Mungkin ramai perasan bahawa payudara sebelah kiri lebih besar dari kanan. Atau barangkali kita berfikiran, keduanya sama saiz. Tapi sebenarnya payudara sebelah kiri besar 20 peratus berbanding sebelah kanan.
Kenapa ini terjadi dan adakah ianya normal?
Payudara besar sebelah ini bermula dari perbezaan ukuran, bentuk, posisi dan isi padunya. Ia lebih menonjol ketika wanita dalam haid. Laporan perubatan menunjukkan separuh dari wanita dunia memiliki sepasang payu dara besar sebelah.
Kenapa payudara besar sebelah?
Payudara ialah kalenjar lemak yang terletak di bahagian depan dinding dada. Berat satu bahagian boleh mencapai sekitar 200-300 gram dan terdiri daripada 12-20 jaringan lobus yang tersebar dari puting, seperti jaringan rim pada roda kenderaan. Lobus-lobus ini berbentuk segi tiga dan kesemuanya mempunyai satu saluran tengah yang berakhir di puting, sebagai tempat susu badan mengalir keluar.
Ia akan berbeza ketika mengalami haid dan akan kembali normal selepas haid selesai. Namun apa yang harus wanita ketahui, jika payudara tidak normal ukurannya, ada tanda-tanda lebih besar, ada sesuatu harus kita risaukan khususnya rasa nyeri pada bahagian payudara.
Waspada rasa nyeri khususnya sebelah kiri. Kenapa?
Rasa nyeri pada pada payudara belah kiri ada banyak faktor. Boleh jadi pada masalah payudara itu sendiri atau berkaitan dengan jantung.
Rasa sakit itu akan lebih terasa bila kita hendak datang haid. Ini kerana ia akibat penyimpanan air dan tambahan darah ke payudara. Namun adakalanya ia faktor biasa dan tiada apa hendak dirisaukan.
Namun perbezaan saiz ini juga harus diberi perhatian kerana ia permulaan awal petanda kanser. Apa perlu diawasi mengenai petanda awal ini? Jom semak.
Tanda-tanda kanser payudara peringkat awal.
#1 Ketulan di payudara dan bawah ketiak
Mungkin anda tanpa sengaja dapat merasa benjolan di payudara atau bawah ketiak. Tidak kiralah beberapa atau hanya satu ketulan, anda perlu segera berjumpa doktor.
Bagi semua doktor, “semua ketulan di payudara adalah kanser sehingga dibuktikan bukan kanser”.
Beberapa kriteria benjolan yang berkemungkinan kanser ialah:
Ketulan yang beranggaran saiz kurang 2 sentimeter adalah tanda-tanda kanser payudara tahap 1.
#2 Payudara tidak sama saiz
Kita sedar apabila umur wanita meningkat dewasa, secara semula jadi saiz payudara akan membesar.
Namun, kedua-dua belah payudara secara normalnya adalah simetri atau sama saiz. Sekiranya didapati sebelah payudara lebih besar atau lebih kecil maka mungkin ini disebabkan kanser.
#3 Perubahan kulit di sekitar payudara
Kulit boleh menjadi berkedut atau berubah menjadi merah keradangan di sekitar payudara. Ia mungkin disertai rasa sakit atau tidak.
Penampilan kulit seperti kulit buah oren ‘peau d orange’ adalah tanda pasti untuk kanser.
#4 Puting susu tenggelam
Puting tenggelam mungkin normal bagi sesetengah orang, namun jika ia baru terjadi maka perlu dipastikan ini bukan kanser.
Kanser payudara boleh menyebabkan puting kelihatan seolah tertarik ke dalam.
#5 Cecair keluar daripada puting
Anda mungkin keliru adakah cecair yang keluar daripada puting itu susu? Biarlah doktor anda membantu mengenal pasti cecair puting yang normal atau bukan.
Sekiranya cecair yang keluar berwarna jernih atau putih, mungkin kanser masih di peringkat awal.
Namun, jika anda lihat cecair merah yang keluar daripada puting, itu menandakan kanser sudah di tahap akhir dan bahaya.
#6 Sakit di payudara yang berterusan
Sesetengah wanita ada rasa sakit atau tidak selesa di bahagian payudara semasa dapat haid. Namun, sakit itu selalunya sebentar saja dan akan hilang sendiri.
Jika sakit berterusan dan terdapat kemerahan pada payudara, cepatlah berjumpa doktor anda.
Jangan cuba gunakan minyak urut panas atau pergi berurut sebelum mendapatkan nasihat doktor. Sumber : Hello Doktor