Nak Panjang Umur, Konsisten Amal Senaman Berjalan Kaki. Buat Laju-Laju 75 Minit Setiap Hari!

Share

Nak Panjang Umur, Konsisten Amal Senaman Berjalan Kaki. Buat Laju-Laju 75 Minit Setiap Hari! Kita memang sangat digalakkan untuk berjalan kaki kerana dikatakan senaman paling ringkas tetapi sebenarnya memberi banyak manfaat.

Justeru sangat disarankan berjalan kaki sebanyak 10 ribu langkah sehari tidak kira ketika berada dalam rumah atau kawasan persekitaran.

Jika orang lain memilih untuk bersenam di gimnaisum untuk menyihatkan badan, tetapi sebenarnya berjalan kaki juga mempunyai kelebihan tersendiri.

Nak Panjang Umur, Konsisten Senaman Berjalan Kaki

Artikel Lain: Wajib Minum Green Tea Sebelum Sarapan. Rahsia Berat Badan Turun Dalam Masa Singkat!

Menurut Pakar Otak dan Kesihatan, Dr Rizal Abu Bakar, berjalan laju bukan untuk kurus. Tapi untuk sihat. Yang kurus pun tak semestinya sihat.

Ujarnya, dirinya mengamalkan berjalan laju kerana ada kajian mengatakan;

1. Berjalan 75 minit seminggu boleh panjang umur. Dua tahun umur bertambah. Tu seminggu. Kalau sehari macam mana agaknya?

2. Berjalan 40 minit tiga kali seminggu tingkat kemampuan memori. Jadi kalau selalu lupa-lupa, rajin-rajinlah berjalan.

3. Berjalan 30 minit sehari kurangkan risiko terkena depression sebanyak 36 peratus. Ni kaedah mencegah yang baik.

Kajian juga ada sebut berjalan sama efektif dengan ambil ‘anti depressant’. Tak ada kesan sampingan pula tu.

4. Berjalan 60 minit sehari turunkan obesiti sebanyak 50 peratus. Tapi bukan jalan lenggang kangkung macam pergi pasar malam.

Ni berjalan laju. Macam dah lambat masuk meeting. Macam nak terkucil laju ke tandas.

Boleh start perlahan-lahan. Kalau ada anak kecil, letak dalam ‘stroller’. Boleh tolak dan dapat manfaat sekali berjalan ni.

Artikel Lain: Selalu Sakit Perut & Muntah Wanita Nekad Diet Air Kosong. Lepas 41 Tahun Kekal Sihat Bertenaga!

Buat Laju-Laju 75 Minit Setiap Hari!

Sementara itu, ini keistimewaan aktiviti atau senaman berjalan kaki laju yang memberi lebih banyak manfaat kepada kesihatan dan kecantikan berbanding berjalan kaki secara santai, antaranya;

1. Berat Badan Stabil

Amalan berjalan kaki laju juga meningkatkan metabolisma tubuh. Selain sejumlah kalori terbuang, lebih banyak lagi kalori akan terbakar apabila metabolisma tubuh meningkat sehingga peningkatan berat badan sukar berlaku.

2. Menurunkan Berat Badan

Selain mampu menstabilkan berat badan, mereka yang mengalami pertambahan berat badan disarankan supaya melakukan senaman berjalan kaki laju secara rutin.

3. Risiko Elak Serangan Jantung

Seperti yang kita semua tahu, otot jantung memerlukan aliran darah lebih deras supaya ia sentiasa berfungsi dengan normal. Justeru, berjalan kaki laju mempercepatkan aliran darah ke dalam koroner jantung.

Selain itu, kelenturan pembuluh darah menguncup dan mengembang ketika berjalan laju juga cenderung menyebabkan tekanan darah menjadi lebih rendah selain dapat mengurangkan risiko berlakunya darah beku di pembuluh darah ke jantung.

4. Angin Ahmar Atau Strok

Walaupun masih tiada bukti kukuh mampu mengaitkan senaman berjalan kaki laju dengan strok namun kajian dilakukan terhadap 70,000 pesakit di Sekolah Kesihatan Awam Harvard, Amerika Syarikat, yang sering berjalan kaki iaitu purata 20 jam seminggu, risiko mereka diserang strok menurun sebanyak 2 daripada 3 kes.

5. Mencegah Kencing Manis

Dengan membiasakan berjalan kaki laju sekitar enam kilometer sejam dipercayai mampu mencegah masalah diabetes Tahap dua terutama di kalangan individu bertubuh gempal. (Sumber: Institut Diabetes dan Masalah Hati Kebangsaan).

Gula di dalam darah juga dapat dikawal dengan cara berjalan kaki (brisk walking), justeru ubat tidak diperlukan. Ia bermakna, berjalan kaki laju sama manfaatnya dengan mengambil ubat anti diabetes.

6. Mencegah Osteoporosis
Pergerakan badan yang aktif dan berjalan kaki laju boleh memperkuatkan otot badan serta tulang. Individu yang sering melakukan senaman dan cukup sumber kalsium di dalam badan boleh terhindar daripada ancaman kereputan tulang sehingga usia 70 tahun.

7. Meredakan Sakit Lutut

Lebih sepertiga mereka yang lanjut usia di Amerika Syarikat mengalami masalah sakit lutut atau osteoarthiris. Dengan membiasakan diri berjalan laju atau berjalan di dalam kolam renang mampu meredakan masalah itu.

Bagaimanapun, untuk penghidap osteoarthiris, mereka disarankan melakukan senaman berjalan kaki berselang-seli supaya sendi tidak terjejas.

8. Tekanan
Pergerakan badan terjadi ketika berjalan kaki laju juga sebenarnya dapat membantu pesakit yang mengalami tekanan perasaan. Berjalan kaki laju dapat menggantikan ubat anti tekanan yang harus diambil secara rutin. Kajian terhadap kaitan antara masalah tekanan perasaan dan berjalan kaki sudah dilakukan sejak 10 tahun lalu.

9. Kanser

Pembunuh nombor satu ini dikatakan mampu dijauhkan jika anda rajin berjalan kaki, setidak-tidaknya kanser usus besar. Seperti yang anda semua maklum, pergerakan badan membantu melancarkan penghadaman usus.

Artikel Lain: Tak Rugi Jalan Kaki 10 Ribu Langkah Sehari, Bantu Jadi Lebih Muda & Gembira

Published by
Siti Zurina Mat Saman