Ujian Air Liur Negatif, Guna Nasal Jadi Positif. Doktor Pesan Jaga-Jaga Bahaya Varian Baru Covid-19!

Share

Ujian Air Liur Negatif, Guna Nasal Jadi Positif. Doktor Pesan Jaga-Jaga Bahaya Varian Baru Covid-19! Selalunya jika kita berasa tidak sihat atau tanda-tanda seperti demam, selesema dan batuk akan segera lakukan pemeriksaan sendiri bagi memastikan bukan petanda dijangkiti Covid-19.

Dan biasanya ujian menggunakan air yang dikatakan lebih tepat dan tidak menyusahkan. Namun sebenarnya kita sangat digalakkan lakukan ujian melalui nasal untuk menentukan diri kita dijangkiti virus ini atau tidak.

Ujian Air Liur Negatif, Guna Nasal Jadi Positif

Artikel Lain: Senarai Stok Ubat Kena Ada Di Rumah. Sebagai Persediaan Jika Dijangkiti Virus Covid-19!

Perkongsian Dr. Arisman MD berkongsi mengenai pesakitnya yang sebelum itu negatif bila lakukan ujian air liur tetapi sebaliknya bila ujian nasal dilakukan.

“Ya. Semalam saya buat kali ketiga. Negatif. Tapi demam saya masih tinggi. Selsema hari ni makin teruk pula. “ sambil tu dia batuk-batuk kuat juga.. nasib baik dia pakai pelitup muka dari awal dia masuk ke dalam klinik.

Selepas beberapa pertanyaan dan pemeriksaan…saya ajukan pendapat saya “Saya rasa kita buat ujian Covid-19 yang pakai hidung punya.. saya tak rasa perlu ambil darah hari ni. Kalau saya nak bagi u antibiotik pun, masih belum jelas lagi.. saya masih risaukan Covid-19…. Kelmarin pun ..

Kelmarin pun saya jumpa kawan2 u juga mungkin.. dah buat air liur tapi bila test kat klinik, jadi positif pula.”

“Bolehlah dok.” Jawabnya.

Nasib baik dia setuju. Saya lakukan ujian Covid-19 nasal swab di ruangan Covid, selesai ambil sampel

Tak sampai 30 saat, warna merah pada garis T muncul. Terang jelas.

Dia pasrah. Kawannya yang juga ada gejala diluar sana turut temankan dia datang ke klinik pun setuju buat ujian saringan Covid-19 sebab hari ni dia pun mula sakit tekak dan demam. Baru hari pertama.

Artikel Lain: ‘Ditidurkan’, Perkataan Paling Menakutkan. Doktor Jelaskan Maksud Kenapa Seseorang Perlu Jalani Proses Ini!

Doktor Pesan Jaga-Jaga Bahaya Varian Baru Covid-19

Saya buat ujian Covid-19 nasal swab untuk dia juga. Dan keputusannya juga Positif Covid-19.

Kedua-dua mereka saling jeling menjeling dan kemudian tergelak sedikit. Mungkin rasa sedih tapi dalam masa yang sama, ada perasaan pasrah dan redha.

Saya bukan menidakkan untuk anda lakukan ujian saringan sendiri dengan air liur, tapi tolong dan tolong lakukan dengan teknik yang betul.

Ikut arahan yang diberikan pada manual dan petunjuk yang terdapat pada kotak test kit. Jangan main ikut sedap rasa je bagi air liur.

Mengikut panduan dari KKM, hari pertama bergejala sudah boleh dilakukan saringan ujian kendiri Covid-19 ini di rumah. Jika negatif, periksa ulang pada hari ketiga bergejala.

Saranan dari saya pula, lebih baik anda lakukan nasal swab di fasiliti kesihatan berdekatan atau klinik kesihatan jika anda mempunyai gejala demam tinggi dan sebagai KONTAK RAPAT. Itu lebih baik.

Jika anda buat ujian air liur sendiri di rumah dan didapati positif, maka itu sudah cukup untuk mendiagnos diri sendiri sudah dijangkiti Covid-19. Segera update di Mysejahtera dan follow TRIIS. Hubungi kontak rapat untuk lakukan ujian saringan segera.

Saya akui.. setelah sekian lama Covid-19 dalam negara kita, kali ini varian yang baru seakan membuka mata kita semula untuk berjaga-jaga akan gelombang Covid-19 yang mungkin membahayakan.

Dapatkan dos vaksin penggalak.

Dr. Arisman, MD.

Artikel Lain: Wanita Ajar Buat Larutan Air Garam Sendiri Atasi Selesema. Boleh Guna Untuk Tempoh 24 Jam Je!

Published by
Siti Zurina Mat Saman