Shuhada Ditumbuk Sampai Berjahit, Tubuhnya Pun Dah Nampak Berubah

Share

Masih hangat cerita rumah tangga Shuhada ditumbuk suaminya yang merupakan pelakon drama, Hafidz Roshdi sebanyak tiga kali hingga menyebabkan kecederaan.

Menerusi temu bual bersama Melodi yang disiarkan tengah hari tadi, Shuhada atau nama penuhnya Nurul Shuhada Mat Shukri menyifatkan kesakitan pada bahagian wajahnya lebih perit berbanding jahitan bersalin.

Shuhada Ditumbuk Sampai Berjahit, Tubuhnya Pun Dah Nampak Berubah

Apabila ditanya sama ada suaminya membantu atau memohon maaf selepas kejadian itu, Shuhada sukar untuk menjawab.

“Hadiah hari jadi (penumbuk) saya ke-29, dapat lebih daripada 10 jahitan. Jahit ni lagi sakit dari jahit beranak, sakit sangat-sangat. Nasib tak kena kat mata, tak pasal buta sebelah lagi la susah kan.

“Tak boleh nak describe macam mana. Susah nak cakap. Kita tak tahu keikhlasan orang. Dah minta maaf ke? Hanya Allah yang tahu,” katanya.

Bagi Shuhada, cukup sudah dia bersangka baik terhadap Hafidz dan nekad untuk meneruskan kehidupan bersama anak-anak serta tidak mahu lagi toleh ke belakang.

“Rasanya dia lagi tahu. Shu tak boleh nak komen sangat, benda dah lepas. Shu harap perkara ini akan iktibar untuk semua. Kalau pun pernah terjadi, serahkan kepada pihak polis untuk selesaikan. Kita tahu kita di tangan yang betul,” katanya.

Dalam pada itu, Shuhada menafikan dakwaan netizen dia membuat provokasi sehingga suaminya bertindak sedemikian. Katanya lagi, meskipun rumah tangganya bergolak namun dia bercakap baik-baik dengan Hafidz.

“Dah tujuh tahun kahwin dengan Hafidz, dah tahu perangai dia macam mana. Macam mana nak handle. Dari pengalaman yang lepas.. kalau saya mengeluarkan kata-kata provokasi, memang saya bodohlah untuk dapat luka macam ni.

“Pihak luar sana, korang tak kenal Shu macam mana. Shu dan Hafidz still bercakap dengan baik. Dengan pihak ketiga pun, saya takkan jatuhkan maruah pergi tarik-tarik rambut,” katanya.

Nampak Makin Turun Kilo

Menerusi perkongsian laman Instagram miliknya, nampak Shuhada berkongsi satu sekeping gambar yang jelas nampak penurunan kilo.

Terselit beberapa komen netizen yang menarik perhatian berkait turun berat dan kelukaan yang dialami wanita ini:

“Dah kurus banyak. Betul lah orang kata ubat kurus paling mujarab is makan hati.”

“Kenapa ko makin cantik dik..aku tak paham lah setiap kali baru berpisah tiba-tiba perempuan jadi makin cantik.. suka akak tengok.”

Doakan Kebahagian Bekas Suaminya Dengan Orang Baru

Kata Shuhada lagi, jika suaminya ditakdirkan berkahwin dengan orang ketiga yang didakwa mengganggu rumah tangga mereka iaitu Athira Yuhada, dia mendoakan agar mereka bahagia.

“Kalau betul Hafidz dan Athira berkahwin, saya mengucapkan selamat pengantin baharu. Hidup lah dengan bahagia, tenang, dirahmati Allah SWT. Semoga perkahwinan anda berdua kekal hingga ke jannah,” katanya.

Bukan mudah untuk mempertahankan rumah tangga, namun jika sampai tahap naik tangan, sukar untuk seorang perempuan terus bertahan. Apa lagi untuk melupakan selepas berparut bagai.

Rapi mendoakan yang terbaik buat Shuhada dan anak-anaknya, moga berjaya dalam dunia bisnes yang dia terokai.

 

Published by
Nadia