Kelebihan Guna Treadmill Dalam Rutin Harian, Anda Pasti Terkejut Akan Impaknya!

Rutin latihan atau senaman menggunakan ‘treadmill’ mungkin dipandang ringan. Ramai beranggapan berjalan atau berlari di posisi dan di atas lantai bergerak yang sama membosan, buang masa dan tidak berkesan.

Anda silap! Penggunaan mesin treadmill ternyata sama faedahnya seperti mendaki bukit yang tinggi.

Untuk mendapatkan kesan yang terbaik ada caranya tersendiri yang perlu diikuti.

Adapt gunakan treadmill

Bagi mendapatkan keputusan yang ketara dan pantas, pengamal treadmill ini haruslah terlebih dahulu menyesuaikan diri dengan rutin treadmill termasuk kestabilan postur dan imbangan badan ketika menggunakannya.

Pasti anda akan rasakan kesesuaian tubuh badan sendiri apabila mencubanya. Apabila anda sudah selesa dengan rutin tersebut, tiba masanya anda cuba rutin atau tahap kelajuan lain pula.

Terus membakar lebih banyak kalori

Sekiranya anda belum pernah menggunakan treadmill, anda boleh mulakan langkah dengan memegang handrails iaitu pemegang tangan. Dapatkan kesimbangan badan terlebih dahulu dan mulakan perlahan.

Jangan paksa diri dan bawa bertenang. Sekiranya anda sudah menstabilkan posisi dan postur badan anda, lepaskan handrails dan teruskan. Ayunkan tangan berselang seli dengan langkahan kaki seperti berkawat. Tindakan berkesan untuk membakar kalori dengan cepat.

Pengaruh kelajuan treadmill

Kelajuan treadmill ternyata mampu membawa perubahan. Kenal pasti kelajuan sama ada untuk berjalan mahupun berlari. Anda boleh mengambil langkah dengan mula berjalan perlahan-lahan untuk beberapa minit dengan kelajuan sederhana.

Selang beberapa minit, tukar ke tahap kelajuan maksimum selama 5 hingga 10 minit. Selesakan diri anda dengan kelajuan yang disetkan itu. Jika tidak, anda mungkin akan tercedera kerana gagal mengikutinya.

Treadmill photo created by senivpetro – www.freepik.com

RUTIN HARIAN

1- Keputusan terbaik hanya akan diperoleh dengan konsistensi. Jadikan amalan penggunaan treadmill sebagai satu rutin harian anda. Capai target anda dan pacukan.

2- Anda tidak perlu luangkan masa berjam-jam lamanya di atas treadmill. 20  hingga 30 minit sudah mencukupi di samping menjalankan senaman lain bagi mendapatkan keputusan yang terbaik. Contohnya senaman erobik, yoga dan lain-lain. Bagi yang baru memulakannya, anda disyorkan untuk melakukan sesi ini selama 5 hingga 10 minit.

3- Amalkan tabiat kosongkan perut terlebih dahulu sebelum memulakan rutin ini. Makan sebelum mulakan latihan hanya akan melambatkan proses pembakaran lemak dan kalori.

Farizul Izwany

Rutin Kecantikan Datuk Syafinaz – Rahsia Awet Muda & Kulit Sihat Sejak Remaja

Tak puas tengok air wajah penyanyi dan guru vokal, Datuk Syafinaz Selamat, walaupun sudah berusia…

11 bulan

Rutin Urut Wajah, Daripada Chubby Berubah Jadi V-Shape

Setiap pagi atau sebelum tidur, elok urut wajah untuk hilangkan masalah dagu berlapis dan jadikan…

11 bulan

Maintain Kecil Molek, Nora Danish Tak Memilih Bab Makan, Telur Pun Cukup!

Semakin jelita dan tubuh badannya maintain kecil molek, Nora Danish memang salah seorang artis wanita…

11 bulan

Kurangkan Masalah Gelap Bawah Mata, Perlukan 2 Barang Sahaja Dan Hasilnya Wow!

Stress juga kalau hadap masalah gelap bawah mata, nak-nak kalau mahu keluar ke majlis tertentu…

11 bulan

Rupanya Beauty Hack Ini Semua Mitos, Jangan Cuba Kalau Tak Nak Kulit Rosak

Masih ramai yang terpengaruh dengan beauty hack dikongsikan di media sosial, ada yang kononya membantu…

11 bulan

Cara Ketahui Warna Sesuai Dengan Kulit, Senang Nak Pilih Baju Raya Nanti

Ini cara ketahui warna sesuai dengan kulit sebelum beli baju cantik! Raya Aidilfitri pun semakin…

11 bulan