Nampaknya kes baru jangkitan covid-19 di negara semakin menghampiri angka 10 ribu.
Hari ini saja kes baru membabitkan 9180 ribu di seluruh negara dengan Selangor mencatatkan kes paling tinggi.
Malah sejak semalam juga ramai berkongsi mesej memberitahu keadaan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) yang mana pesakit terpaksa diletakkan di luar jabatan kecemasan disebabkan kekurangan katil di wad.
Perkara ini dikongsi oleh Dr. Arisman dalam laman sosial facebooknya.
Mesej yang baru saya terima. Pesakit-pesakit Covid-19 sudah mula diletakkan diluar jabatan kecemasan HTAR klang kerana sudah terlalu penuh.
Bagaimana nak bantu mereka?? Total lockdown kita bulan Jun kelmarin adalah sia-sia dan GAGAL. Gagal!!
Ads
Tolong tambah kakitangan kesihatan di jabatan kecemasan HTAR. Mereka tak mampu dah ni.. dapatkan bantuan tenaga dari negeri-negeri luar yang kurang kes Covid, seperti tahun lepas KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA mengerahkan tenaga kesihatan dari Semenanjung ke negeri Sabah untuk membantu. Tolonglah…
Hari demi hari semakin banyak mesej gambar dan video saya terima tentang keadaan jabatan kecemasan setiap hospital dalam negara kita.. sesak teruk. Sedih sangat.. sakit hati saya mungkin lebih sakit dan tajam pedihnya pada bahu yang memikulnya lagi. Terima kasih FRONTLINER.
Ads
Beliau juga turut berkongsi membertahu bahawa bekalan oksigen di Lembah Klang ini sudah sampai tahap doktor akan memilih siapa yang betul-betul perlukan rawatan oksigen lebih awal.
#OksigenTerakhir Di Lembah Klang, kita dah sampai ke tahap doktor yang akan memilih siapa yang betul-betul perlukan rawatan oksigen lebih awal atau…
Covid-19 is Real!
Oleh kerana keadaan yang semakin membimbangkan, kita digalakkan untuk duduk saja di rumah jika tiada urusan.
Ads
Malah bagi yang belum mendaftar untuk menerima suntikan vaksin, segeralah berbuat demikian di aplikasi MySejahter untuk mencapai 80 peratus populasi komuniti.
Siapa yang tidak suka pada makanan manis terutamanya desert. Lebih enak dinikmati bersama kopi panas petang hari bersama tersayang.
Namun begitu, bukan kita tak boleh menikmati makanan manis ini tetapi kenalah berpada-pada. Terutama bagi mereka yang ada diabetes. Walau bagaimanapun kita masih boleh mengawalnya.
Perkongsian Dr Zubaidi Haji Ahmad memberitahu cara terbaik untuk turunkan gula dalam darah
TIPS TURUNKAN GULA DALAM DARAH
1. Melakukan Senaman
Melakukan senaman dengan lebih kerap dapat membantu menurunkan berat badan dan meningkatkan kepekatan insulin. Dengan senaman juga, ia dapat membantu otot menggunakan gula dalam darah dengan betul. Antara bentuk senaman yang boleh dilakukan seperti angkat berat, berjalan, berlari, berbasikal, menari, mendaki, berenang dan lain-lain.
2. Kawal Pengambilan Karbohidrat
Badan akan memecahkan karbohidrat ke dalam gula (glukosa) dan kemudian insulin memindahkan gula menjadi sel. Apabila anda makan terlalu banyak karbohidrat, tapi mempunyai masalah dengan insulin, ia dapat meningkatkan glukosa dalam darah. Oleh sebab itu, Persatuan Diabetes Amerika mengesyorkan pesakit diabetes supaya mengawal pengambilan karbohidrat.
3. Meningkatkan Pengambilan Serat
Serat melambatkan pencernaan karbohidrat dan penyerapan gula. Atas sebab itu, ia mengurangkan kenaikan paras gula dalam darah. Makanan yang mengandungi serat yang tinggi seperti sayur-sayuran, buah-buahan, kekacang dan bijirin.Pengambilan serat harian yang disyorkan sebanyak 25 gram untuk wanita dan 38 gram bagi lelaki.
4. Minum Banyak Air & Kekal Hidrasi
Minum air yang cukup boleh membantu mengekalkan paras gula dalam darah dan buah pinggang boleh mengalirkan gula yang berlebihan melalui air kencing.
Kajian menunjukkan, mereka yang minum banyak air masak mempunyai risiko lebih rendah untuk menghidap diabetes.
5. Kawal Pengambilan Makanan
Paling penting adalah mengawal pengambilan kalori setiap hari dengan mengambil saiz hidangan yang lebih kecil.
6. Pilih Makanan Yang Kurang Glycemic Index
Glycemic index ini bertujuan menilai tindak balas gula dalam badan terhadap makanan yang mengandungi karbohidrat. Makanan yang mengandungi glycemix index yang rendah dapat mengurangkan tahap gula dalam darah mengikut jangka masa panjang. Contohnya: makanan laut, daging, telur,gandum, barli, kacang, ubi, jagung, buah-buahan dan sayur-sayuran.
7. Kawal Stress & Dapatkan Tidur Mencukupi
Tekanan boleh menjejaskan paras gula. Yoga dan meditasi dapat mengurangkan stress dan membetulkan masalah rembesan insulin terhadap pesakit kencing manis kronik. Selain itu, mendapatkan tidur yang cukup juga penting bagi memastikan kesihatan tetap terkawal dengan sempurna.
Jadi, adalah lebih baik untuk mendapatkan jumlah tidur yang berkualiti setiap malam.
8. Pantau Tahap Gula Dalam Darah
Sentiasa ukur dan pantau tahap glukosa darah. Dari situ, anda boleh mengetahui penyesuaian dalam makanan dan ubat-ubatan.
9. Mengamalkan Makanan Kaya Magnesium & Kromium
Diabetes juga dikaitkan dengan kekurangan mikronutrien seperti kromium, mineral dan magnesium. Dua kajian pesakit kencing manis menunjukkan, kromium mempunyai manfaat bagi mengawal gula dalam darah.
Manakala, kelebihan magnesium pula menunjukkan paras gula rendah. Sebab itu, jika kekurangan magnesium risiko yang lebih tinggi untuk menghidap diabetes. Makanan kaya magnesium seperti sayuran berdaun gelap, bijirin penuh, ikan, coklat, pisang, alpukat dan kekacang.
10. Turunkan Berat Badan
Untuk mencegah diabetes, anda harus menurunkan berat badan supaya masalah itu dapat diatasi pada masa hadapan. Malah ia lebih berfungsi berbanding makan ubat.
Makanan yang perlu dielakkan pesakit diabetes
• Semua jenis gula, minuman berkarbonat, kordial, sirap, jem, kaya,kuih manis, aiskrim, susu pekat manis, yogurt manis, buah dalam tin, jeli dan lain-lain.
Makanan yang boleh diambil mengikut sukatan
• Bijirin, nasi, roti, biskut, kuih yang tidak manis, semua jenis pasta dan mi, capati, roti canai, tosai, semua jenis ubi, kekacang, susu dan buah-buahan.
Makanan yang boleh diambil secara bebas
• Semua jenis sayur-sayuran, lobak merah, lobak putih, labu, teh cina, air kosong, barli tanpa gula, kopi dan teh tanpa gula, rempah ratus dan herba, semua daging tanpa lemak, ayam tanpa kulit, tauhu, ikan, telur dan ikan bilis.
‘Dua-dua cantik, tak jemu melihat’ – macam kembar, penampilan Fazura & Tengku Permaisuri Selangor jadi perhatian. Keakraban pelakon dan juga usahawan, Fazura dengan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin memang tidak dapat dinafikan.
Hubungan rapat ini dapat dilihat apabila kedua-duanya sering hadir bersama-sama dalam majlis formal atau tidak.
‘Dua-Dua Cantik, Tak Jemu Melihat’
Malah ketika sambutan hari lahir DYMM Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin Jun lepas juga menyaksikan Fazura dijemput beramah mesra dan sebagai kejutan hari lahir Permaisuri Selangor ini.
Bukan itu saja, kedua-duanya juga turut dilihat hadir ketika majlis pratonton tayangan filem Mat Kilau yang menyaksikan suami kepada Fazura, Fattah Amin berlakon dalam salah satu watak.
Terbaru keduanya juga hadir bersama menyaksikan konsert Kumpulan Dewa 19 apabila penampilan Fazura bersama DYMM Tengku Permaisuri Norashikin adalah seperti kembar pada malam itu.
hafeez252 Cantik sungguh Tengku Permaisuri Norashikin dan Puan Fazura ..x jemu melihat mereka berdua
Ternyata hubungan baik antara Fazura dengan DYMM Tengku Permaisuri ini juga dapat dilihat apabila Fazura turut menerima pemberian istimewa Tengku Permaisuri Selangor buat anak tersayang, Fatima.
Hebat, tetap turun kilo walau makan tiga kali sehari. Inilah cara yang betul, bukan sampai seksakan tekak sebab nak kurus semata. Jadi kalau anda berniat nak kurus, jom selongkar rahsia kurus wanita ini.
Makan Tiga Kali Sehari Tapi Berat Tetap Turun, Inilah Rahsianya!
Menurut perjalanan diet Puan Nashita Md Noor, dia ubah cara makan selepas diagnosed Hypertension dan diabetes.
“Saya ambil servis dietitian dan diajar cara makan yang betul. Saya cuba ikut sehabis baik. Mulanya sedih dan sayu saja belum pandai olah menu.
“Ada ketika saya siap order packed menu untuk beberapa hari terus. Banyaklah belanja. Demi nak sihat kan,” kongsinya tentang diet sihat.
Jaga Waktu Makan
Akhirnya pandai juga cantikkan dan meriahkan hidangan. Makan 3 kali sehari last makan jam 7. Malam snacking biskut tapi ada had.
Banyak saya baca ramai yang berjaya turun berat badan dan sihat cara ini. Makan suku-suku separuh.
Gaya Pemakanan Sebelum Ini
Sebelum ini tabiat makan saya amat buruk. Pagi satu mug nescafe. Nasi goreng, bihun goreng nasi lemak. Kalau buat cekodok satu pinggan boleh habis seorang. Malam boleh mengunyah kerepek sampai lewat malam.
Tidur Awal, Itu Wajib!
Saya amat nasihatkan semua untuk mula jaga makan, exercise, tidur awal dan jangan cipta alasan.
Gambar contoh saiz senduk untuk portion nasi. Dua senduk diratakan.
Haa.. kalau anda betul nak turunkan kilo dengan cara makan tiga kali sehari, boleh ikut tips wanita ini ya. Nanti boleh lah merasa pakai baju lebih kecil raya tahun ini!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!