Oleh kerana peningkatan kes jangkitan virus Covid-19 yang semakin tinggi, orang ramai diminta untuk terus mengamalkan SOP kendiri.
Salah satunya adalah dengan memakai double mask atau pelitup muka tambahan gred perubatan bagi membantu menyaring lebih banyak zarah kecil berbanding memakai selapis saja.
Hal ini disarankan sendiri oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam perkongsian di laman twitternya.
Berdasarkan infografik yang dikongsikan menerusi laman sosial Twitternya, beliau menyatakan kajian Pusat Pengendalian dan Pencegahan Penyakit AS (CDC) menyimpulkan pemakaian double mask dapat mengurangkan pendedahan pemakai kepada jangkitan Covid-19.
“Walaupun tidak wajib dipakai bersama face shield (pelindung wajah), double mask memberikan perlindungan maksimum,” kata Dr Noor Hisham.
Jelasnya lanjut, pelitup muka tanpa ikatan menyekat 56.1 peratus zarah, pelitup muka kain menahan 51.4 peratus, pelitup muka diikat sebanyak 77 peratus manakala double mask sebanyak 85.4 peratus.
Amalkan memakai pelitup muka gred perubatan bersama pelitup muka kain berbanding pelitup muka kain sahaja.
Pada masa sama, infografik menunjukkan individu tidak perlu double mask sekiranya memakai pelitup muka jenis N95 kerana ia adalah standard tertinggi membantu menutup bahagian wajah dan menyaring 95 peratus zarah.
Jadi diharapkan kita semua dapat mematuhi saranan dinberikan beliau bagi mengelak diri daripada jangkitan terutama ketika berada di tempat awam.
Ads
Untuk pengetahuan bermula Selasa ini, seluruh negara akan dikenakan ‘total lockdown’ sementelah bagi mengekang kes jangkitan yang lebih serius.
Berikut adalah panduan ringkas daripada CDC (Centers for Disease Control) Amerika Syarikat :
1. Pihak CDC dan Dr Anthony Fauci telah menjalankan validasi ke atas pemakaian pelitup muka berganda. Ia didapati membantu menapis lebih banyak partikel berbanding satu pelitup muka kain. Lihat contoh pemakaian yang ditunjukkan oleh Dr Anthony Fauci di atas.
2. Dua kaedah telah dikaji bagi meningkatkan keberkesanan penggunaan pelitup muka. Kajian CDC menunjukkan pemakaian pelitup muka berganda (pelitup muka kain di atas pelitup muka perubatan) dapat mengurangkan risiko pemakai kepada pendedahan virus COVID-19.
3. Ikat gelung telinga ke tepian pelitup muka dan selitkan lipatan sisi pelitup muka bagi mengurangkan jurang dengan muka.
Ads
4. Sememangnya pemakaian dua pelitup muka akan menjadikan pernafasan sedikit sukar, namun secara umumnya penggunaan pelitup muka perubatan (3-ply surgical mask) dengan pelitup muka kain dapat digunakan dengan baik oleh kebanyakan pengguna dan ianya tidak mengurangkan pembekalan oksigen kepada pemakai.
5. Perbandingan peratus keberkesanan pelitup muka. Pelitup muka berganda didapati memberi perlindungan 85.4 peratus.
6. Kaedah pemakaian pelitup muka berganda yang betul: Gunakan pelitup muka perubatan dengan pelitup muka kain. Elak mengenakan dua pelitup muka perubatan atau dua pelitup muka kain sebagai pelitup muka berganda. Manakala pelitup muka N95 sepatutnya digunakan satu sahaja dan tidak dipasangkan dengan pelitup muka lain.
Ads
7. Pelitup muka N95 adalah piawaian tertinggi bagi jenis pelitup muka. Ianya boleh melitup permukaan muka dan menapis sehingga 95% partikel (sekiranya dikenakan dengan betul). Oleh itu, tiada keperluan untuk mengenakan pelitup muka berganda.
Tandatangan yang kreatif biasanya akan menjadi perhatian dan nampak menarik, tetapi tahukah anda salah satu itu simbolik kepada peribadi kita?
Menerusi satu perkongsian daripada Puan Farizal Radzali, tandatangan sebolehnya jangan senang dan susah sangat. Bukan salah tetapi ada sebabnya. Nah, jemput baca dulu pendapatnya.
Tandatangan Itu Simbolik Kepada Peribadi
Menurut ceritanya, “Cikgu saya dulu pernah cakap, masa tu baru nak belajar tandatangan borang sendiri. Cikgu cakap, tandatangan kita, jangan senang sangat, jangan susah sangat. Bila bekerja dalam bidang yang menjadikan tandatangan sebagai suatu yang amat penting, saya dah faham.”
Senang sangat atau susah sangat, orang mudah meniru.
Senang sangat atau susah sangat, menyebabkan tiap kali kita tandatangan, nampak lain. Takut orang kata kita pulak yang meniru.
Lagi satu, setiap tandatangan itu adakala menunjukkan peribadi pemiliknya.
Kalau yang susah sangat sampai tak tahu apa yang dia tulis, itu maksudnya orangnya agak komplikated.
Kalau yang senang sangat tu, bermakna dia bukan seorang yang berahsia. Siapa-siapa pun boleh baca nama dia.
Kalau yang bersimbol-simbol tu, love, smile, itu selalunya orang yang periang, penuh kasih sayang, dan adakala suka bersendirian.
Yang paling selalu ialah kalau tandatangan dia ringkas tapi masih tak tahu apa dia. Bermakna orang yang kenal dia sahaja yang tahu siapa dia.
Kalau tandatangan tak pernah berubah walau berapa lama, sama je dari sekolah dulu, maknanya dia seorang yang setia, tapi boleh jadi juga seorang yang tak sukakan perubahan.
Tidaklah tepat 100% tapi banyak yang betul. Cuba semak tandatangan kawan-kawan, mesti ada yang tersama.
Haa.. lepas ini boleh lah pastikan tandatangan anda itu menunjukkan karakter yang baik-baik. Tidak terlalu senang untuk ditiru dan tidak terlalu payah nak buat jika ditakdirkan bekerja dalam bidang yang memerlukan tandatangan setiap hari.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kajian Dedah Pencemaran Udara Boleh Sebabkan Berat Badan Naik. Kaum Wanita Kena Peka! Sebenarnya bukan saja pemakanan diambil yang boleh menyebabkan kenaikan berat. Tetapi ada faktor lain menyumbang ke arah berat naik mendadak seperti gaya hidup atau kadar metabolisme diri.
Tetapi jangan tak percaya rupanya ada satu kajian mendapati pendedahan jangka panjang kepada pencemaran udara boleh meningkatkan berat badan, khususnya dalam kalangan wanita berusia lewat 40an dan 50an, seperti dilaporkan akhbat New York Post.
Menurut laman web EurekAlert, kajian tersebut membabitkan 1654 wanita berkulit putih, hitam, China dan Jepun dengan medium usia 50 tahun.
Kajian Dedah Pencemaran Udara Sebabkan Berat Badan Naik
Gambar sekadar hiasan.
Kajian ini dilakukan selama lapan tahun dari tahun 2000 hingga 2008.
“Wanita-wanita yang terdedah kepada kualiti udara buruk, khususnya kadar zarah halis lebih tinggi seperti nitrogen dioksida dan ozon, menyaksikan peningkatan dalam saiz badan mereka,” kata Pengarang kajian, Xin Wang yang merupakan penyelidik Epidemiologi di Universiti Michigan.
Menurut EurekAlert, pendedahan kepada pencemaran udara dikaitkan dengan lemak badan lebih tinggi dan jisim tanpa lemak yang lebih rendah dalam kalangan wanita pertengahan usia.
Tambah laman web tersebut, kajian itu menunjukkan lemak badan meningkat sebanyak 4.5 peratus atau kira-kira 1.17 kilogram dalam persekitaran udara tercemar.
Dalam kajian itu, pasukan penyelidik mengukur tahap pencemaran udara di sekitar kediaman responden bagi mencari hubung kait antara dua entiti tersebut.
Kaum Wanita Kena Peka
Walau bagaimanapun senaman dan aktiviti fizikal bertindak sebagai penghalang kepada kesan buruk penemuan tersebut, kata EurekAlert.
Sementara itu, Xin Wang berkata disebabkan kajian itu hanya memberi fokus kepada wanita pertengahan usia, hasil penemuan tidak boleh diguna pakai untuk wanita dan lelaki lebih muda atau lelaki tua.
Rupanya kalau anda kunyah makanan perlahan, ini boleh kurangkan risiko mendapat penyakit obesiti.
Haaa.. percaya atau tidak, inilah fakta yang dikongsikan oleh Dr Syid tentang pengambilan makanan sihat di laman Facebook miliknya. Nah, jemput baca lebih jelas.
Kunyah Makanan Perlahan Kurangkan Penyakit
Tahu tak sebenarnya cara kunyah pun memainkan peranan yang penting. Jadi apa yang terbaik?
Sebaiknya ambil masa untuk mengunyah makanan secara perlahan-lahan (30-40 kali kunyahan) kerana tabiat ini mampu mengurangkan risiko obesiti.
Kajian mendapati mereka yang makan dengan laju, 2 kali ganda berisiko mendapat obesiti.
Malahan jika makan dengan terlalu laju atau cepat boleh menjadi punca gula dalam darah turun naik, yang boleh menyebabkan rintangan terhadap insulin.
Selain itu makan dengan laju juga dikaitkan dengan peningkatan berat badan, pinggang lebih besar dan glukosa dalam darah lebih tinggi.
Bagus Makan Perlahan
Perut kita perlu mengambil masa 20 minit untuk menghantar mesej ke otak bahawa perut sudah penuh dan kenyang. Makan dengan cepat mengakibatkan jumlah makanan yang diambil bertambah.
Makan perlahan juga dapat merangsang enzim pencernaan dengan sempurna dan mengurangkan risiko gastritis. Maksud makan perlahan itu bukanlah lambat sangat, sekurang-kurangnya makanan yang anda makan itu sudah lumat baru telan.
Malah apabila makan dengan perlahan, secara tidak langsung anda dapat menikmati makanan di dalam mulut dengan lebih fokus dan perut juga akan jadi cepat penuh serta kenyang.
Untuk jangka masa panjang, makan dengan perlahan dapat mengurangkan pengambilan kalori, menghentikan risiko obesiti dan penyakit metabolik.
Jadi kenapa nak pilih jalan mendatangkan penyakit kalau kita ada jalan yang lebih sihat?Haa, ada yang jenis makan laju-laju tak? Jom ubah!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!