Sumayyah Kena Covid-19, Puteri Sarah Sedih Tak Dapat Jaga Anaknya

Share

Pelakon dan usahawan, Puteri Sarah Liyana meluahkan rasa rindu kepada anaknya, Sumayyah yang dikhabarkan dijangkiti virus Covid-19.

Menerusi perkongsian di laman Instagram (IG), ibu kepada dua cahaya mata ini memaklumkan bahawa dirinya tidak dapat bersama menjaga Sumayyah akibat daripada kesibukan bekerja.

Sumayyah Kena Covid-19, Puteri Sarah Tak Dapat Jaga Anaknya

Namun begitu, Puteri Sarah bersyukur dengan kehadiran ibunya yang membantu dalam menjaga Sumayyah.

“Ni kali kedua Sumayyah kena. Hari ini dah hari ke-6 kuarantin.

“Sedih sangat kalini tak dapat jaga Sumayyah kuarantin sebab Sarah busy shooting. Alhamdulillah mama Sarah tolong jagakan.

“Tapi setiap kali video call mesti adik (Sumayyah) menangis nak mama. Allah je tahu luluh hati ini berjauhan dengan anak.” tulisnya di laman Instagram.

Dalam pada itu, aktres berusia 38 tahun itu memohon doa dari orang ramai agar diberikan kesembuhan segera buat anaknya, Sumayyah.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan kesejahteraan buat Sumayyah agar dapat segera bertemu dengan ibunya. Selain itu, kecantikan Sumayyah juga mencuri tumpuan yang saling tidak tumpah seperti ibu tercinta.

Hari ini juga tular kisah rumahtangganya dengan pengarah, Syamsul Yusof yang berakhir dengan penceraian. Apa pun kita doakan semoga Puteri Sarah kuat dan bahagia dengan caranya sendiri bersama dengan anak-anak tersayang.

IKLAN