Sekarang Shila Amzah atau Nurshahila binti Amir Amzah dilihat cukup aktif di laman sosial dengan perkongsian aktivitinya bersama anak, kekasih dan rakan-rakan rapatnya.
Namun baru-baru ini kisahnya menjadi buah mulut netizen selepas ayahnya iaitu Nd Lala telah berkahwin satu lagi, yang mana ibu tirinya itu merupakan bekas kawan baik Shila semasa dibangku sekolah.
Setakat ini Shila masih berdiam diri dengan isu tersebut walau hangat diperkatakan. Namun semalam, Shila membuat live di tiktok miliknya dan memberitahu sesuatu yang mengejutkan buat peminatnya.
“Sha nak bagi tahu korang satu benda, Sha adalah mangsa penderaan. mangsa dera emosi, mangsa dera fizikal, mangsa dera financial, semua. Jadi nama-nama yang korang selalu sebutkan itu menyumbang 50 peratus daripada trauma yang Sha kena hadapi sampai hari ini. Dia merangkumi semua, boyfriend, suami, family.”
Kata Shila dengan air wajah yang berat.Shila memberitahu bahawa dia merupakan mangsa dera emosi, fizikal serta kewangan. Namun Shila tidak mahu mengulas dengan lebih lanjut kerana khuatir akan membuka aib serta tidak mahu perkara ini menjadi besar.
Tambah Shila lagi, tidak mudah menjadi anak sulung kerana sering bermain dengan emosi serta tekanan. Namun perkara itu tidak dapat diluahkan olehnya. Tanggungjawab sebagai anak sulung sangat besar sehingga mengabaikan emosi sendiri kerana ingin menjaga emosi orang lain.
Kalau dilihat gaya luahannya, dia seolah-olah menyimpan satu rahsia yang cukup besar kerana tidak mahu membuka aib sesiapa.
Apa pun Rapi mendoakan moga kehidupan Shila lebih tenang dan bahagia bersama orang tersayang.