3 Bulan Dapat Turunkan Sepuluh Kilo, Ini Cara Hun Haqeem!

Share

Hebat, pelakon drma Kampung People, Hun Haqeem, dapat turunkan sepuluh kilo dalam masa 3 bulan sahaja dengan cara yang sihat.

3 Bulan Dapat Turunkan Sepuluh Kilo, Ini Cara Hun Haqeem!

Hun berkongsi berat badannya pernah mencecah sehingga 120 kilogram kerana tidak menjaga makan serta tidak bersenam. Ketika itu juga Hun sering diejek kawan-kawan, namun itu tidak memutuskan semangatnya untuk bangkit dalam menurunkan berat badan.

Daripada 120 kilogram, Hun berjaya turun sehingga 80 kilogram dan itu adalah kejayaan yang terbesar dalam hidup mengenai berat badannya.

Punca Nekad Kurus

Sebenarnya Hun memegang peranan utama dalam drama adaptasi Korea iaitu W: Two Worlds. Namun, watak yang dia perolehi itu menyebabkan dia disuruh oleh pihak produksi untuk menurunkan lagi berat badannya yang ketika itu 80 kilogram.

Hun akur dengan permintaan dari Datuk Yusry Abdul Halim yang memintanya untuk menurunkan berat badan agar lebih sesuai dengan watak yang akan disandang olehnya nanti. Hun mengambil masa 3 bulan untuk menurunkan 10 kilogram dan kini beratnya menjadi 70 kilogram.

Katanya lagi, dia berjaya mendisiplinkan diri demi untuk menjayakan drama adaptasi tersebut kerana peluang seperti itu tidak datang selalu.

Hun kata penurunan berat badannya adalah disebabkan dia menjaga pemakanan serta jika mempunyai masa terluang dia akan segera ke gimnasium untuk bersenam.

Tambahnya lagi, jika tidak mempunyai masa oleh kerana jadual yang agak padat, Hun akan pastikan dirinya kekal aktif iaitu dengan parkir kereta di tempat yang jauh agar dia dapat berjalan untuk membakar kalori.

Hah, bagi sesiapa yang ingin menurunkan berat badan, bolehlah untuk mencuba cara seperti Hun ini.

Published by
Nadia