Kesihatan

Wanita Nak Kulit Cantik, Dilarang Tidur Pasang Lampu!

Share

Wanita kalau nak kulit cantik, pastikan anda baiki cara waktu tidur dengan tutup lampu dan tidur awal.

Ya, tak guna pakai produk mahal kalau anda jenis tak jaga waktu tidur dan suka tidur dengan lampu menyala. Nak tahu kenapa? Jom baca lagi!

Nak Kulit Cantik, Tidur Awal

Melalui satu klip video yang tular di Facebook hari ini, pakar tersebut menjelaskan mengenai melatonim iaitu hormon semula jadi yang dihasilkan oleh kelenjar pineal.

Kelenjar tersebut ada dalam otak, berfungsi dalam mengatur pola tidur manakala pada malam hari jelasnya, tubuh menghasilkan lebih banyak melatonin untuk membantu kita tertidur.

@annisa_hd 1. Ramai orang sangka : tutup lampu gelap untuk badan hasilkan melatonin atau kita kata powerful hormon untuk tidur. YES dan NO sebenarnya. 2. Nota ni serius sikit bunyinya dan panjang but worth to read. ❤️ Penghasilan Melatonin Ia sebenarnya dihasilkan pada waktu siang. Pagi-pagi bila mata kita kena cahaya matahari, ia bagi isyarat kepada otak kita untuk mula menghasilkan melatonin. DONT MISS YOUR MORNING SUN YA. ❤️ Penyimpanan Melatonin yang dihasilkan semasa berjemur ni disimpan dalam badan kita di beberapa tempat, macam stor simpan barang. ❤️ Masa bila ia dirembes? Apabila diperlukan, contohnya untuk membuatkan kita mengantuk, melatonin ni akan mula dirembeskan menjelang matahari terbenam. Which is MALAM. Ya waktu malam, kita start mengantuk sebab melatonin yang dihasilkan masa berjemur siang tadi : dikeluarkan. “Hey, masa untuk tidur dah dekat.” Gitu. TAPI AWAS OK. Hati-hati, cahaya terang/artificial light, terutamanya cahaya biru dari telefon atau komputer, melatonin ni jadi keliru dan terganggu. 3. Nak tidur berkualiti? ☀️Tengok Matahari Terbit – Cahaya pagi bantu set jam biologi kita dengan betul. ☀️ Elakkan Cahaya Biru – Gunakan penapis cahaya biru pada peranti elektronik atau elakkan guna sebelum tidur. ☀️ Tetapkan Waktu Tidur/Waktu Bangun yang Konsisten – Walaupun hujung minggu, cuba bangun dan tidur pada waktu yang sama. ☀️ Jangan Tukar Zon Masa Selalu – Ini boleh kacau jam biologi kita. ☀️ Elakkan Cahaya Terang Lepas Matahari Terbenam – Gunakan lampu yang lebih malap waktu malam. Maksimumkan Pendedahan kepada Cahaya Inframerah Dekat (NIR) + Cahaya NIR dari matahari boleh bantu kesihatan kita. ☀️Jangan Selalu Ambil Suplemen Melatonin – Biarkan badan kita hasilkan melatonin secara semula jadi. 4. Hormon Tidur: Melatonin: Buat kita rasa mengantuk. Serotonin: Bantu kawal mood dan diubah jadi melatonin. Cortisol: Tinggi waktu pagi untuk bantu kita bangun dan bertenaga. Jadi jangan tinggikan cortisol waktu malam ye? Jangan buat melatonin rendah. Sebab hasilnya : jenuh nak lelap. Tak boleh nak tidur. Bila kehadiran cahaya buatan manusia (artificial light) ia akan boleh terencat perembesannya sebab mata dan otak pineal gland kita ingat “eh siang lagi. 5. Melatonin adalah seperti guru yoga untuk tidur anda; dia mengatakan, “Sekarang, semua orang buka mata anda… dan kemudian tutup mata anda dan pergi ke tidur!” Ketika melatonin berfungsi, tidur anda seperti tidur seorang bayi. Kredit : TIBU #HormoneDiet
#IFHD #REVERSEKEPUTUSANDARAH #awetmuda ♬ Funny video “Carmen Prelude” Arranging weakness(836530) – yo suzuki(akisai)

Malah jelas pakar tersebut lagi, dengan tidur bergelap, beberapa penyakit lain juga boleh diturunkan.

“Belajar tidur awal dan matikan semua lampu, skrin atau gajet. Tidur bergelap kalau bagi yang nak kurangkan diabetes. Kalau faham tugas melatonim, kita tidak akan sia-siakannya,” jelas pakar itu dalam klip video tersebut.

Katanya lagi, melatonim merupakan satu kelenjar yang ada dalam tubuh badan manusia mempunyai banyak kelebihan.

“Anda dilarang keras tidur pasang lampu. Kalau anda ada mak ayah pun, jika mereka tertidur pergi la tutup lampu. Awak cakap nak muda, nak cantik semuanya ada dengan melatonim tu, jadi tidur lepas ni tutup lampu,” jelasnya.

Jadi buat anda yang nak cantik dan awet muda, pastikan anda tidur dalam keadaan gelap ya!

Sumber: annisa_hd

Published by
Nadia