Rasa Diri ‘Down’, Cepat-Cepat Buat Aktiviti Larian. Rupanya Boleh Kurangkan Risiko Depresi!

Share

Rasa Diri ‘Down’, Cepat-Cepat Buat Aktiviti Larian. Rupanya Boleh Kurangkan Risiko Depresi! Dalam dunia yang semakin maju dan mengejar taraf hidup lebih baik menyebabkan setengah dari kita turut berdepan dengan masalah mental yang serius.

Jika kita pandang seseorang itu kelihatan biasa dengan tawa gembira, sebenarnya ada antaranya berdepan masalah serius yang disorokkan.

Artikel Lain: Rupanya Seseorang Boleh Dapat 2 Penyakit Mental. Wanita Kongsi Pengalaman Hidap Anxiety Disorder 4 Tahun Lalu!

Kalau dulu ramai yang segan untuk mendedah mereka sebenarnya mengalami masalah ganguan kesihatan mental, tetapi kini ramai bersikap lebih terbuka.

Ramai mula tampil memberitahu berdepan masalah ini bertahun-tahun lamanya hingga menjadi nanah dalam diri seseorang.

Rasa Diri ‘Down’, Cepat-Cepat Buat Aktiviti Larian

Kesedaran masyarakat semaki meningkat turut membantu pesakit untuk lebih berani berkongsi pengalaman mereka setelah didiagnos mengalami gangguan anxiety disorder.

Namun begitu, bukan semua mempunyai masalah mental yang sama, dan hanya doktor pakar sahaja yang berhak memeriksa dan membuat pengesahan jenis sakit mental dihadapi pesakit.

Artikel Lain: Bersungguh Lepas Geram Pada ‘Punching Bag’. Shila Amzah Enjoy Pilih Muaythai Urus Tekanan!

Menurut perkongsian Dr Rozanizam Zakaria Pakar Psikiatri, Pensyarah, Penulis dan Mental Health Educator Vice President ll I-Medik bila seseorang mula rasa down, lesu, serabut dan tertekan, mulalah cuba bersenam.

Senaman ringan banyak membantu mengurangkan risiko untuk seseorang mendapat masalah depresi.

Ini kerana menurut fakta perubatan, aktiviti fizikal terutamanya senaman secara sederhana akan meningkatkan hormon-hormon seperti berikut:

Bahkan kajian yang dilakukan oleh Harvard Public Health Cshool turut menunjukkan berjalan kaki dan berlari secara kerap dapat mengurangkan sebanyak 26 peratus risiko masalah depresi atau kemurungan.

Selain itu menurutnya lagi, senaman secara konsisten juga meningkatkan nama kimia otak neurotrophin yang berfungsi memperbaiki kerosakan dalam otak manusia.

Rupanya Boleh Kurangkan Risiko Depresi

Bila mula rasa down, lesu, serabut, tensed…
Start exercise.
Even light exercise.

Sebab physical activity, particularly moderate level of exercise akan increase:


Serotonin – improve mood
Dopamine – improve motivation
Endorphine – reduce body pain
Adrenaline – increase energy

Consistent exercise juga akan increase chemical nama brain-derive neurotrophin yang berfungsi repair damage dalam otak kita.

Sebab tu there’s a study from Harvard Public Health School yang menunjukkan walking and running regularly reduced 26% risk of depression.

Artikel Lain: “Fikiran Kosong & Sering Rasa Gementar” – Pengalaman Ella Yang Dah Lama Hidap Anxiety!

Published by
Siti Zurina Mat Saman