Ada yang nak tip bersenam ketika puasa? Ada orang cakap, kalau bersenam waktu berpuasa ini boleh membuatkan diri menjadi terlalu letih.
Selain organ badan berehat kerana berpuasa, bukankah ini membuatkan tubuh badan menjadi lebih sihat kerana bersenam?
Melalui perkongsian tips bersenam ketika berpuasa dari seorang pakar, terdapat 3 waktu yang sesuai untuk anda lakukannya.
Mari ikuti tips bersenam ketika berpuasa dan waktu bersenam yang sesuai, seperti dikongsikan oleh Puan Syaza Nutritionist, seorang Pakar Pemakanan Wanita.
Ada ramai yang berniat mahu bersenam tetapi risau haus. Haa… jom kita tengok macam mana nak bersenam waktu bulan Ramadan ini.
1. 30 MINIT – 1 JAM SEBELUM BERBUKA
Jarak masa ini sesuai untuk kita ganti balik protein yang telah digunakan semasa bersenam. Dengan erti kata lain kita akan mengambil post workout meal semasa berbuka.
2. SELEPAS SOLAT SUBUH
Badan mendapat tenaga atau lebih dikenali dengan pre-workout meal semasa sahur. Menjadikan ia masa yang sesuai untuk bersenam.
3. SELEPAS TARAWIH
Pada masa ini tiada masalah untuk minum air bagi tujuan hidrasi. Menjadikan selepas tarawih merupakan salah satu waktu yang sesuai untuk bersenam.
TIPS BERSENAM KETIKA BERPUASA
Minum air secukupnya selepas berbuka sehinggalah habis waktu sahur.
Makan protein bersama-sama karbohidrat semasa berbuka sebagai post-workout meal.
Elakkan senaman berintensiti tinggi, fokus kepada senaman berintensiti rendah atau sederhana, 30-45 minit sahaja.
Kalau anda sudah terbiasa denagan senaman, boleh teruskan rutin senaman pada waktu yang sesuai. Manakala, bagi individu yang baru ingin mulakan senaman, pastikan anda buat senaman yang tidak membebankan diri anda.
Semoga bermanfaat dan selamat berpuasa.