Nekad nak turunkan berat badan, lelaki ini memilih teh hijau untuk kontrol rasa nak makan dan perlahan-lahan dia dapat tinggalkan air bergula.
Mula belajar mengenai tentang diet, saudara Harith Faisal akhirnya dapat turunkan berat sebanyak 10kg dalam masa 2 bulan.
Amal Minum Teh Hijau
Benda ni antara yang saya amalkan sepanjang saya diet 2 bulan ni. Yup! Hari ni genap 2 bulan saya mula diet. Dah dapat turun 10kg tanpa sebarang supplement. Diet kurang kalori.
Saya makan nasi, makan ayam, makan ikan, makan sayur, makan spaghetti. Makan je, tapi saya kurangkan pengambilan dia. Memang tinggal air bergula kecuali masa cheat day.
Kesan Minum Teh Hijau
Saya tak pasti betul ke tak dari segi saintifik. Tapi saya rasa sendiri, bila amalkan minum teh hijau ni, perut tak masuk angin, tak sebu dan tak kembung sepanjang diet saya ni.
Okay kejap. Saya google dulu. Tak sah kalau tak pakai skil menggoogle saya yang hebat sejak azali ni. Jadi, teh hijau ni katanya kalau kau amalkan dia setiap hari;
Sila cuba kepada yang tengah diet. Yang saya buat ni memang air teh hijau kosong. Tak ada gula, tak ada susu. Mula-mula rasa memang tak sedap. Lama-lama tak sedap juga. Eh!
Kat mana nak beli? 99 Speedmart.
Saya pakai dua brand teh hijau jenis uncang. Uncang jelah. Senang nak buat, kan. Sehari saya pakai 2-3 uncang saja. Biasa satu uncang, saya pakai 2 round sebab nak jimat.
Doakan saya dapat turun lagi a few kilo untuk sama berat masa saya zaman bujang. Jaga kewangan, bagus untuk miliki aset. Jaga kesihatan, bagus kerana badan adalah aset.
Kalau jumpa saya kat luar dan nampak saya dah susut berat badan, ringan-ringankanlah mulut tegur, “Eh Harith, nampak macam dah kuruslah”. Itu motivasi untuk saya.
Nampak tak hasil daripada usaha minum teh hijau ini? Anda pun boleh amalkan tetapi pastikan dengan cara yang betul dan jangan lupa bersenam ringan untuk keluarkan peluh.