Selesai Terima Vaksin Covid-19, Ayda Jebat Kongsi Cara Dapatkan Tarikh Temujanji Melalui MySejahtera

Share

Baru-baru ini viral dikatakan ada cara mudah untuk mendapatkan temujanji suntikan vaksin.

Namun pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menafikan mesej berkenaan adalah palsu.

Malah kenyataan daripada pihak KKM ini mengingatkan orang ramai untuk tidak ke cara mudah berkenaan kerana boleh menenggelamkan admin sahih yang dihantar kepada MySejahtera.

Namun bagi pelakon dan penyanyi Ayda Jebat turut berkongsi cara untuk mendapatkan tarikh temujanji.

Menurutnya, cara berkenaan bukanlah kalau dibuat akan confirm dapat tarikh temujanji, tetapi menurutnya usaha dilakukan menyebabkan dia dan beberapa orang buat menjadi.

Lebih-lebih lagi dia yang kini hamil anak pertama, dan sudah selesai menerima vaksin pertamanya.

Menurutnya Ayda, dia tidak mengalami sebarang side effect selepas mengambil vaksin berkenaan.

Dalam pada itu Ayda juga turut mengingatkan wanita hamil lain untuk mengambil vaksin bagi menjaga diri dan bayi dalam kandungan.

Ayda turut mengingatkan orang ramai untuk tidak menakutkan orang lain dengan muat naik video menangis atau meraung sebab takut disuntik.

Malah sepatutnya menjadi tanggungjawab kita utuk menggalakkan mereka mengambil vaksin walaupun takut.

Ayda turut memesan supaya warganet dan followernya untuk menggunakan platform media sosial yang ada bagi menyalurkan makluman sebanyák mungkin.

SWIPE TILL THE END

Assalamualaikum semua. Haritu saya share dekat ig story maybe ramai tak sempat tengok. Saya baru settle editkan steps ni untuk korang. Saya tak dibayar untuk post benda ni, bukan paid review ya. Saya kongsi apa yang saya buat dan berjaya dapatkan vaksin. Bismillahirrahmanirrahim, Selamat mencuba! 

Tag kawan and family korang kat bawah to share this steps. Yang dah buat and dah dapat date appointment please comment jugak! Kasi semangat. Yang takmau amik vaksin, dok diam-diam. 

#AydaJebat #SayaShareBendaYangPatutDiKongsi #YangDapatAlhamdulillah #YangTakDapatHarapBersabar

Step 1

Step 2

Step 3

Step 4

Step 5

Step 6

Step 7

Selesai

Artikel Berkaitan:

KKM Ingatkan Mesej Jalan Pintas Dapat Vaksin Covid-19 Palsu, Minta Orang Ramai Sabar Tunggu Giliran

Lepas 38 Hari Bebas Covid-19, Puteri Sarah Liyana Terima Suntikan Vaksin & Jadi Volunteer Di PPV

Kekacang ‘Snacking’ Paling Baik Untuk Yang Selalu Lapar. Pakar Nutrisi Kongsi Makanan Lain Boleh Ambil!

Published by
Siti Zurina Mat Saman