Baik perempuan atau lelaki, ramai yang berperang dengan perasaan nak kurus tetapi ada masalah suka makan. Kadang niat atau azam nak kurus itu di bawa dari tahun ke tahun lain. Eh, susah sangat ke?
Tidak… kita hanya perlu mengubah cara kita makan dan tabiat pemakanan harian setiap hari. Dan sebenarnya ada cara diet yang sangat mudah untuk anda yang nekad mahu kurus.
Jom, Kurus!
Cuba teliti dulu cara ini dan jika mampu buat anda pasti akan mendapat hasilnya. Lambat tak apa, tetapi yang penting berkesan.
1. Makan on time
Andai kata hari ini anda sudah mulakan sarapan pada jam 8.00 pagi, tengah hari pula jam 1.00 petang, dan makan malam seawal jam 6.00 petang, maka anda kena mengulangi waktu yang sama untuk keesokkan harinya. Tak boleh langgar peraturan ini ya, awas!
2. Cut gula
Suka atau tidak, anda kena perlahan-lahan kurangkan pengambilan gula. Kalau sebelum ini anda terbiasa pilih kek atau kuih manis, selepas ini boleh gantikan gula dengan buah-buahan atau madu. InsyaAllah proses penurunan berat badan yang anda impikan selama ini akan tercapai. Kemudian boleh minum air kosong dengan banyak untuk menggantikan air manis yang anda minum selama ini. Dalam masakan pula, carilah stevia atau madu asli untuk dapatkan kemanisan di dalam masakan.
Jangan buat serentak terus ya, boleh cut perlahan-lahan. Mungkin boleh mula dengan berhenti minum air manis dulu. Yang kek dan kuih muih kemudian. Andai kata rindu sangat nak minum teh atau kopi, boleh amalkan minum tanpa gula.
3. Kuantiti sedikit dan berulang
Elakkan makan dalam kuantiti yang banyak dalam satu hidangan atau sekali makan. Makan dengan banyak akan memberi beban besar kepada perut. Ini boleh menyebabkan kembung dan menurunkan paras tenaga tubuh sementara sistem pencernaan sangat bekerja keras untuk mencernakan makanan.
Tahukah Anda:
Perut untuk proses penghadaman selama 1-3jam
Usus kecil untuk proses pencernaan kimia selama 6-8 jam
Usus besar (kolon) untuk proses pencernaan akhir & pemeraman selama 12-47 jam
Purata keseluruhan proses penghadaman dan pencernaan makanan mengambil masa lebih kurang 53 jam
4. Banyakkan aktiviti keluar peluh
Nak keluar macam leceh, jadi anda boleh buat aktiviti di rumah sampai keluar peluh. Kalau mampu, sesekali buat senaman mudah depan TV. Pasang YouTube, kemudian anda nak zumba pun boleh. Paling mudah, buat kerja dalam rumah saja. Mop lantai, alih perabot atau mungkin basuh kereta. Semua itu boleh keluarkan peluh.
5. Beli baju saiz kecil
Untuk bakar semangat anda, elakkan beli baju saiz besar. Bila besar, anda akan rasa selesa dan selamat tanpa sedar berat emakin meningkat. Haa… bila saiz baju dah muat elok, cuba target lain pula.
Kebanyakan yang niat nak kurus bukan nak bertanding saiz badan tetapi untuk selesa dan sihat. Sekurang-kurangnya kaki tidak sakit untuk berdiri lama semasa beribadah dan tiada masalah kejang kaki atau sakit tumit. Semoga anda yang sudah lama pasang niat nak kurus akan berjaya untuk kurangkan KG dan kekal sihat.