Tabiat Pemakanan Punca Utama Kanser Usus, Ini Bahayanya Perlu Tahu Lepas Payudara & Serviks
Februari 23, 2021
Share
Jika selama ini kita hanya gerun mendengar betapa bahayanya kanser payudara yang dianggap pembunuh utama wanita.
Tetapi bagaimana pula dengan kanser usus danapa yang kita tahu mengenainya.
Dalam satu perkongsian Dr Azima di laman sosial Facebook memberitahu bahaya kanser usus yang dikatakan kanser ketiga bahaya lepas payudara dan serviks.
BAHAYA KANSER USUS !!
** Kanser usus ini adalah kanser ketiga selepas kanser payudara dan kanser serviks untuk WANITA.
Apa Yang Anda Tahu Tentang Usus?
Usus adalah organ terpanjang dalam sistem penghadaman dan ia mempunyai dua bahagian.
Usus kecil – tempat makanan diserap
Usus besar – tempat air dan garam diserap dan pada usus besar terdapat dua bahagian iaitu kolon dan rektum
Apakah Itu Kanser Usus?
Kanser usus adalah ketumbuhan kanser yang muncul dan kebiasaannya bermula dari dalam lapisan usus besar.
Sebelum merebak ke tempat yang lain, kanser ini boleh membesar di satu-satu tempat dalam tempoh yang lama.
Sebenarnya disinilah makanan yang kita makan bertukar kepada najis dan ia bergerak ke arah rektum.
Rektum pula 15cm atau 6inci terakhir usus besar yang berakhir dengan dubur.
Usus dan rektum adalah sebahagian daripada sistem pencernaan yang bertugas mengasingkan nutrien daripada makanan dan menyimpan bahan sisa sehingga ia dikeluarkan daripada badan sebagai najis.
Apa Puncanya ?
Ia dikatakan lebih kepada tabiat pemakanan dan gaya hidup seseorang.
Kanser usus ialah pertumbuhan sel tidak normal dan tidak terkawal dalam usus besar atau rektum sel malignan yang hidup di dinding usus.
Ia bermula dengan pembentukan polip iaitu ketulan kecil dan semakin membesar menjadi tumor. Akhir sekali berubah menjadi kanser.