Ambil Masa 2 Bulan, Gadis Ini Kongsi Cara Guna Apple Cider Untuk Cerahkan Ketiak. Selalunya kaum wanita hanya akan menjaga bahagian wajah saja berbanding anggota badan lain.
Namun begitu, bahagian lain seperti ketiak juga perlukan penjagaan rapi kerana ia mencerminkaan keperibadian seseorang.
Dalam satu perkongsiam di IIUM Confessions gadis ini yang menggunakan nama samaran ‘Si Cantik Hitam Manis’ mengakui sebelum ini tidak pernah ambil peduli dengan penjagaan ketiaknya.
Namun kemudiannya barulah dia perasan warna ketiaknya tidak sama seperti orang lain.
Dia juga turut ditanya rakan lelaki bagaimana cara dia menjaga bahagian bawah lengan supaya tidak hitam.
Tetapi akhirnya dia berjaya menjadikan bahagian itu cerah dan putih hanya dalam masa dua bulan.
Ads
Ini yang dilakukan oleh gadis ini yang berkata hasil atas usaha dilakukan sangat memuaskan hatinya.
1. Setiap hari, dua hari sekali iaitu pagi dan malam, korang boleh try skrub ketiak dengan menggunakan scrub muka St. Ives Apricot. Caranya tak perlu basahkan dengan air. Terus picit skrub tersebut dan sapu pada ketiak.
Gosok sampai puas hati tapi jangan kasar sangat sebab kulit bawah lengan ni lembut. Nanti jadi luka dan pedih. Kalau nak puas hati lagi, boleh skrub lagi dengan Bathing Controller yang boleh beli di Miniso atau Yubiso.
2. Lepas skrub, jangan lupa sapu pelembap yang ada kandungan vitamin E. Boleh juga sapu aloe vera gel untuk membantu proses pencerahan.
Ads
3. Setiap hari, anda juga boleh sapu ketiak dengan apple cider yang dah dicampur dengan air bagi membantu proses pencerahan.
4. Cabut bulu ketiak dengan cara waxing. Jangan cukur sebab bercukur boleh menjadikan ketiak anda hitam.
5. Elak pakai deodoran kerana pemakaiannya akan membuatkan ketiak menjadi gelap. Oleh kerana badannya tidak berbau, jadi tidak menggunakan sebarang deodoran. Sebagai ganti, dia akan menyapu aloe vera gel dan apple cider.
Masih ramai perempuan yang setia dengan tudung bawal sebab mudah dibentuk, tidak terlalu licin dan bahagian awning tudung tidak kelepet.
Eh, jangan main-main! Boleh hilang mood orang peempuan bila tudung tidak menjadi, apatah lagi bila anda sudah menghabiskan masa yang lama untuk siap.
Ini Jenis Tudung Bawal Paling Bagus, Awning Kekal Tegak Tak Senget
Pilihan fabrik tudung bawal antara yang paling penting selepas corak, warna dan jenama. Tidak semua fabrik sesuai untuk dijadikan tudung bawal kerana ia tudung yang wajib dilipat dua.
Tak tahu nak beli kain tudung bawal yang elok? Ini jenis-jenis fabrik tudung bawal terbaik:
Japanese Cotton Voile
Fabrik kapas yang premium dan paling banyak menjadi pilihan jenama-jenama tudung bawal. Ia kain yang tidak berapa lembut atau keras yakni sangat baik untuk dibentuk dan tidak mudah renyuk. Kebanyakan tudung bawal yang menggunakan japanese cotton voile, dijual pada harga yang murah. Anda boleh pilih samada dalam warna kosong atau bercorak.
Silk Satin
Biasanya kain tudung dari jenis satin boleh beri kesan ‘pekak’ dan panas pada si pemakai. Pilih fabrik satin yang sedikit mahal seperti silk satin yang bukan sahaja cantik, lembut tetapi ia mudah untuk dibentuk awning dan drape di bahagian hadapan. Tekstur kilatan pada silk satin juga lebih minima dan memberi aura eksklusif pada si pemakai.
Chiffon Voile
Kalau anda tak suka tudung chiffon yang berat, panas dan terlalu licin, anda boleh cari tudung dari fabrik chiffon voile. Ia antara tudung chiffon yang ringan dan sangat selesa di pakai sepanjang hari. Kain chiffon voile tidak terlalu jarang dan bahagian awning tudung mudah dibentuk walaupun licin. Kalau anda suka tudung bawal dari warna-warna pastel, fabrik chiffon voile wajib ada dalam almari.
Korean Chiffon
Fabrik tudung paling popular sekarang ialah korean chiffon! Seakan-akan fabrik satin tapi lebih ringan dan sedikit nipis. Namun anda jangan risau, fabrik ini tidak jarang seperti chiffon murah. Apa yang best, mempunyai pilihan warna yang terang dan cantik terletak bila dihampar pada bahu.
Namun selepas memilih kain tudung bawal yang paling best, mesti ada yang kurang jelas nak lilit bawal macam mana. Mungkin nak kelainan dan menutup aurat dengan betul. Cuba rujuk dua artis peempuan ini pakai, boleh lah anda gayakan Syawal nanti.
Okay kalau nak terletak elok pakai masa raya nanti, bila ke butik tudung atau ingin beli secara talian, jangan lupa semak dahulu jenis-jenis fabrik. Baru lah nanti bila pakai puas hati dan selesa.
Tak mudah nak pudarkan jeragat tetapi kalau anda ada ilmu kecantikan dan tahu bahan apa yang akan bantu selesaikan masalah kulit, insya-Allah akan ada hasilnya.
Paling penting kena pakai selalu bukan kejap pakai pakai dan rasa malas, terus tak buat! Okay jom tengok produk apa yang saudari Safa Nadia kongsi untuk anda cantik sebelum raya…
1. Medi-peel Melanon x cream
Boleh kata almost yang ada jeragat, boleh cuba melanon sebab ada brighthening ingredients. Jadi sangat membantu cepatkan kesan pencerahan, Ascorbic asid, tranexamic asid, niacemide, magnesium ascobyl phosphate, alpha arbutin dan mulberry extract. Malah anda boleh mengurangkan penghasilan melanin kulit untuk treat jeragat.
Nah, boleh rujuk sini video kenapa Melanon sangat bagus:
Gabungkan yang ini juga dengan melanon sebab melanon perlukan sedikut bahan untuk boostkan kesan pencerahan pada kulit, walaupun melanon dah cukup power tetapi tetap perlukan sokongan tambahan. Jadi campurkan dua bahan ini, alfha arbutin memang berkesan untuk pudarkan jeragat dan hilangkan parut.
3. 3w Clinic Sunblock cream
Ini paling penting untuk treat jeragat, wajib pakai sunscreen. Pakai dan reapply setiap 2 -3 jam sekali dan bila anda pakai brightening ingredients kena pastikan pakai sunscreen baru berkesan pada kulit. Sunscreen tak boleh treat jeragat but dia boleh halang dari terus naik . Nak selamat pakailah sunscreen.
Sekarang dah faham, bukan? Moga anda boleh pudarkan jeragat seblum raya nanti dan pastikan jadikan rutin setiap pagi dam malam apa yang patut sapu.
Mampu Senyum & Kekal Cantik Waktu Meneran. Elfira Dedah Kelebihan Ambil Epidural Bersalin Anak Kedua! Baru sahaja melahirkan anak keduanya, pelakon Elfira Loy dipuji pengikutnya kerana nampak tenang dan cantik sewaktu detik melahirkan anak keduanya, Nur Arial Mikayla 20 Mei lalu.
Video yang dikongsi olehnya memperlihatkan momen dia melahirkan puterinya dalam keadaan tenang malah boleh tersenyum sepanjang proses melahirkan berkenaan. Ramai yang meminta bagaimana dia boleh setenang itu ketika dalam bilik bersalin.
Elfira turut menjelaskan bahawa dia mengambil epidural untuk percepatkan bukaan sekaligus memudahkan urusan bersalin kerana semasa melahirkan anak sulungnya sebelum ini, dia terpaksa menahan sakit selama berhari-hari tetapi bukaan masih 2cm.
El ada ambik epidural sebab kita induced the baby. Sebab mengikut pengalaman sebelum, contraction ada tapi bukaan lambat. And el dah tahan sakit berhari-hari tapi masih 2cm. Tapi, bila bukaan dah hampir 6cm, el dah reducekan dosage for epidural sebab effect dia untuk el kalini, rasa lebih restless and macam tak boleh bernafas. Thats why towards the end, El dah boleh rasa contraction and mudah bila kita dah rasa ni. Kita boleh estimate bila nak push and sekuat mana kita push. Kalau tak, memang tak boleh nak rasa sendiri nak push sebab separuh badan numb.
Elfira Dedah Kelebihan Epidural Bersalin Anak Kedua
Bukan itu sahaja, Elfira turut menjelaskan mengapa dia kelihatan tersenyum sewaktu proses itu.
Dalam clip ni, korang ada nampak el senyum. Senyum sebab midwife dah pesan “Kalau muka buruk salahlah teran tu ” HAHAHA. Punyalah takut rupanya tersenyum saya. Masa tu tak perasan pun senyum. cuma control je. Kahkahkah
Untuk info, Elfira berkahwin dengan Faris Khairol Anuar pada 1 Januari 2019 dan hasil perkahwinan dikurnikan dua anak, Muhammad Rayyan Khalaf, 3 tahun dan Nur Aria Mikayla.
@elfiraloynurariamikayla Jadi, inilah kisah kelahiran saya. Ramai yang mintak tips untuk push, Alhamdulillah Allah permudahkan untuk El, dengan bantuan dari Midwife el Puan Sharifah. From this video, korang boleh dengar sendiri cara midwife el explain what to do before push. El ingin share jugak untuk pregnancy kedua ni, El ada ambik epidural sebab kita induced the baby. Sebab mengikut pengalaman sebelum, contraction ada tapi bukaan lambat. And el dah tahan sakit berhari-hari tapi masih 2cm. Tapi, bila bukaan dah hampir 6cm, el dah reducekan dosage for epidural sebab effect dia untuk el kalini, rasa lebih restless and macam tak boleh bernafas. Thats why towards the end, El dah boleh rasa contraction and mudah bila kita dah rasa ni. Kita boleh estimate bila nak push and sekuat mana kita push. Kalau tak, memang tak boleh nak rasa sendiri nak push sebab separuh badan numb. Dalam clip ni, korang ada nampak el senyum. Senyum sebab midwife dah pesan “Kalau muka buruk salahlah teran tu ” HAHAHA. Punyalah takut rupanya tersenyum saya. Masa tu tak perasan pun senyum. cuma control je. Kahkahkah♬ original sound – Elfira Loy
Double cleansing merujuk kepada rutin membersihkan muka dua kali menggunakan pembersih berbentuk minyak atau micellar water, diikuti dengan pembersih air seperti sabun muka.