Kebanyakan dari kita jika sudah suka dengan sesuatu barang atau alatan sewaktu menyediakan hidangan akan digunakan sehingga betul-betul sudah rosak.
Selagi masih boleh digunakan alatan berkenaan walaupun sudah buruk, tetap akan digunakan kerana dikatakan penyedap masakan. Misalnya papan pemotong ayam/daging atau sayuran.
Tetapi sedarkan kita jika papan pemotong yang digunakan sudah berkulat, calar balar dan berdaki itu sebenarnya akan menimbulkan lebih banyak kehadiran bakteria.
Dikatakan kajian menunjukkan 1 cmpersegi papan pemotong mengandungi lebih 24 ribu bakteria. Ini adalah 200 kali ganda lebih banyak berbanding kuman di tempat duduk tandas!
Malah ia sebenarnya adalah antara sumber keracunan makanan yang boleh sebabkan anda mengalami masalah cirit birit dan sakit perut.
Menurut perkongsian Public Health Malaysia memberitahu apa sebenarnya yang ada pada papan pemotong yang sudah berdaki dan berkulat ini terutama yang digunakan di kedai makan.
Papan Pemotong Daki & Berkulat Undang Bakteria
Lihatlah papan pemotong yang ada di rumah anda dan di kedai kedai makan.
Ads
Adakah ia telah calar balar, berdaki dan telah berkulat?
Sebenarnya, inilah antara sumber keracunan makanan yang menyebabkan anda cirit birit dan sakit perut.
Kajian menunjukkan 1 cmpersegi papan pemotong mengandungi lebih 24 ribu bakteria. Ini adalah 200 kali ganda lebih banyak berbanding kuman ditempat duduk tandas!
Walaupun keadaan papan pemotong telah daif dan tampak menjijikkan, jangan tak tahu, RAMAI yang masih menggunakannya!
Ads
Rekahan dan kesan calar pada papan pemotong adalah “lubuk” bagi kuman seperti Salmonella, e coli dan sebagainya.
Selain itu, perkongsian penggunaan papan pemotong bagi bahan mentah (ayam,ikan, daging) dan sayuran/ buah buahan juga perlu dielakkan.
Contohnya selepas anda memotong ayam, kuman pada ayam mentah akan melekat di papan pemotong, kemudian dengan papan yang sama anda potong sayur ulam dan buah buahan.
Saranan
Ads
1. Gantikan papan pemotong jika telah ada kesan calar dan berdaki
2. Gunakan papan pemotong berbeza untuk bahan mentah dan sayuran/ buah.
Seperti yang kita tahu kerajaan sedang giat menjalakan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sejak Mac lalu bagi membendung penularan virus Covid-19 ini.
Namun begitu bagi mereka yang sudah lengkap dua dos vaksin juga masih boleh dijangkiti Covid-19.
Cuma apa yang membezakannya adalah mereka yang lengkap divaksin ini akan mengalami gejala ringan atau langsung tiada gejala.
Walau bagaimanapun para penyelidik telah menemui satu gejala biasa yang dialami mereka yang susah lengkap divaksin iaitu bersin.
Gambar sekadar hiasan.
Bersin boleh disebabkan oleh alahan, selesema biasa, atau alahan debu, namun bersin yang berlebihan dalam kalangan individu yang telah divaksinasi sepenuhnya, boleh menjadi satu gejala COVID-19.
Itu dapatan kajian pengendali aplikasi ZOE COVID Symptom Study, yang merupakan kajian terbesar berkaitan COVID-19 setakat ini.
“Data kami menunjukkan bahawa orang yang telah divaksinasi dan kemudian diuji positif untuk COVID-19 lebih cenderung melaporkan bersin sebagai gejala, berbanding mereka yang belum divaksin,” kata penyelidik seperti yang dipetik dalam portal Independent UK.
Bagaimanapun, belum ada pengesahan dari segi sains yang membuktikan bersin sememangnya gejala COVID-19.
Gambar sekadar hiasan.
Justeru orang ramai diminta berwaspada terhadap gejala-gejala lain, sama ada mereka yang telah divaksinasi atau belum.
“Gejala lain termasuk demam, sakit badan, batuk berterusan, hilang deria rasa atau bau, sakit kepala, keletihan dan sesak nafas. Jangan fokus pada bersin sahaja.
“Sekiranya anda telah diberi vaksin dan kerap bersin tanpa sebab, pergilah menjalani ujian saringan, terutama jika anda tinggal atau bekerja di sekitar mereka yang berisiko,” tambah mereka.
Kajian Dedah Pencemaran Udara Boleh Sebabkan Berat Badan Naik. Kaum Wanita Kena Peka! Sebenarnya bukan saja pemakanan diambil yang boleh menyebabkan kenaikan berat. Tetapi ada faktor lain menyumbang ke arah berat naik mendadak seperti gaya hidup atau kadar metabolisme diri.
Tetapi jangan tak percaya rupanya ada satu kajian mendapati pendedahan jangka panjang kepada pencemaran udara boleh meningkatkan berat badan, khususnya dalam kalangan wanita berusia lewat 40an dan 50an, seperti dilaporkan akhbat New York Post.
Menurut laman web EurekAlert, kajian tersebut membabitkan 1654 wanita berkulit putih, hitam, China dan Jepun dengan medium usia 50 tahun.
Kajian Dedah Pencemaran Udara Sebabkan Berat Badan Naik
Gambar sekadar hiasan.
Kajian ini dilakukan selama lapan tahun dari tahun 2000 hingga 2008.
“Wanita-wanita yang terdedah kepada kualiti udara buruk, khususnya kadar zarah halis lebih tinggi seperti nitrogen dioksida dan ozon, menyaksikan peningkatan dalam saiz badan mereka,” kata Pengarang kajian, Xin Wang yang merupakan penyelidik Epidemiologi di Universiti Michigan.
Menurut EurekAlert, pendedahan kepada pencemaran udara dikaitkan dengan lemak badan lebih tinggi dan jisim tanpa lemak yang lebih rendah dalam kalangan wanita pertengahan usia.
Tambah laman web tersebut, kajian itu menunjukkan lemak badan meningkat sebanyak 4.5 peratus atau kira-kira 1.17 kilogram dalam persekitaran udara tercemar.
Dalam kajian itu, pasukan penyelidik mengukur tahap pencemaran udara di sekitar kediaman responden bagi mencari hubung kait antara dua entiti tersebut.
Kaum Wanita Kena Peka
Walau bagaimanapun senaman dan aktiviti fizikal bertindak sebagai penghalang kepada kesan buruk penemuan tersebut, kata EurekAlert.
Sementara itu, Xin Wang berkata disebabkan kajian itu hanya memberi fokus kepada wanita pertengahan usia, hasil penemuan tidak boleh diguna pakai untuk wanita dan lelaki lebih muda atau lelaki tua.
Drama King The Land menjadi bualan ramai apabila jalan ceritanya cukup menarik, dengan diselit elemen komedi oleh pelakon, Ahn Se-Ha yang memegang watak sebagai Noh Sang-Sik iaitu kawan dan sekali gus menjadi Setiausaha Gu Won (Lee Jun-Ho) yang sangat lucu.
Dia yang berumur 37 tahun, cuba kelihatan kemas seperti Lee Jun-Ho untuk selarikan dengan watak yang dipegang sebagai pekerja hotel.
Demi King The Land, Ahn Se-Ha Usahakan Hilang Berat Hampir 9kg
Terdahulu di dalam temubualnya, Ahn Se-Ha membuka cerita bahawa dia sepenuh usaha melakukan apa yang terdayanya demi merealisasikan watak Noh Sang-Sik dalam King The Land.
“Sebelum saya mendapatkan jalan cerita tersebut dan bertemu dengan para pelakon, berat badan saya turun sekitar 4 kilogram dan sebelum memulakan penggambaran berat badan saya turun lagi sekitar 5 hingga 6 kilogram.”
“Saya berjaya untuk menurunkan berat badan sekitar 9 kilogram supaya kelihatan segak ketika memakai suit lengkap di dalam pejabat yang sentiasa berada disebelah Lee Jun-Ho..”
Tak Makan Dan Selalu Bersenam
“Saya hampir tak makan, selalu bersenam dan menjaga kulit wajah serta pergi ke salon untuk kelihatan kemas dan ini adalah kali pertama selama 10 tahun saya menjadi pelakon saya melakukan perkara ini.”
“Saya ingin kelihatan kemas dan muda bahkan ketika membaca skrip dengan yang lain saya memakai Make-up”, kata Ahn Se-Ha.
Ahn Se-Ha juga memuji sikap Lee Jun-Ho yang betul-betul bekerja keras dalam memegang wataknya dan berlakon dengan penuh penghayatan dan membuatkan diri Ahn Se-Ha ingin seiring dengannya.
Usaha Ahn Se-Ha tidak sia-sia apabila watak b romance antara dia dan Lee Jun-Ho meraih perhatian ramai yang membuatkan mereka ketawa tidak kering gusi.
Drama King The Land yang baru sahaja habis sebanyak 16 episod. Episod terakhir drama tersebut mencatat ranting national yang paling tinggi anatara episod lain iaitu sebanyak 13.8%.
Haaa.. kalau anda suka genre romantik komedi dan belum tonton drama King The Land, boleh lah layan drama tersebut.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!