Fuh, ada trend buang lemak pipi pula untuk nampak kurus! Kemudian tular pula gambar Lea Michele menayang wajah baru dengan bentuk muka yang berbeza. Hilang pipi tembamnya tiba-tiba, memang lain habis!
Selepas melihat perubahan ketara pada wajahnya, ramai yang membuat andaian Lea mungkin mengikuti trend semasa kecantikan iaitu pembuangan buccal fat.
Mungkin sebab itulah efek mukanya lebih tampak tirus dan penonjolan tulang pipi yang tinggi.
Kalau ikutkan trend di TikTok, memang ramai yang berkongsi proses dan hasil pembuangan buccal fat. Jadi trend ini tak pelik, sama seperti lip filler atau penambahan implan.
Nama lain buccal fat ialah lemak pada pipi iaitu memang secara semula jadi ada pada setiap orang. Jadi pembuangan buccal fat salah satu kaedah untuk mendapatkan wajah yang kurus, tirus dan panjang. Bahkan bentuk rahang ‘jawline’ akan lebih ketara ala wajah supermodel.
Dipetik dari Beauty Insider, pembedahan ini adalah salah satu prosedur kosmetik yang kurang invasif dan tidak memakan masa. Rawatan cepat dan tidak menyakitkan yang mengambil kira-kira 30 minit dan boleh dilakukan di pusat aesthetic tempatan.
Namun ada perkara yang kita perlu sedar, pembuangan lemak semula jadi ini ada risiko baru pada perubahan wajah.
Pertama, semasa prosedur boleh berlaku kecederaan pada kalenjar ludah atau saraf muka secara tidak sengaja. Ini mungkin jarang terjadi tapi boleh ambil sebagai satu amaran untuk tidak teruja untuk melakukannya.
Kedua, kesan berpanjangan iaitu penyingkiran lemak pada wajah boleh membuat penampilan lebih nampak tua daripada usia. Anda perasan tak, mereka yang memiliki pipi yang tembam dan sihat kelihatan seperti keanak-anakan berbanding pipi kurus. Nampak comel!
Sebelum anda terjebak dengan trend ini, perlu ingat kesannya juga ya. Kalau ikut logik pun, secara semula jadi kita akan kehilangan lemak pipi seiring penambahan usia. Jadi kenapa guna cara pembedahan?