Sejak akhir-akhir ini, anda kurang bersemangat untuk bersenam sehinggakan badan anda cepat merasa letih dan penat. Apatah lagi sejak perlaksaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 dilaksanakan.
Jangan jadikan alasan duduk di rumah menyebabkan anda malas untuk bersenam. Bagaimana anda ingin kembalikan kecergasan dan kesegaran anda dengan cepat dan mudah.
Usah bimbang, ikutilah cara mudah ini.
Anda boleh bawakan pedometer ketika berjalan kaki. Ini untuk memberi semangat kepada anda terutamanya melihat angka-angka pada pedometer.
Kajian yang diterbitkan di The International Journal of Obesity menunjukkan bahawa berjalan kaki lebih dari 10,000 langkah per hari dapat mengurangkan risiko penyakit jantung, diabetes dan kanser.
Cubalah berjalan kaki sekeliling rumah atau di sekitar kawasan perumahan selama 15-20 minit dengan kelajuan 3-4km/jam. Ini kerana kelajuan ini diperlukan untuk mendapatkan kesihatan jantung dan aliran darah bagi mencegah penyakit jantung.
Cara lain untuk mengurangkan risiko penyakit jantung dan membakar lebih banyak kalori adalah berjalan-jalan di kawasan sekeliling. Anda juga boleh pergi ke kafe untuk minum kopi dan makanan sihat yang lain.
Cuba gunakan mesin fotostat atau faks yang terletak di tingkat atas atau paling jauh dari meja kerja di rumah anda untuk membantu bergerak dan naik turun tangga.
Letakkan beberapa barbell ringan di atas meja anda supaya anda boleh angkat ketika sedang berehat. Atau boleh juga ikatkan pemberat pada alat kawalan televisyen.
Lakukan senaman kecil dengan menggerakkan otot tangan ke atas dan kebawah setiap kali anda menukar siaran televisyen selama 5-10 minit. Dengan mengangkat beban, ia boleh mengurangkan risiko terkena penyakit termasuklah osteoporosis dan penyakit jantung.
Manfaatkan waktu bersama pasangan dengan berjalan-jalan di sekitar kawasan rumah. Lakukan regangan otot badan semasa duduk atau berdiri. Anda juga boleh mencuba latihan mengangkat bahagian tumit kaki untuk melatih otot kaki.
Daripada anda melewatkan masa untuk latihan secara rutin, adalah lebih baik anda memendekkan masa dan menambahkan intensiti untuk mendapatkan kualiti latihan anda. Contohnya, mengurangkan masa berbasikal di gymnasium tetapi ulangi dengan 2-3 kali berbasikal cepat dalam tempoh seminit.
Sesekali cubalah untuk rancang dengan pasangan anda melakukan aktiviti senaman bersama. Berbasikal, bermain badminton bersama pasanan boleh membuatkan anda bersemangat. Latihan ini jauh lebih murah dan sihat berbanding anda makan di restoran atau kafe.
– Dengan melakukan latihan beban dan kardio di gymnasium juga boleh membantu anda untuk terus menjaga kesihatan dan kebugaran badan. Ini kerana gymnasium adalah satu-satunya tempat yang boleh membuatkan anda yakin untuk melakukan senaman.
– Anda juga boleh lakukan latihan intensiti di rumah dengan menggunakan peralatan sederhana seperti dumbbell, kettlebell atau push up, sit up dan sebagainya.
– Pastikan anda tidak terlalu banyak duduk sepanjang hari. Walaupun kerja anda tertumpu pada komputer, sebaiknya tetap melakukan gerakan secara rutin. Contohnya, berlari atau berjalan dengan masa yang singkat sudah cukup baik untuk anda.
– Anda juga boleh melakukan latihan ringan ini sebelum anda memulakan kerja, ketika berehat selepas makan tengahari atau selepas penat seharian bekerja walaupun di rumah saja.
– Seeloknya, anda jangan duduk lebih daripada satu jam dalam satu masa, cubalah bergerak atau berjalan-jalan demi untuk kesihatan anda.
Artikel Berkaitan:
Memadai 10 Minit Untuk Bersenam, Tapi Kena Pilih Waktu Sesuai Bagi Yang Alergik Debu & Habuk