Jika sebelum ini disahkan sihat tetapi tiba-tiba saja dimasukkan ke hospital. Setelah diperikaa rupanya ada cyst yang agak besar dan perlu menjalani pembedahan dengan segera.
Perkongsian wanita ini Eyza Zakiey menjalani pembedahan bagi membuang cyst sebesar 9.7 cm dan 5.7 cm.
Ternyata pembedahan itu dianggap sebagai pengalaman menakutkan yang tak akan dilupakan sampai bila-bila.
Biarpun kejadian itu sudah hampir dua tahun berlalu, namun kesannya masih terasa hingga kini.
Pembedahan berlangsung selama 2 jam
Pengalaman yang tak boleh lupa sampai bila-bila. Operation dalam 2 jam macam itu saja tapi masuk bilik bedah tengok lampu pun dah seram.
Start operation dalam pukul 9 pagi dan selesai pada jam 11 lebih. Lepas cucuk ubat bius, klip pok klip pok mata dan sedar-sedar saja diorang tolak masuk bilik dah.
Tapi Allahu Kak Eyza menangis gila-gila sebab sakit teramat sangat operation kali ini. Mungkin dia buang sekali lemak-lemak. Dulu masa beranak pun operetaion jugak tapi tapi tak ada sakit macam ini.
Ads
Lepas habis ubat bius, sakit menyucuk-nyucuk
Lepas habis bius rasa macam pisau kejap saja di tempat belah. Tapi kali ini Kak Eyza rasa Allah teruk. Masa dah siap operate habis saja ubat bius, sakit satu perut yang maha dahsyat. Menyucuk-nyucuk dengan sesak nafas.
Menangis tak boleh nak cerita sampai emak mertua ambil air Yasin basuhkan muka. Malah nurse juga kelam kabut cucuk ubat tahan sakit.
Kak Eyza tak boleh minum, tak boleh makan sampai 9 malam. Sakit tekak tak boleh nak cerita. Hari pertama dan kedua memang Kak Eyza lemah dan teruk rasanya
Ads
Terus insaf tak mahu makan yang macam-macam
Hari ketiga dah rasa kuat sikit tapi still sakit dalam perut apabila angin menyerang. Nak kencing paling sakit. Rasa macam ditarik-tarik dalam perut tau. Hari kelima dah bole discharges alhamdulillah. Kali ini baru rasa insaf tak mahu dah makan benda-benda merapu. Azabnya Allah saja yang tahu.
Sebelum itu, mengalami sakit yang teramat sangat hingga memasak buat rawatan doktor
Ramai sangat wasap masuk,pm masuk tanya kenapa kak eyza admit??kenapa kak eyza operate?? Sampai terbalas wasap..
Ok ni la hampa sejenis cyst besaq kan?? kak eyza tak pernah rasa sakit pun sebelum ini. Period datang macam biasa tak pernah senggugut
Pernah scan bulan 12/2018 tapi tak ada lagi benda ini. Tak tahu kot tak nampak lagi ka macam mana kan.
Tapi minggu lepas kak eyza rasa macam sakit badan ingat angin, sampai nak pitam. Ambik tukang urut dan dia kata ada ketul terus suh kak eyza scan. Dia tak berani nak tungku.
Ads
Bila scan ada dua ketul dan salah satunya ada rambut
Malam itu jugak kak eyza scan. Betul akan dua ketul. Minggu lepas scan 5.7cm dan 2.8cm. minggu ini mendadak naik 9.7cm dan 5.7cm.
Akhirnya jumpa pakar KMC, terus kena operate secepat mungkin. Sebab cyst yang besar itu macam ada sesuatu siap ada rambut.
Doktor bagi tahu benda ni ada dekat semua perempuan cuma active dengan tak saja. Salah satu punca sebab Kak Eyza suka sangat makan fast food, mcd kfc, seafood,soya. Makanan dalam tin.
Ingat jangan makan ayam banyak sangat sebab ayam cucuk ,jangan makan fastfood sangat. Tauhu pun cepat activekan dia. Soya pun jangan.
Selain berbasikal, antara aktiviti fizikal lasak yang diminati adalah hiking. Pantang mendengar ada kawasan bukit yang cantik, pasti akan jadi tumpuan kaki hiking.
Namun sebelum seseorang itu mulakan aktiviti pendakian ini, ada beberapa senaman boleh dilakukan untuk menguatkan otot terutama di bahagian kaki, paha dan juga keseimbangan teras badan.
Ayuh, kita lihat beberapa jenis senaman yang anda boleh lakukan untuk mantapkan kekuatan kaki dan juga meningkatkan kualiti stamina diri.
1. Goblet Squats
Ambil dumbbell mengikut berat yang anda mampu dan pegang ia di hadapan dada anda. Buka sedikit kaki anda dan turun ke bawah hingga keadaan punggung anda dalam keadaan mencangkung.
Guna sedikit tenaga untuk berada dalam posisi awal iaitu berdiri. Ini dikira sebagai 1 rep. Ulang langkah ini mengikut kemampuan dan tambahkan beban pada dumbbell untuk mendapatkan hasil yang lebih memberangsangkan.
2. Step Ups
Senaman ini paling mudah dilakukan, anda tidak perlu ke gym kerana ia hanya menggunakan objek yang ada di sekeliling rumah. Cari permukaan yang tingginya lebih kurang 10-16 inci.
Caranya adalah, naikkan kaki kanan ke atas permukaan dan gunakan kekuatan otot kekuatan kaki untuk menaikkan kaki kiri ke atas permukaan. Selepas itu, gunakan kaki yang sama untuk turun ke bawah dan ulangi langkah tersebut dengan selang selikan antara kaki kanan & kiri.
3. Downhill Lunges
Senaman ini sesuai ketika anda menuruni bukit, beza ketika menaik, anda akan berjalan dengan perlahan kerana melawan hukum graviti, namun apabila turun dari puncak, anda akan rasa sedikit laju. Kalau tidak bersedia, pasti lutut anda akan sakit. Jadi, bersedia dengan senaman ini untuk memudahkan proses menurun bukit.
4. Hanging Knee Raises
Sekali pandang nampak macam tiada kena mengena senaman ini dengan aktiviti hiking. Namun, harus diingat senaman ini bertujuan untuk membina kekuatan core atau otot bahagian atas badan.
Anda pasti akan membawa backpack, jadi senaman ini membantu menguatkan otot di bahagian belakang serta atas badan. Caranya cari alat senaman pull up Bar, pegang bar tersebut sambil lengan dibuka luas dan guna otot di perut untuk menaikkan lutut hingga menyentuh dada anda. Kawal pergerakan ketika menurun untuk ulangi rep ini mengikut kemampuan anda.
5. Kettlebell Dead Lift
Ini juga salah satu senaman yang penting untuk aktiviti hiking. Hanya gunakan dumbbell dengan berat sederhana sebagai permulaan. Berdiri tegak kaki menghadap hadapan. Tangan anda memegang dumbbell dan turunkan punggung secara 90 darjah sambil posisi dumbbell dikekalkan kedudukannya.
Naik semula ke posisi asal iaitu berdiri tegak untuk lengkapkan satu pusingan. Ulangi langkah yang sama mengikut kemampuan untuk membina stamina anda.
6. Guna Peralatan Stairmaster
Bila segalanya sudah dibuat, tiba masa untuk biasakan lutut anda dengan menggunakan peralatan stairmaster. Jika anda tidak mahu ke gym, gunakan tangga di rumah jika anda tinggal di rumah high rise atau cari tangga di kawasan rekreasi untuk bersenam.
Buat anda yang sedang ‘menggali’ cara hilangkan selulit dengan lebih jimat dan berkesan, anda boleh menggunakan beberapa tip ini.
Sebenarnya selulit muncul bukan sebab berat badan, tetapi kandungan lemak di bawah kulit yang terkumpul sehingga memberi tekanan pada tisu-tisu penghubung yang ada permukaan kulit menyebabkan garisan-garisan selulit.
Namun selulit bukanlah penyakit tetapi hanya lapisan lemak terkumpul di bawah kulit.
Cara Hilangkan Selulit, Ini Cara Lebih Jimat Selain Buat Laser
Jangan risau, jom cuba beberapa cara hilangkan selulit yang anda boleh cuba.
1. KRIM RETINOID
Penggunaan retinoid seperti tretinon dapat membantu mengurangkan selulit di bahagian paha dan perut kerana membina semula protein dalam kulit yang dipanggil kolagen.
Namun, ibu hamil dan ibu yang menyusukan anak tidak dinasihatkan untuk menggunakan kaedah ini kerana kesan sampingan yang boleh menjejaskan bayi.
2. LASER
Selain itu, untuk menghilangkan selulit boleh juga menggunakan laser. Laser berfungsi untuk mencairkan lemak dan menghasilkan kolagen untuk menegangkan kulit. Tetapi rawatan ini agak mahal dan hanya mampu bertahan dalam tempoh enam bulan.
3. MINYAK KELAPA
Minyak kelapa dara mengandungi banyak manfaat dan antaranya adalah boleh menghilangkan selulit. Urut kawasan paha dan perut menggunakan minyak kelapa secara lembut setiap hari.
Perlu diingatkan bahawa sebarang rawatan penjagaan kulit kadang kala boleh menyebabkan alahan atau sensitiviti. Jadi, jika ada sebarang tindak balas negatif, hentikan segara.
4. AKTIVITI SUKAN
Aktiviti sukan dapat membantu menegangkan otot dan menghilangkan selulit. Yoga, Pilates, berenang, berjalan kaki, berbasikal, memanjat tangga dan menari boleh dilakukan untuk mendapatkan kulit yang cantik.
5. DIET
Pengurangan makanan berproses, karbohidrat dan lemak tepu dapat mengurangkan masalah selulit. Ini kerana pengambilan makanan yang tidak sihat boleh menyebabkan lemak berkumpul dan selulit.
6. CHEMICAL PEEL
Pengelupasan kimia yang melibatkan penggunaan asid, seperti asid glikolik boleh membantu menghasilkan kolagen semula. Secara umum, prosedur klinikal adalah lebih berkesan berbanding ubatan rumah tetapi prosedur ini biasanya sedikit mahal dan tidak sesuai untuk semua jenis kulit.
7. SKRUB KOPI
Rawat selulit di rumah menggunakan skrub serbuk kopi. Caranya mudah sahaja iaitu campurkan dengan minyak kelapa, minyak zaitun dan kopi. Gosok perlahan-lahan selama beberapa minit. Ampas kopi boleh mengurangkan lebam, merangsang peredaran darah dan menggalakkan pengaliran limfa.
8. CUKA EPAL
Mengamalkan cuka epal boleh membantu mengurangkan berat badan dan pada masa yang sama mengurangkan selulit di bahagian paha serta perut. Minum satu sudu cuka epal tiga kali sehari dan sapukan pada kulit.
Gaya hidup sihat dan penjagaan kulit amat penting untuk mengurangkan selulit. Semoga bermanfaat!
Sumber: Mayo Clinic & Health Line
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Berbeza dengan jenis kacang yang lain, kacang badam atau almond adalah paling lengkap kandungan nutrisi kerana kaya dengan vitamin, serat, asid folat dan protein.
Oleh sebab itu kacang termasuk dalam golongan superfood. Selain baik untuk pengambilan makanan, kacang badam juga mempunyai khasiat terbaik untuk kecantikan rambut melalui minyaknya.
Minyak badam memang sering digunakan untuk perawatan kecantikan rambut. Manfaat yang terdapat dalam minyak badam adalah sebagai pelindung rambut daripada kekeringan, radikal bebas dan pencemaran.
Selain itu kandungan lemak yang terkandung di dalamnya mampu meresap ke dalam rambut lantas menyuburkannya dari dalam. Malah mampu memperkuatkan serta melembutkan rambut.
Minyak badam juga kaya dengan vitamin A yang berfungsi untuk menjaga kesihatan sel-sel rambut dengan membantu memperbaiki tekstur dan warna rambut serta mencegah rambut daripada kerosakan.
Minyak badam turut mengandungi vitamin B6 yang boleh membantu mencegah keguguran rambut dan merangsang pertumbuhan rambut baharu.
Selain itu, minyak badam turut mengandungi vitamin E yang kaya dengan antioksida untuk melancarkan peredaran darah pada kulit kepala.
Badam Rangsang Kecantikan Rambut
1. Memelihara kesihatan kulit kepala
Minyak badam kaya dengan kandungan vitamin D dan E yang diperlukan untuk membantu pertumbuhan rambut baharu agar terus sihat dan kuat.
2. Mencegah keguguran rambut
Rambut mudah gugur kerana kekurangan magnesium dalam tubuh. Namun, kacang badam boleh membantu kerana mengandungi 25 peratus kandungan magnesium yang diperlukan oleh tubuh. Oleh itu, mula dengan mengambil ¼ cawan susu kacang badam secara konsisten agar khasiat yang diperlukan tubuh mencukupi.
3. Memperbaiki kerosakan rambut
Kacang badam memiliki sumber protein yang tinggi. Sumber protein ini dapat merangsang pertumbuhan rambut baharu dan mencegah keroskan rambut seperti rambut bercabang, rapuh, putus di hujung dan sebagainya.
4. Menggalakkan peredaran darah
Kacang badam mengandungi zat besi yang berfungsi untuk melancarkan peredaran darah serta oksigen ke seluruh tibuh. Dengan itu, turut melancarakan peredaran darah di atas kulit kepala dan setrusnya merangsang pertumbuhan rambut baharu.
5. Membersihkan kulit kepala
Kacang badam juga boleh dijadikan skrub untuk membantu menanggalkan sel-sel kulit mati di atas kulit kepala.