Tiada alasan untuk seseorang itu mengamalkan diet dengan tujuan untuk menurunkan berat badan. Namun ada waktu yang dicadangkan sesuai dilakukan untuk membakar lemak dalam badan.
jadi anda boleh rancang waktu mana yang sesuai untuk melakukan aktiviti senaman sepanjang seharian berpuasa.
Perkongsian Jurulatih Kecergasan ini memberitahu waktunya adalah satu jam sebelum berbuka puasa atau selepas terawih kerana mempunyai tenaga yang cukup untuk melakukan aktiviti senaman ini.
Artikel Lain: Pilih 5 Makanan Ini Untuk Bersahur. Gerenti Rasa Kenyang Sampai Waktu Berbuka!
Ini antara waktu yang sesuai bakar lemak untuk turun berat badan di bulan puasa.
1. Waktu petang lebih kurang 1 jam sebelum berbuka. Boleh buat senaman kardio masa ni.
2. Paras glicogen rendah ketika puasa. Badan akan bakar simpanan lemak sebagai tenaga.
3. Waktu malam selepas berbuka. Terserah untuk buat sebelum atau sesudah Tarawih.
4. Badan cukup tenaga untuk buat senaman yang lebih berat dan mencabar ketika ini.
5. Waktu pagi sebelum bersahur. Bangun awal, solat sunat & ambil 45 minit lakukan senaman.
6. Perut lebih selesa waktu ini lepas bangun tidur. Tenaga dari iftar & moreh pun masih ada.
Artikel Lain: Pesakit Diabetes Lebih Mudah Dijangkiti Covid-19. KJ Pesan Amal Gaya Hidup Sihat!
Senaman intensiti sederhana cukup dah waktu petang. Sekitar 65% dari maksimum heart rate.
Jogging santai, jalan laju-laju kat taman, buat zumba atau kick-boxing depan ruang tamu.
Waktu malam boleh buat weight training atau yang berintensiti tinggi macam HIIT.
Dapat kekalkan jisim otot. Metabolisma jadi lebih tinggi. Mudah bakar kalori & lemak sekali.
Bersenam sebelum sahur, tenaga dari berbuka dan moreh malam tadi masih ada.
Boleh gabungkan sekali kardio dan weight training dalam 1 sesi. Dapat manfaat berbeza.
Masa bersahur pun mudah nak minum air dan nak makan sahur pun ada selera.
Bersenam di bulan puasa adalah pilihan. Cuti boleh, nak terus juga pun okay. Ikut diri sendiri.
Begitulah.
Salam Ya Ramadan.
Artikel Lain: Terbeli Makanan Basi Atau Jumpa Bendasing Di Bazar Ramadan, Boleh Report Ke Pejabat Kesihatan