Bukan Hanya Keluarkan Peluh, Tapi Sukan Badminton Juga Berpotensi Atasi Masalah Kemurngan

Share

Kejayaan pasangan beregu sukan badminton dengan membawa pulang pingat gangsa dalam sukan Olimpik Tokyo kali ini sangat membanggakan.

Melihat corak permainan yang sangat agresif menjadikan sukan ini sering jadi pilihan untuk mengeluarkan peluh serta berfungsi menggerakkan otot melalui pergerakan lincah.

Selain itu rupanya sukan ini juga sebenarnya bermanfaat untuk menjaga kesihatan mental manusia.

Ketua Pegawai Eksekutif Mental Health Foundation di United Kingdom, Jenny Edwards menjelaskan sukan badminton turut dijadikan sebagai salah satu aktiviti yang disarankan sebahagian daripada proses pemulihan pesakit mental.

Penelitian yang dilakukan oleh yayasan itu turut mendapati bermain badminton selama dua setengah jam setiap minggu dapat mengurangkan kemungkinan kemurungan sehingga 25 peratus.

Aktiviti fizikal ini juga membantu meningkatkan kadar tenaga dan kesegaran pesakit selain membina keyakinan diri. Selain itu, sukan ini cukup bermanfaat, termasuklah;

1. Interaksi Sosial

Interaksi sosial bersama pemain lain membantu membangunkan kepercayaan diri penderita kemurungan dan menerbitkan perasaan positif.

2. Mengalihkan Perhatian

Ketika bermain badminton ia memerlukan fokus dan perhatian yang tinggi dan ia mampu mengalihkan perhatian terhadap perkara yang menggangu fikiran.

Ia sekaligus dapat membantu mengurangkan rasa kebimbangan melampau (anxiety), kemurungan dan tekanan.

3. Meningkatkan Konsentrasi

Konsentrasi ketika bermain badminton membantu seseorang menjadi lebih berhati-hati dan fokus. Apabila bermain secara berpasukan pula, ia membantu seseorang untuk membina sifat kerjasama berkumpulan dan tumpuan.

4. Otak Menjadi Aktif

Sukan badminton adalah tentang strategi seperti membuatkan keputusan untuk melakukan servis kepada pihak lawan, reaksi pantas terhadap bulu tangkis pihak lawan atau kedudukan ketika di dalam gelangang.

Tanpa disedari, kita sebenarnya sedang menggunakan otak secara optimum dalam memastikan semua strategi itu teratur dan dapat dilaksanakan dengan baik.

5. Respon Lebih Baik Terhadap Tekanan

Kajian membuktikan, bermain badminton selama sejam setiap hari dapat membuatkan seseorang lebih memberi perhatian, menyesuaikan diri dan mempunyai respon kardiovaskular dan neuro-humoral yang lebih aktif terhadap tekanan mental.

6. Menjalin Ikatan Kekeluargaan

Sukan ini juga mampu menjalin ikatan kekeluargaan apabila bermain bersama-sama ahli keluarga. Malah ia juga membuat kita jadi disiplin kerana perlu menepati masa ditetapkan. Dengan aktiviti yang kerap dilakukan ini menjadikan hubungan semakin rapat sama ada dalam court badminton atau selepasnya.

Sumber: Mstar

Artikel Berkaitan:

Minat Sukan Ekstrem & Mampu ‘Plank’ 3 Minit Tanpa Henti, Tarikan Luar Biasa Miss Universe 2020, Andea Meza

Berdarah Campuran Melayu-Kanada, Patut Farah Ann Sering Tumpuan. Ini 10 Fakta Menarik Ratu Gimnas Negara!

Asma Boleh Ancam Nyawa Jika Tak Dirawat. Doktor Kongsi Punca & Ubatan Terbaik Perlu Diambil!

 

Published by
Siti Zurina Mat Saman