Sebenarnya anda boleh servis aircond sendiri di rumah dan tanpa mengeluarkan modal yang besar, anda akan rasa penghawa dingin itu sejuk kembali.
Menurut satu ciapan di laman Twitter, anda boleh belajar tentang cara servis aircond sendiri di rumah hanya dengan modah RM25 sahaja. Yang paling best adalah caranya adalah mudah dan orang perempuan pun boleh buat!
Tulisnya, “Harini aku nak share kat korang cara nak servis aircond sendiri kat rumah. Bermodalkan RM25 ringgit jer kompom aircond korang yang kat rumah yang dah tak sejuk tu terus jadi macam baru.”
Ada empat step yang mudah. Perempuan pun boleh buat. Step easy dan mudah jer:
1. Buka cover aircond dan keluarkan filter. Make sure dah tutup switch aircond tau.
2. Spray cleaner ni dalam cooling fins/coils aircond tu.
3. Biarkan dalam 10 minit, kotoran tu nanti akan keluar ikut paip belakang aircond. Tak perlu basuh ke apa dah.
4. Lepas 10 minit pasang balik filter dan cover aircond tu settle.
Okay, selepas ini anda boleh lah buat sendiri di rumah ya. Jimat duit, tak payah upah orang datang servis aircond.
Selamat mencuba, semua!