Siapa Individu Berisiko Alami Kemurungan? Kenali 16 Kategori Mereka Ini. Bahaya Bila Mental Penat

Share

Kejadian ngerinya yang menimpa seorang isteri  yang dikelar suami sendiri serta anak sulung mereka menggemparkan negara. Keluarga menyatakan suspek individu yang baik dan mereka sama sekali tidak menyangka akan tragedi ini. Bahkan pasangan ini juga sudah bersedia mengadakan majlis persandingan pada 24 Julai ini dengan segala persiapan sudah dipersiapkan. Namun segalanya berubah dengan tragedi ini.

Apakah kemurungan dan siapa berisiko mengidapnya? Dikongsi dari booklet Kementerian Kesihatan Malaysia, dinyatakan siapa berisiko mengidapnya dan cara mengubat mereka yang mengalami depresi ini.

Apa itu kemurungan?

Kemurungan adalah gangguan perasaan seseorang yang menyebabkan seseorang itu merasa sedih yang berpanjangan, keletihan dan ketiadaan tenaga, cepat marah serta hilang minat dalam aktiviti harian. Ia berlarutansekurang-kurangnya dalam masa 2 minggu.

Penyakit ini boleh dihidapi oleh sesiapa sahaja tidak kira umur, jantina atau bangsa. Kemurungan boleh berlangsung sehingga berbulan-bulan atau ber tahun-tahun.

Penyebab/ Punca Kemurungan

  • Perubahan kimia dalam otak iaitu berlaku ketidakseimbangan kimia (Neurotransmitter Serotonin dan Neropinephine)
  • Baka keturunan : seseorang yang mempunyai keluarga yang pernah menghidapinya
  • Persekitaran : Peristiwa hidup dan kekurangan sokongan keluarga sosial
  • Ubat-ubatan : Sesetengah jenis ubat darah tinggi boleh mencetuskan episod kemurungan. Walaubagaimanapun, ia akan beransur hilang apabila ubat tersebut diberhentikan
  • Penyakit-penyakit lain : Seseorang penyakit lain seperti gangguanfungsi thyroid hypothyroidsm boleh menyebabkan kemurungan.
  • Corak pemikiran : terdapat corak ter tentu dalam pemikiran yang boleh mencetus kemurungan. Ini termasuklah bagaimana persepsi kita kepada diri sendiri, kehidupan dan dunia keseluruhannya.
  • Stressor : stressor (punca stres) juga berupaya mencetuskan episod kemurungan sekiranya tidak dikawal.
  • Peristiwa lain yang boleh mencetuskan kemurungan termasuklah penyalahgunaan dadah atau ketagihan arak, menghidapi penyakitserius/ tinggal dengan orang yang menghidap penyakit tersebut.
  • Kehilangan orang yang disayangi, dan
  • Baru melahirkan anak

Tanda-tanda dan gejala kemurungan

  • Kesedihan atau “kekosongan” perasaan yang berpanjangan
  • Hilang minat atau keseronokan terhadap hobi dan aktiviti-aktivitilain yang biasanya mendatangkan keseronokan
  • Cepat rasa letih dan tidak ber tenaga
  • Perasaan pesimistik dan mudah putus asa
  • Perasaan bersalah
  • Rasa diri tidak berguna
  • Gangguan tidur, bangun terlalu awal atau berlebihan tidur
  • Hilang selera makan dan penurunan berat badan
  • “Rasa lebih baik mati”, kadangkala disertai dengan percubaan bunuh diri
  • Rasa tidak tenteram dan mudah marah
  • Kurang daya tumpuan dan ingatan
  • Sukar membuat keputusan
  • Simptom fisiologi seper ti sakit kepala, sakit-sakit badan dan gangguan penghadaman
  • Kurang nafsu seksual
  • Pergerakan menjadi terhad/ kaku atau menjadi resah gelisah
  • Mudah cemas atau fobia

Siapa yang berisiko 

  • Pernah mengalami kemurungan pada masa lepas
  • Mempunyai ahli keluarga yang menghidap kemurungan
  • Menghidap penyakit kronik (Kanser, Diabetes, Hiper tensi, Sakit Buah Pinggang, Strok, Sakit Jantung atau kesakitan berpanjangan)
  • Hilang anggota tubuh badan secara tiba-tiba
  • Kematian orang yang disayangi secara tiba-tiba
  • Perceraian
  • Masalah rumahtangga
  • Masalah keluarga
  • Penyalahgunaan dadah dan arak
  • Pengambilan ubat-ubatan ter tentu
  • Mangsa penderaan
  • Tekanan di tempat kerja
  • Pernah mengalami penderaan semasa kanak-kanak
  • Kecenderungan mudah risau atau bimbang
  • Perasaan sedih semasa dalam pantang (selepas bersalin)
  • Krisis ekonomi

 Kesan sampingan

  • Mulut kering : minum air yang banyak, kunyah gula-gula getah yang kurang gula, bersihkan gigi setiap hari
  • Sembelit : makan bijirin, buah prune, buah-buahan dan sayur-sayuran
  • Masalah pundi kencing
  • Masalah seksual
  • Penglihatan yang kabur
  • Pening

Pencegahan

  • Ketahui penyakit anda
  • Patuh kepada ubat-ubatan dan rawatan susulan
  • Ber tenang dan sentiasa bersikap positif
  • Rancang kewangan anda
  • Amalkan gaya hidup sihat
  • Menyertai aktiviti yang akan membuat kita rasa gembira. Contohnya bersenam, menonton wayang, menyertai aktiviti keagamaan atau sosial
  • Pecahkan tugasan yang besar kepada yang kecil dan beri keutamaan

Rawatan

Penyakit kemurungan boleh dirawat, lebih 80% daripada pesakit dapat disembuhkan sepenuhnya dengan rawatan yang teratur dan intensif

  • Penggunaan ubat ‘Anti-depressant’
  • Terapi elektrokonvulsif (ECT)
  • Psikoterapi
  • Kaunseling

Apa yang perlu dibuat jika anda mengalami kemurungan

  • Berjumpa dengan doktor di Hospital/ Klinik Kesihatan yang terdekat
  • Berjumpa dengan kaunselor
  • Buat sesuatu yang boleh membuat anda ketawa
  • Rehatkan diri dari perkara rutin
  • Elakkan membuat keputusan yang besar dan berisiko
  • Pecahkan tugasan yang besar kepada yang kecil dan beri keutamaan
  • Dekatkan diri kepada tuhan

Salah faham tentang kemurungan

  • Ianya tidak boleh dirawat
  • Ianya tidak perlu dirawat dan boleh hilang dengan sendirinya
  • Ianya sesuatu yang memalukan
  • Ianya petunjuk seorang yang mempunyai karektor yang lemah
Published by
Almaswa Che Ros