Tak Semua Berkhasiat, Ini 6 Pilihan Jus Buahan Paling Bagus Untuk Kesihatan

Share

Ramai antara kita yang menggemari jus buah-buahan. Lebih-lebih lagi jika dicampurkan dengan pelbagai jenis buah-buahan.

Malah dikatakan segelas jus menggunakan buahan segar dapat memberikan rasa enak dan kesegaran pada diri.

Walaupun begitu menurut pakar pemakanan, bukan semua jus baik untuk kesihatan. Ini kerana dikatakan terdapat jus yang hanya lebih baik  sedikit berbanding air gula.

Dan ini antara pilihan jus yang baik untuk kesihatan

Jus Sayuran

Menghasilkan jus daripada sayuran adalah mudah dan baik untuk anda. Lycopene dalam jus tomato boleh membantu mengurangkan risiko kanser prostat. Jus bit (beet) pula dapat mengawal tekanan darah.

Walaupun tidak sebanyak mengambil sayuran secara mentah, namun masih terdapat serat dalam sari (pulp) jus sayuran dan ia berfungsi menyingkirkan rasa lapar. Malahan kandungan gula dan kalori juga adalah lebih rendah berbanding jus buah biasa. Jangan lupa untuk menyemak kandungan sodium (garam) atau anda boleh memilih jus sayuran versi kurang sodium.

Jus Delima

Jika anda ingin mengamalkan pengambilan satu gelas jus setiap hari, pastinya anda mahukan pilihan yang terbaik. Adakah anda tahu jus apa yang menawarkan kandungan nutrisi paling hebat dan berbaloi untuk diminum?

Jawapannya adalah jus delima. Jenis jus ini adalah tinggi kandungan gula dan kalori tetapi memberikan banyak nutrien baik untuk anda yang dipanggil antioksidan. Kandungan antioksidan di dalam jus delima adalah lebih besar berbanding teh hijau.

Jus Kranberi

Jus daripada buah ini mempunyai kandungan vitamin C yang diperlukan oleh sistem imun badan anda. Mengambil minuman jus kranberi tanpa gula boleh membantu mencegah pembentukan bakteria yang menyebabkan jangkitan saluran kencing.

Jus Acai Beri

Acai beri merupakan buah yang terdapat di Amerika Selatan. Sari buah acai ini mempunyai kepekatan antioksidan yang lebih tinggi berbanding kranberi, beri hitam, strawberi mahupun beri biru. Rasanya masam-masam manis sudah tentu mampu menambat citarasa anda.

Jus Anggur Merah

Mungkin anda pernah mendengar pengambilan wain merah dalam jumlah yang terkawal dan sederhana adalah baik untuk hati. Begitu jugalah kesannya jika anda minum jus anggur merah. Ia kaya dengan flavonoid dan resveratrol.

Jus Prun

Kebanyakan individu yang minum jenis jus ini adalah untuk melegakan sembelit. Ia amat berkesan membantu sistem pencernaan anda kerana prun merupakan sumber serat yang baik dan mengandungi julap (laxative) semula jadi yang dipanggil sorbitol. Jus ini juga mempunyai kandungan antioksidan, zat besi dan kalium.

Sumber:

Artikel Berkaitan:

Salah Satu Khasiat Cuka Epal Boleh Bantu Turunkan Berat Badan. Caranya Ambil 2 Sudu Makan Setiap Hari!

Harga Murah & Bau Pun Sedap Macam Jenama Mewah Popular. Ini 7 Pilihan Perfume Berbaloi Dimiliki!

“Cara Pakai Kena Betul & Bukan Produk Tiruan” – Dr. Izzar Kongsi Cara Pilih Face Mask Yang Sesuai

Published by
Siti Zurina Mat Saman