Jangan suka-suka letak kaki pada ‘Dashboard’, jika kemalangan boleh cacat seumur hidup. Ada macam-macam cara untuk hilangkan rasa bosan sepanjang perjalanan dalam kereta. Lagi-lagi jika memakan masa berjam-jam lamanya.
Salah satunya adalah tabiat dengan meletakkan kaki depan dashboad. Walaupun nampak santai tetapi rupanya ada bahaya menanti jika anda gemar bersikap begini.
Ini kerana sikap begini boleh mendatangkan kecacatan seumur hidup jika berlaku kemalangan.
Seperti perkongsian Public Health Malaysia yang turut memberi ingatan untuk menghentikan tabiat meletakkan kaki di dashboard.
Ads
Bahaya Letak Kaki Pada Dashoard
Allahu.. bahayanya.
Perempuan-perempuan atau segelintir lelaki yang suka letak kaki di dashboard sudah boleh hentikan tabiat meletakkan kaki di dashboard.
Ini kerana perbuatan ini merbahaya dan anda mungkin cacat seumur hidup.
Ads
Air bag merupakan komponen keselamatan yang boleh menyelamatkan nyawa anda ketika kemalangan. Kereta-kereta moden biasanya mempunyai airbag. Jika kemalangan impak dari depan, airbag dashboard akan terbuka.
Seorang ibu anak tiga meletakkan kakinya di atas dashboard semasa dalam perjalanan. Apabila kemalangan dari arah hadapan berlaku, Airbag mengembang dan terus menolak kaki mangsa ke atas dan mengepit ke muka.
Ads
Mangsa lumpuh selepas tulang pinggulnya patah dan terkeluar dari soket. Hidungnya patah disebabkan kepala lutut kakinya menyentuh hidung.
Agensi keselamatan menyarankan agar tidak meletakkan kaki di atas dashboard. Kerana anda mungkin mengalami perkara sama atau kepala lutut tersebut tembus ke lubang mata.
Viral baru-baru satu perkongsian video di mana seorang jurulatih kecergasan yang memberitahu teori berlari 10 kilometer mampu menghilangkan Covid-19.
Perkara ini mendapat perhatian Pakar Perunding Perubatan dan Pakar Nefrologi Hospital Putrajaya, Dr Rafidah Abdullah yang tampil membidas teori ini.
Menurut Dr Rafidah, semua itu adalah mengarut dan apabila positif perlu mengasingkan diri dan kuarantin.
Membuat ciapan di laman twitter pandangan Dr Rafidah dipercayai merujuk kepada sebuah video yang memaparkan seorang pemuda, dipercayai jurulatih kecergasan, yang bertindak melakukan larian atau joging selepas dua hari disahkan positif Covid-19.
Rajin Workout Lepas Bersalin. Rahsia Ratu Tenis Maria Sharapova Cepat Langsing Lepas Lahirkan Anak! Ketika berada di zaman kegemilangannya, bintang tenis dunia ini sangat dikenali dan popular seantero dunia.
Kelincahannya menghayun raket menentang lawannya begitu digeruni. Kejayaan demi kejayaan diperoleh sepanjang karier bergelar bintang tenis handalan dunia sebelum mengumumkan persaraan sekitar Februari tahun 2020.
Siapa tidak mengenali Maria Sharapova, nama yang sentiasa meniti dibibir peminat sukan nombor satu ini. Bukan saja lincah di padang, Maria juga mempunyai seraut wajah cantik dengan ketinggian badan bak supermodel.
Justeru tidak hairanlah, ramai peminatnya teruja apabila Maria baru-baru ini mengumumkan bergelar ibu setelah melahirkan anak pertamanya, Theodore Julai lalu.
Pun begitu gelaran ibu tidak menjadi alasan buat Maria untuk mengabaikan penampilan sebagai seorang public figure.
Setelah empat bulan melahirkan, penampilan wanita ini tetap berada dalam kelas tersendiri dan tubuhnya juga kekal langsing walaupun setelah melahirkan.
Selain menjaga pemakanan, Maria juga rajin mengamalkan workout untuk memastikan dirinya kekal fit selepas melahirkan anak.
Rahsia Ratu Tenis Maria Sharapova
Dalam perkongsian di laman Instagram berjumlah 4.4 juta follower ini, Maria dilihat sedang melakukan workout selepas empat minggu melahirkan.
Terdahulu, bekas pemain No. 1 dunia itu mengumumkan persaraannya pada Februari 2020 dan ketika itu dia sempat mengajukan persoalan mengenai apa yang akan dilalui setelah meninggalkan satu-satunya kehidupan yang dijalani selama ini iaitu bermain tenis.
“Bagaimana rasanya meninggalkan gelanggang yang menjadi tempat latihan anda sejak kecil.
“Ia permainan yang anda gemari, sukan yang membuatkan air mata anda mengalir, sama ada kerana suka atau duka,” katanya dalam satu temubual.
Tidak dinafikan bukan mudah bagi seseorang itu untuk menurunkan berat badan. Sepanjang tempoh itu, pelbagai dugaan terpaksa dihadapi.
Bukan ketika berdiet, tetapi setelah mendapat berat badan ideal untuk maintain juga agak sukar untuk kita pertahankan. Bimbang berat kembali naik jika tidak betul-betul menjaga pemakanan.
Perkongsian sahabat Diet Suku-Suku Separuh, Yusni Ibrahim memberitahu beberapa tip diamakan setelah berjaya mengurangkan lebih 20KG dalam tempoh setahun. Tiada yang mustahil tetapi kenalah disiplin untuk mendapat hasil diidamkan.
Menurutnya, dia juga mengambil masa bertahun mencari apa yang sesuai kerana kita mempunyai cara hidup dan fizikal berbeza.
Namun pesannya juga jika balik kampung jangan lupa untuk makan kerana nikmati percutian sebaiknya.
Setahun Diet, Berjaya Kurangkan 29KG
Tinggi – 156cm
Berat – 77.7kg
16/1/21 – 28/8/21 – 7.5 bulan – 50.2kg loss 27.5kg
20/9/21 – 14/1/22 – 4 bulan – 55.1kg naik 4.9kg
15/1/22 – 15/3/22 – 2 bulan – 48.4kg loss 6.7kg
Nak turun bukan senang tapi nak maintain lagi susah. Nak naik kejap je boleh hanyut. Beruntunglah orang yang makan banyak tapi tak naik berat badan tapi saya bukan begitu.
Pergerakan Terhad Lepas Pembedahan
Saya pernah turun tetapi tidak mudah untuk maintain selepas menjalani pembedahan. Kenaikkan berat badan mendadak 5kg dalam masa 4 bulan kerana pergerakan agak terhad dan saya terpaksa fokus proses pemulihan.
Setiap orang mempunyai cara yang berbeza untuk diet. Ada yang mengamalkan diet IF, Atkin, DSSS, diet tanpa nasi malah ada yang mengambil produk kesihatan untuk menurunkan berat badan.
Tidak kira apa pun jenis diet yang kita buat, yang penting haruslah diet yang sihat, sesuai dengan badan kita dan menGEMBIRAkan. Jangan putus asa mencari pelan diet atau formula sendiri untuk diet kerana saya juga ambil masa bertahun untuk mencari apa yang sesuai kerana setiap kita mempunyai cara hidup dan fizikal yang berbeza. Semua mengikut keadaan dan tingkat kesihatan masing-masing.
Diet memerlukan hati yang tekad dan displin yang kuat. Sebab itu disarankan mencari pelan diet yang mengembirakan kerana ‘Happy Create Consistency’. Kita akan lebih konsisten menjaga kesihatan sekiranya kita gembira dengan pelan diet yang menyeronokkan.
Rancang pelan pemakanan yang sihat dan kita suka. Saya beruntung kerana saya mengemari sayur-sayuran. Bagi yang kurang berminat sayuran boleh digantikan dengan buah-buahan. Rancang aktiviti yang kita suka.
Jika suka berjalan, berjalanlah atau berlari, berbasikal atau apa-apa saja yang boleh membuat kita kekal aktif. Sekiranya tiada masa untuk bersenam maka terpaksa lah mengawal pengambilan makanan.
Selepas menjalani pembedahan kaki, kenaikan berat badan saya naik kembali kerana pergerakan terhad dan terpaksa pakai wheelchair utk bergerak. Pernah down dan sedih, lebih2 lagi tidak dapat sholat dgn sempurna seperti selalu. Kita buat apa yang termampu.
Tips cara saya yang boleh dikongsikan tapi tak semestinya sesuai untuk yang lain.
1. Kalori defisit
2. DSSS diet (menu banyak saya ambil dalam group ni)
3. 5 kali makan (sarapan,snek,lunch,snek,dinner)
4. Kurangkan gula dan garam (BUKAN tinggalkan)
5. Bersenam ( aktiviti yang kita suka)
6. Jogging ( saya kongsikan teknik lari kurang penat di gambar)
6.Treat day atau happy day sekali seminggu
7.Kelilingi dengan kekawan yang positif dan sama matlamat nak diet, support group dan group fb yang beri insiprasi.
8. Berguru atau cari coach sekiranya ada modal. Lebih-lebih lagi untuk tone body supaya kurus dan nampak sihat.
9. Sekiranya ingin bercuti atau balik kg. Makan je. Tak salah untuk kita take a break. Rugi, nikmatilah percutian dengan sebaiknya tapi harus tau bila nak naik hand break. Makan sehari dua tak kan terus gemuk kan.
Akhir sekali, teruskan perjuangan dan jangan putus asa. Jangan kisah apa org lain kata walaupun ada je yang kata saya nampak tua macam nenek sebab dah turun tapi saya tak kisah sebab saya tau saya makin sihat.
Bagi yang tidak boleh berlari, boleh dimulakan dengan berjalan atau brisk walk. Saya juga dulu bermula dengan jejalan sambil menikmati keindahan alam. Selepas badan dah ringan baru saya cuba berlari dengan langkah yang kecil.
Banyak tips yang boleh didapati dalam internet cara berlari yang betul. Kalau boleh cuba melabur dengan membeli smart watch bagi memantau aktiviti harian. Antara ilmu berlari yang saya dapat kongsikan :
1. Berlari ikut HR (heart rate) Sebagai contoh umur 45 tahun, 220-45=175 x 80% = 140 atau formula lebih senang 180–45=135. Maka range HR saya ialah 135-140. Saya akan cuba berlari diantara HR 135 – 145 atau di dalam zone 3. Maximum zone 4. Lagi berumur lagi rendah HR range. Berlari perlahan pun takpe, biarlah pakcik atau budak kecik potong. Jangan kisah sangat. Listen to your heart sebab jantung kita lain-lain.
2. Muka ke depan, jangan menunduk
3. Tangan swing ke depan, bukan menyilang. Selalunya ketika penat.
4. Bahu dan dada buka dan jangan tunduk.
5. Badan kedepan seperti kedudukan dalam gambar
6. Bernafas ikut hidung dan lepas mengikut mulut (aliran sehala)
7. Konsisten berlatih berlari mengikut HR
Dulu saya lari tengok jarak dan pace tapi semenjak lari ikut HR, saya boleh berlari lebih jauh dan kurang penat dan lebih relax. Selepas berlari lebih segar berbanding dahulu, lepas lari nak tido sebab penat sangat. Jangan memaksa diri membuat latihan yang berat, sebaliknya berlari mengikut kemampuan dan selamat untuk jantung.
Jangan Banding Diri Dengan Orang Lain
Jangan bandingkan diri kita dengan orang lain. Apa yang saya pegang, saya tak kisah sekiranya orang lain lebih baik dari saya. Saya cuma sedaya upaya pastikan saya lebih baik dari sebelumnya.
Me vs me. Cuba kekal sihat, aktif dan gembira. Ikut kemampuan dan sentiasa listen to your body. Harap perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada yang lain.
Ini Menu Diaambil:
DSSS. Saya beruntung suka makan sayur tapi yang kurang berminat, dicadangkan gantikan buah-buahan atau cari sayur yang boleh dimakan atau suka seperti timun, tomato, carrot atau sayur salad.
Jadual makan saya :
Pagi (7-9am) – oat atau sandwich telur dan susu low fat.