Agak sedih dan terkejut apabila dimaklumkan ramai mangsa dikhuatiri masih tertimbus dalam satu kejadian tanah runtuh di Tapak perkhemahan di Father Organic Farm, Gohtong Jaya.
Usaha Menyelamat Di Tanah Runtuh
Masih dengan suasana hiba, pasukan Bomba dan Penyelamat sedang melakukan operasi mencari dan menyelamat di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm.
Ketinggian runtuhan itu dianggarkan 30 meter dengan anggaran keluasan runtuhan sebesar tiga ekar oleh pihak bomba.
Dan seramai 13 mangsa disahkan terkorban dalam tragedi tanah runtuh yang berlaku di sebuah tapak perkhemahan di Batang Kali setakat jam 11 pagi Jumaat.
Apa pun, sama-sama kita berdoa agar kerja-kerja mencari dan menyelamat berjalan dengan baik.
Apa Perlu Buat Jika Berada Di Kawasan Ini
Sementara itu, sedikit peringatan daripada Public Health Malaysia, sebaiknya pada musim hujan, jika tiada ada keperluan, elakkan pergi beriadah di tempat-tempat sebegini. Jalan licin, air boleh menjadi deras dan tinggi secara tiba-tiba. Tanpa amaran pun.
Jadi sebagai alternatif, pilihlah kawasan taman berdekatan atau tempat indoor yang lebih selamat.
Namun bagi anda yang sedang bercuti di kawasan yang berbukit, hutang dan melalui jalan yang licin dengan cuaca hujan, pastikan boleh bertindak seperti ini:
Berhati-hati sekiranya meletakkan kenderaan sebab tanah di lereng bukit tidak terlalu kuat.
Kalau air hujan deras melalui kawasan lereng bukit berkemungkinan terjadi tanah runtuh. Jika perlu, pakir kereta di kawasan ini, pastikan anda bersedia.
Ambil tahu ramalan cuaca terkini juga, ya. Jadi yang mana jadi penumpang, boleh lah update info cuaca pada pemandu.
Usaha mencari dan menyelamat masih lagi diteruskan oleh pihak Bomba serta dibantu bersama oleh agensi lain iaitu Persatuan Bomba Sukarela, Bomba Swasta, PDRM, APM, KKM dan Pasukan SMART.
Sama-sama kita doakan agar ahli keluarga mangsa sabar dan tabah menghadapi dugaan ini.