Untung Join Pound It Out, Cuma Guna Dua Batang Stick Bakar Kalori!

Share

Masih mengekalkan aktiviti senaman berkumpulan, Rapi Werk It 2.0 muncul dengan aktiviti Pound Stick. Menjadi trend bersenam menggunakan dua batang ‘neon green stick’, Pound It Out ‘Unleash Your Inner Rockstar’ mendapat sambutan yang menggalakkan melibatkan 100 orang peserta dan tiga orang Pro yang cukup berpengalaman.

Mampu Bakar Kalori Yang Banyak

Kalau nak tahu, Pound ini merupakan gabungan senaman kardio, yoga dan pergerakan yang diilhamkan dari pilates, mampu membakar sekitar 500 – 1000 kalori dalam satu sesi. Bukan biasa-biasa ya, banyak sangat tu dan sangat berbaloi join!

Diketuai oleh Pro Faiza dan dibantu oleh Pro Dian dan Pro Puteri, iringan muzik rock sememangnya menaikkan semangat peserta biar pun ada yang kali pertama mencuba aktiviti Pound ini.

Lokasi Di EV Arena Shah Alam

Bertempat di EV Arena Shah Alam, ruang padang konsep terbuka ternyata memberi impak berbeza kali ini. Seawal jam 7.30 pagi peserta sudah hadir dan mendaftar untuk mendapat tempat di barisan hadapan. Masing-masing lengkap dengan pakaian sukan sambil memegang ‘Exercise Mat’ yang dah dipesan awal untuk bawa bersama. Cukup semangat!

Bayangkan suasana di padang dengan deretan peserta yang memegang stick hijau neon, seragam betul! Menyerlah warnanya ditambah dengan step yang sama.

Bermula dengan sedikit penerangan mengenai senaman Pound dari Pro Faiza dan diikuti dengan senaman memanaskan badan. Penting ya untuk ‘warm up’ supaya tubuh badan lebih bersedia agar aktiviti ‘Pound It Out’ dapat dilakukan dengan lebih berkesan. Sebaik sahaja muzik rancak dimainkan, Pro Faiza mula beraksi dan diikuti kesemua peserta. Sporting habis!

Selesai sahaja tiga lagu, Pro Dian mengambil alih dengan beberapa lagu ‘trending’ antaranya lagu The Offspring berjudul Come Out & Play dan Beggin’. Pro Puteri juga tak kurang hebatnya. Tangan dan kaki sama-sama bergerak ligat tapi pada masa yang sama masih mengekalkan step yang mudah diikuti kesemua peserta.

Siap Ada Lucky Draw Dan Banyak Hadiah!

Sejam ber’Pound It Out’, kini tiba masa yang ditunggu-tunggu, sesi Lucky Draw! Jika sebelum ini, kami menyediakan tiga hadiah untuk pemenang bertuah, kali ini tambahan 7 hadiah lagi menjadikan kesemuanya 10 hadiah secara keseluruhan. Hadiah-hadiah ini ditaja oleh beberapa jenama yang dikenali antaranya Gardenia, Raqtive, Good Virtues.Co, Suci Cup dan Sofearose.

Bukan hanya yang bertuah sahaja pulang dengan senyuman, tapi kesemua peserta cukup gembira. Mana tidaknya, sampai tak cukup tangan masing-masing bawa pulang goodies istimewa yang disediakan. Apalah ertinya jika hadir ke Event Rapi Werk It! tanpa membawa pulang goodies hebat-hebat kan?

Antaranya serum muka daripada @innisfree_malaysia, pengilat kuku dari @razowa, produk makanan dan sabun pencuci dari @aeonretail.my dan juga produk penjagaan diri dari @goodvirtuesco. Bukan itu saja, kesemua peserta juga diberi sebuku roti Gardenia Breakthru yang cukup sesuai untuk mereka yang mengamalkan gaya hidup aktif.

Rapi Werk It! kali ini bukan hanya melibatkan barisan Pro yang hebat, malah Tini Spa juga berbesar hati menyediakan ruang untuk peserta mencuba servis urutan bahu dan kepala yang ditawarkan secara percuma sepanjang acara berlangsung. Rata-rata yang hadir tidak melepaskan peluang untuk mencuba sejurus selepas habis sesi Pound It Out!

Terima kasih @tinispa!

Owh ya, terima kasih juga buat para penaja yang sentiasa menyokong Rapi Werk It! terutamanya Rapi Werk It! Pound It Out kali ini.

Sekalung penghargaan buat @evarenadotco di atas tajaan lokasi untuk acara kali ini. Buat barisan Pro yang hadir, terima kasih kami ucapkan di atas kerjasama ini.

Tidak ketinggalan, setinggi-tinggi ucapan terima kasih buat para peserta yang menyertai Rapi Werk It! Pound It Out kali ini. Ramai yang mohon untuk diadakan acara yang sama bulan hadapan. Kita tengok nanti, ya! Ada rezeki, pasti kami war-warkan lagi!

Published by
Nadia