Setiap wanita memang sangat menjaga kecantikan wajah dan penampilan supaya tampil lebih berkeyakinan di khalayak.
Dan definasi kecantikan itu merangkumi pelbagai penjagaan sama ada dalaman dan luaran.
Bgi wanita di seluruh dunia memang mengamalkan cara berbeza dalam memastikan kecantikan mereka sentiasa terpelihara.
Seperti wanita di Malaysia, mereka ini juga kebanyakan menggunakan petua tradisional sebagai amalan kecantikan diri masing-masing.
Petua Kecantikan Wanita Seluruh Dunia
Indonesia
Jamu adalah resipi turun temurun dan rahsia kecantikan wanita Indonesia. Ramai yang percaya jamu mampu menjaga daya tahan tubuh dan juga menghaluskan kulit wanita.
Namun bahan semula jadi yang terkandung dalam jamu mampu menaikkan seri wajah dan menjaga kulit. Tidak hairanlah jika wanita di Indonesia mengamalkan rutin meminum jamu seawal umur belasan tahun untuk mengekalkan tradisi kecantikan yang diwarisi mereka.
Filipina
Rambut hitam pekat dan lebat wanita Filipina rupanya daripada penggunaan lidah buaya.
Pati jeli daripada lidah buaya dilumur pada rambut dan kulit kepala untuk menyerap nutrisi. Hasilnya, rambut kekal kuat, lebat dan pada masa sama menghilangkan masalah gatal atau kelemumur pada kulit kepala.
Jepun
Wanita di negara matahari terbit sinonim dengan pemakaian pupur wajah antaranya daripada tanah liat. Pupur wajah turut dipakai pada kulit kepala juga. Ia dikatakan dapat membantu menyerap kotoran dengan lembut.
Korea
Wanita Korea dikatakan mengamalkan mencuci muka menggunakan air basuhan beras. Mereka mengambil air basuhan yang kedua beras untuk mencuci muka atau mandi bersama.
Ads
Difahamkan air basuhan beras boleh membantu menjadikan kulit lebih lembut.
Australia
Jika anda mengalami masalah rambut dan kulit kepala berkelemumur, boleh cuba petua dari Australia ini.
Titiskan beberapa titis minyak pokok teh ke dalam syampu dan cuci rambut seperti biasa. Minyak pokok teh dikatakan dapat mengurangkan masalah kelemumur.
Itali
Ramai wanita Itali menggunakan campuran yogurt dan minyak zaitun dalam rutin penjagaan rambut. Gabungan dua bahan itu dikatakan dapat menjadikan rambut lebih cantik, berkilat dan ringan.
Portugal
Wanita Portugal gemar memakai pupur wajah daripada kunyit bagi menyerlahkan lagi warna kulit perang mereka.
Selain itu, wanita di Portugal juga gemar berjemur di bawah cahaya matahari, iaitu cara pantas untuk mendapatkan vitamin D.
Ads
Bulgaria
Bulgaria sememangnya terkenal dengan lembah ros yang mengeluarkan lebih dari 85 peratus minyak ros dunia.
Jadi wanita di negara itu tidak melepaskan peluang menggunakan bunga ros yang diyakini dapat membantu menaikkan seri kulit.
Rusia
Cuaca sejuk di Rusia sememangnya boleh menyebabkan masalah kulit kering. Untuk mengekalkan kelembapan kulit semula jadi, wanita di sana menggunakan madu untuk mengekalkan kelembapan kulit. Selain itu, madu yang dicampurkan dengan gula juga dijadikan sebagai skrub.
Sepanyol
Mata galak kepunyaan wanita Sepanyol sering menjadi pujaan ramai. Antara petua untuk mata cantik seperti mereka ialah dengan menghilangkan lingkaran gelap bawah mata.
Caranya, letakkan hirisan kentang pada kawasan mata dan biarkan selama 10 minit. Anda boleh melihat sendiri perbezaannya.
Ads
Amerika Syarikat
Meskipun bergelar negara maju namun masyarakat di sana khususnya golongan wanita masih mengamalkan pengambilan air yang mencukupi untuk menjaga kesihatan dan kecantikan.
Wanita di sana juga gemar melakukan senaman dan ramai juga beralih kepada pengambilan makanan berasaskan sayur-sayuran untuk kesihatan serta kecantikan.
Greece
Rahsia kecantikan bagi wanita Greece adalah mengamalkan sayur-sayuran, buah-buahan serta bijirin sihat yang baik untuk kulit dan rambut. Diet Mediterranean ini dipercayai menjadi kunci kepada kecantikan kebanyakan wanita Greece.
Mesir
Wanita di Mesir memiliki kulit yang licin seperti sutera kerana mereka dikatakan kerap melakukan mandian susu. Umum tahu susu kaya dengan pelbagai nutrisi penting yang sangat bermanfaat bagi tubuh seperti kalsium, zat besi, kalium, vitamin A, D, B6, B12, protein dan sebagainya.
Wanita ini sapu 3 bahan je, kulitnya glowing macam orang yang buat rawatan di Spa. Betul, tak semestinya guna barang yang mahal untuk wajah cantik, tetapi anda wajib rajin!
Antara perkara penting yang perlu diberi perhatian ialah disiplin diri dalam perawatan kulit wajah, sama ada memilih cara moden atau petua orang lama.
Namun asa yang patut anda tahu, pemakaian masker amat penting bagi memastikan kulit wajah kekal lembap, lembut dan berseri.
Jika anda memilih untuk melakukan perawatan wajah menggunakan bahan semula jadi, bolehlah cuba cara ini.
Wanita Ini Sapu 3 Bahan Je, Hasilnya Kulit Glowing Sungguh!
Mudah sahaja hendak buat masker ini. Bahan-bahan pun guna bahan di dapur sahaja. Masker ini bagus untuk untuk awet muda, kempiskan jerawat dan tegangkan kulit. Jika diamalkan selalu memang akan nampak kesannya.
CARA-CARA:
1. Campurkan semua bahan hingga jadi likat. Kalau cair, boleh campur lagi tepung. Ia bagi memudahkan sapuan pada kulit wajah.
2. Sapu rata pada seluruh kulit wajah. Tunggu hingga kering atau 15 minit. Bilas.
FUNGSI TIGA BAHAN INI IALAH UNTUK:
*Putih telur untuk menegang dan buat kulit jadi awet muda.
*Tepung beras pulak adalah agen untuk putihkan dan atasi kulit berminyak.
*Serbuk kunyit merupakan agen antiseptik semula jadi untuk kempiskan jerawat dan memudarkan parut pada kulit wajah.
DIKONGSIKAN JUGA LIMA PILIHAN MASKER BUAT ANDA YANG LEBIH SUKAKAN CARA PERAWATAN YANG MUDAH
Anda boleh mendapatkan masker yang kuat ini di pelbagai rak drugstore. Formula berkrim tidak kering seperti masker tanah liat tradisional tetapi menjadikan kulit anda berasa bersih dan terhidrat.
Masker ini mempunyai kepingan kecil dari gunung berapi dari Kepulauan Jeju, yang bersatu dengan tanah liat kaolin untuk menyedut minyak dan kotoran yang berlebihan dari liang-liang anda. Ia juga mengelupas dengan lembut, sehingga kulit menjadi lebih cerah serta merta.
Cukup lembut untuk kulit sensitif, namun menjadikan wajah anda terasa lebih lembut dan lebih halus pada ketika mencucinya. Sesuai untuk merawat jerawat pada kulit wajah.
Masker berfungsi untuk membersihkan kulit, mengurangkan saiz pori, dan menyerap minyak kulit yang membuat anda kelihatan berkilau.
Jadi kalau anda nak kulit bersih daripada masalah jerawat dan jeragat, nanti cubalah tip yang dikongsikan ini. Boleh pilih dua cara, nak guna petua jimat poket atau yang lebih mudah benda tinggal nak pakai sahaja.
Baru melihat Datuk Seri Siti Nurhaliza bekerja tanpa henti sepanjang bulan lalu walaupun sarat mengandung, hari ini beliau sudah selamat melahirkan anak keduanya.
Penyanyi nombor satu negara ini selamat bersalin anak lelaki dan memilih kaedah pembedahan di sebuah pusat perubatan swasta jam 6.21 pagi tadi.
Pihak pengurusan Siti iaitu Siti Nurhaliza Productions Sdn Bhd berkata, penyanyi lagu Aku Bidadari Syurgamu itu dan anak yang baharu dilahirkan berada dalam keadaan baik dan sihat.
“Alhamdulillah, pada pagi Isnin bersamaan 7 Ramadan hari ini, Siti selamat melahirkan anak lelaki seberat 3.84 kilogram. Siti dan juga bayi berada dalam keadaan baik dan sihat.
“Suami Siti, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa melahirkan rasa syukur kerana isteri tercinta selamat melahirkan anak kedua mereka.
“Apa yang penting bagi Khalid adalah ibu dan anak berada dalam keadaan sihat, stabil dan proses melahirkan berjalan lancar.
“Kedua mereka menzahirkan rasa syukur dan terima kasih di atas doa keluarga, saudara mara, sahabat handai, peminat, media dan orang ramai,” katanya.
Menerusi kenyataan sama, pihak Siti merakamkan terima kasih kepada doktor dan jururawat yang membantu dalam proses bersalin.
“Selain itu, mereka juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak doktor dan jururawat yang diketuai oleh Dr. Leong Wai Yew dari Alpha IVF & Women’s Specialist yang menjalankan tanggungjawab dan khidmat terbaik sepanjang proses Siti melahirkan.
“Pasangan ini juga berterima kasih kepada Pengasas dan Pengarah Alpha IVF & Women’s Specialists, Datuk Dr. Colin Lee Soon Soo, yang menjayakan program In Vitro Fertilization (IVF) bagi kandungan Siti yang pertama iaitu Siti Aafiyah dan anak yang kedua ini juga.
“Kelahiran anak kedua pada bulan Ramadan penuh keberkatan ini diharapkan akan mengurniakan limpahan rezeki serta rahmat Allah SWT,” katanya.
Siti dan suami yang berkahwin pada 21 Ogos 2006 dikurniakan cahaya mata pertama, Siti Aafiyah yang kini berusia tiga tahun juga menerusi proses IVF.
Kita doakan semoga ibu dan anak sentiasa berada dalam keadaan sihat sentiasa.
Nampak lain wajah pelakon, Intan Najuwa tanpa mekap. Bukan sengaja nak bawa wajah tanpa mekap tetapi disebabkan hamil minat nak bersiap itu hilang tanpa diduga.
Itulah yang dialami sesetengah wanita apabila melalui fasa berbadan dua.
Namun wajahnya kekal cantik walau tanpa mekap, nampak natural beauty dan lebih manis sebagai seorang ibu.
Intan Najuwa Tanpa Mekap
Bukan itu sahaja, ramai berpendapat wajah Intan semakin berseri-seri sehingga ada yang sudah mula membuat andaian jantina bayi dalam kandungannya.
Ramai yang mengatakan Intan bakal menimang anak lelaki selepas pelakon itu mengakui kurang gemar bersolek seperti kebiasaan dalam sebuah video TikTok.
“Selalunya kalau tak suka bersolek dan berhias ketika hamil, kemungkinan anak lelaki.
“Ramai cakap Intan bakal dapat anak lelaki tapi perkara itu bukan menjadi keutamaan pun, asalkan bayi dilahirkan sihat dan sempurna,” komen netizen.
Tak Bersolek Tapi Sunscreen Tak Tinggal
Kongsi Intan, walau pun semakin tidak suka mekap dia tetap sapu sunscreen setiap kali keluar rumah untuk kecantikan wajahnya dan elakkan wajah daripada ‘dijilat’ sinaran matahari.
Kemudian barulah dilapik sedikit bedak nipis untuk tutup cela. Mudah, bukan? Anda pun kena biasakan pakai sunscreen walau duduk rumah.
Apa pun, soal aura cantik ibu hamil ini tak perlu dipertikaikan. Itu satu anugerah dariNya. Kita doakan moga Intan Najuwa terus sihat dan mudah untuk bersalin nanti.