“Vaginismus Bukan Pengakhiran Hidup.” Dapatkan Rawatan Sebelum Masalah Ini Bagi Kesan Pada Hubungan Suami, Isteri

Share

“Vaginismus bukan pengakhiran hidup.” Dapatkan rawatan sebelum masalah ini bagi kesan pada hubungan suami, isteri. Ini tidak, bila isteri takut bersama, tergamak suami ugut cerai.

Sebenarnya, vaginismus bukan titik noktah perkahwinan sebaliknya ianya adalah permulaan perjuangan sebuah perkahwinan yang telah dibina.

Masalah yang dihadapi isteri tidak boleh dipandang ringan, malah memerlukan rawatan segera untuk sembuh. Kehadiran suami amat diharapkan isteri bila menempuh saat getir sebegini, bukannya menambah masalah dengan ugut hendak bercerai.

Artikel Berkaitan: Ambil Masa 3 Bulan Wanita Ini Berjaya Tranformasi Diri. Bukan Je Dapat Berat Ideal, Kulit Pun Makin Sihat!

INFO:

Vaginismus merupakan masalah disfungsi seksual yang terjadi pada faraj wanita. Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan kondisi ini. Hal ini menyebabkan berlakunya kesukaran untuk menjalinkan hubungan seksual bersama pasangan.

 

“Vaginismus bukan pengakhiran Hidup.”

Vaginismus atau sindrom faraj terkunci sesungguhnya beri kesan terhadap rumah tangga. Dr Kash yang pakar dalam bidang ini berkongsi kisah pesakitnya yang membuatkan dia terkesan sehingga hari ini . Doanya, semoga lebih banyak rumah tangga yang boleh diselamatkan.

Kongsi Dr Kash di akaun TikTok nya, seorang pesakitnya sanggup datang dari Melaka ke Kelantan, memandu seorang diri untuk mendapat rawatan selama tiga hari. Tak dapat bayangkan  bagaimana perasaan seorang isteri melalui ujian ini seorang diri tanpa suami.

@dr.kash_89Sindrom Faraj Terkunci , kesan terhadap rumahtangga. Antara kisah pesakit saya yang membuatkan saya terkesan sehingga hari ini . Semoga lebih byk rumahtangga yg boleh diselamatkan.♬ suara asli – sadvibes🥀 – Sadvibes🥀

Dapatkan Rawatan Sebelum Masalah Ini

Dr Kash yang bersimpati dengan nasib pesakit ini, bertanya mengapa suaminya tidak datang sekali.

Namun jawapannya cukup memilukan.

“ Saya terpaksa beranikan diri datang seorang diri. Suami langsung tak nak tahu keadaan saya. Suami beri tempoh dua bulan untuk saya sembuh. Kalau saya tak dapat sembuh, dia nekad nak lepaskan saya. Sya harap sangat doktor dapat bantu saya.

Bagi Kesan Pada Hubungan Suami, Isteri

Nasihat Dr Kash, kepada suami yang diuji di luar sana, Vaginismus bukanlah titik noktah sebuah perkahwinan tetapi ia adalah permulaan perjuangan sebuah perkahwinan yang telah dibina. Ini adalah bentuk ujian dari Allah yang menguji kesetiaan seorang suami.

Sebaiknya seorang suami, bantulah isteri agar tidak melalui ujian seperti ini seorang diri. Sokongan dan kesabaran suami yang tidak berbelah bahagi kepada isteri hingga berjaya sembuh adalag kenangan berharga yang akan diingati isteri seumur hidupnya.

Baca Juga Di Sini:

Doktor Jelaskan Pengalaman Bersalin Hingga Anxiety, Antara Sebab Penyakit Vaginismus Atau Faraj Tertutup

Ramai Yang Bersimpati

Netizen rata-ratanya mendoakan kesembuhan buat wanita dan ada juga meminta wanita ini untuk tinggalkan suaminya yang tidak cuba memahami masalah yang sedang dihadapi.

Sumber : TikTok Dr.Kash 89

 

Published by
Syazwani Mehat