruh ini juga pernah berlakon sekitar tahun 2020 dalam telemovie Iman Hakiki. Lakonannya yang bersahaja ketika itu dengan watak gadis kampung mendapat pujian ramai.
Agak menarik, bukan? Nampaknya, walau berstatus isteri kita juga perlu ‘bersiap’ cantik macam Tita. Boleh jadi kawan posing dalam satu frame!
Selepas skincare dalam peti sejuk, teknik face icing pula yang menjadi trend di media sosial. Kalau anda nak tahu, face icing adalah kulit yang dibekukan dengan sapuan ketulan ais di seluruh wajah.
Teknik Face Icing, Sapu Kejap Pun Wajah Jadi Glowing
Teknik yang diinspirasikan oleh cyrotheraphy ini memberi manfaat pada mereka yang tak mahu keluarkan bajet yang banyak untuk kelihatan glowing.
Sekitar tahun 2017, Karlie Kloss telah mencelupkan wajahnya ke dalam semangkuk ais batu sebelum pertunjukan fesyen Victoria Secret untuk tingkatkan struktur wajah dan buatkannya menjadi lebih glowing. Malah Bella Hadid pun menggunakan teknik yang sama.
Sekiranya kamu mahu mencuba teknik face icing ini tapi tak mahu rendamkan wajah dalam semangkuk ais, kamu boleh tiru teknik berikut;
Ambil seketul ais dan lapik dalam sehelai kain kapas. Atau pun kamu boleh bekukan ais dalam bekas ais khas seperti ice roller. Kemudian sapu di wajah, pastikan terkena di seluruh permukaan.
Anda boleh lakukan teknik ini sebelum guna produk skincare kerana ini akan bantu produk tersebut diserap dengan lebih baik, jauh ke dalam kulit.
Dan antara kebaikan lain teknik face icing adalah;
1. Menyegarkan wajah, menjadikan kulit serta foundation lebih glowing, licin dan flawless.
2. Keradangan kulit seperti jerawat dan rosacea boleh dikurangkan.
3. Tidak menyumbatkan dan dapat mengecilkan liang pori yang terbuka.
4. Menanggalkan lapisan luar sel kulit mati dan merangsang pertumbuhan sel kulit yang baru dengan lebih cepat.
5. Boleh kurangkan bengkak, kemerahan jerawat dan tenangkan kulit yang merengsa.
Untuk kekerapan teknik ini, anda boleh lakukan sebanyak sehari sekali. Terutamanya mereka yang berkulit sensitif, 2-3 hari sekali kerana ia boleh menyebabkan keradangan.
Kalau kulit menjadi sakit atau merah selepas menggunakan teknik ini, berhenti dengan segera ya.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!