Ramadan bukan sekadar tentang menahan lapar dan dahaga, ia adalah sekolah kesabaran. Tapi sis, sabar tak bermakna kita perlu sekadar berbaring di atas sofa sementara menunggu waktu berbuka, kan?
Ramai yang bertanya, “Boleh ke bersenam masa puasa?” Jawapannya: Mestilah boleh! Kuncinya adalah memilih senaman yang tidak terlalu membebankan tetapi memberi kesan maksima kepada otot. Cukup sekadar 15 minit pada waktu petang (sekitar sejam sebelum berbuka), badan anda akan rasa lebih ringan dan kadar metabolisme pun terjaga.
Jom cuba rutin 7 Gerakan Ajaib
ini yang boleh anda buat di rumah sahaja:Lakukan gerakan ini selama 2 hingga 3 minit. Ia sangat berkesan untuk memantapkan otot perut. Jangan paksa diri terlalu lama; kita mahukan kualiti, bukan kuantiti, supaya tidak kehilangan terlalu banyak air badan.
Jangan bayangkan tekan tubi ala tentera yang menyeksakan. Cukup lakukan 20 kali dalam satu set untuk mengaktifkan otot lengan dan dada.
Tip: Kalau tidak kuat, boleh letakkan lutut di lantai untuk sokongan tambahan.
Gerakan ini nampak mudah tapi sangat membantu untuk kesihatan tulang belakang dan keseimbangan badan. Ia memberikan regangan yang cukup selesa untuk keseluruhan otot anda.
Cara: Pastikan tangan dan lutut selari di lantai, kemudian angkat tangan dan kaki bertentangan secara serentak.
Berdiri tegak dan rendahkan badan perlahan-lahan seperti mahu duduk. Fokus pada pernafasan anda. Ini adalah gerakan terbaik untuk memantapkan otot peha dan punggung agar lebih pejal.
Namanya mungkin unik, tapi fungsinya serius! Gerakan ini nampak ringkas tapi impaknya pada bahagian perut sangat padu. Lakukan selama beberapa minit untuk otot teras yang lebih kuat.
Ini adalah posisi popular untuk meregangkan badan. Ia membantu melancarkan aliran darah ke kepala dan membuatkan badan rasa serta-merta segar selepas seharian bekerja di depan komputer.
Hanya perlukan dinding sahaja! Sandarkan badan pada dinding dan “duduk” dalam posisi 90 darjah tanpa kerusi. Lakukan selama beberapa minit. Sangat bagus untuk mengecilkan dan menguatkan otot peha.
Semoga perkongsian ini memberikan manfaat untuk anda. Selamat mencuba!