Seperti yang kita maklum negara kita telah pun memulakan program imunsasi kebangsaan vaksin covid-19 dengan menyaksikan penerima pertama adalah Perdana Menteri dan Ketua Pengarah Kesihatan.
Vaksin yang diterima ini adalah dari keluaran Pfizer dari BioNtech. Ramai tertanya-tanya siapakah pencipta sebenar vaksin ini.
Dalam satu thread di twitter menggunakan nama akaun @dralza memberitahu info mengenai pengaas vaksin ini adalah pasangan doktor perubatan Muslim dari Turki, Dr Ugur Sahin, 55 tahun dan Dr Ozlem Tureci, 53 tahun.
Dr Sahin beragama Islam dan berasal dari Turki dan berhijrah ke Jerman dan menamatkan semua pengajian universiti di sana. Dia berkahwin dengan isterinya di Jerman, Dr Ozlem Tureci, juga seorang Islam berketurunan Turki.
Vaksin Pfizer yang menggunakan teknologi mRNA adalah bebas khinzir dan hasil dari penyelidikan syarikat BioNTech milik beliau dan Pfizer. Pada asalnya, syarikat ini menumpukan kajian imunoloterapi dalam pesakit kanser.
Pasangan suami isteri ini adalah antara individu terkaya di Jerman dengan nilai aset melebii RM 20 Billion. Walaupun kedua mereka adalah bilionair, mereka tidak memiliki kereta dan mengayuh basikal ke makmal tempat kerja.
Menariknya, vaksin juga mula dipopularkan oleh doktor-doktor Islam di Turki semasa zaman empayar Otoman sebelum amalan itu ditiru di Britis. Tentu orang-orang Turki menghargai pencapaian beliau dan sumbangannya dalam perubatan memberikan kesan yang besar impaknya di seluruh dunia.
Sebenarnya, kisah menakut-nakutkan orang bagi kesan buruk vaksin atau teori konspirasi adalah tidak berasas. Begitu juga kononnya ada ‘cip’ yang diletakkan untuk ‘mengesan manusia’ hanyalah cerita karut yang disalut gula dan garam.
Hakikatnya vaksin adalah usaha keras melalui kaedah saintifik yakni menurut hukum alam dan tentunya usaha sebegini mendapat pahala yang besar dari Allah swt.
– Nama saintis Dr Ugur Sahin dan Dr Ozlem Tureci mungkin satu ketika dulu begitu asing bagi masyarakat dunia. Namun segalanya berubah selepas pasangan itu berjaya menghasilkan ‘penawar’ kepada pandemik COVID-19.
– Kejayaan pengasas syarikat farmaseutikal BioNTech itu menghasilkan vaksin COVID-19 pertama dengan keberkesanan lebih 90 peratus dianggap satu perkembangan baharu dalam dunia perubatan, khususnya dalam melawan pandemik yang meragut lebih 2.5 juta nyawa di seluruh dunia, setakat ini.
– Susulan sumbangan mereka, Pejabat Presiden mengumumkan pasangan suami isteri itu akan menerima Darjah Kebesaran Merit oleh Republik Persekutuan Jerman.
– Menurut kenyataan, Sahin, 56, dan Tureci, 54, dianugerahkan Darjah Kebesaran Merit Komandan Kesatria, iaitu salah satu penghormatan tertinggi yang diberikan oleh Jerman.
Penghargaan tersebut akan disampaikan oleh Presiden Jerman, Frank-Walter Steinmeier di Istana Bellevue pada 19 Mac ini.
- Setakat ini, Malaysia antara negara yang menerima vaksin Pfizer, dengan penghantaran kumpulan pertama sebanyak 312,390 pada 21 Februari lalu.
Artikel Berkaitan:
“Sejam Yang Mendebarkan, Takut Jika Rosak” – Kapten Hamdan, Selamat Bawa Pulang Vaksin Covid-19