Seperti yang diumumkan rakyat di negara kita akan menerima vaksin Covid-19 dalam masa terdekat bagi menangani virus merbahaya ini.
Bagi mereka yang tidak tahu bagaimana untuk mendapatkannya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam perkognsian status di twitter memberitahu kaedahnya untuk orang awam mendaftar.
Sementara itu Pada 4 Februari lalu, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan berkata kerajaan akan memulakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan tiga fasa mulai hujung bulan ini, dengan kerajaan menyasarkan sebanyak 80 peratus populasi negara ini atau 26.5 juta individu menerima vaksin itu yang akan diberikan secara percuma.
Fasa pertama dari Februari hingga April adalah untuk kira-kira 500,000 petugas barisan hadapan yang terbabit secara langsung dalam memerangi wabak itu, sementara fasa kedua dari April hingga Ogos bagi kumpulan berisiko tinggi iaitu warga emas berusia 60 tahun ke atas serta kumpulan rentan dengan masalah morbiditi seperti penyakit jantung, obesiti, diabetes dan tekanan darah tinggi selain golongan orang kurang upaya (OKU).
Fasa ketiga pula adalah bagi golongan dewasa berusia 18 tahun ke atas dari Mei ini hingga Februari tahun depan.
Pada 8 Januari lalu, Khairy mengumumkan bahawa vaksin Pfizer-BioNTech berjaya didaftar oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), sekali gus memberi kelulusan bersyarat untuk penggunaan vaksin itu di negara ini.
Selain Malaysia, 49 negara lain turut memberi kelulusan terhadap vaksin berkenaan dengan sebahagian negara terbabit telah mula menggunakan vaksin itu.
Untuk rekod, vaksin Pfizer juga menjadi vaksin COVID-19 yang pertama mendapat perakuan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk kegunaan kecemasan.
Sumber: Twitter KKM & Berita Harian
Artikel Berkaitan:
Hilang Suara, Salah Satu Gejala Luar Biasa Covid-19 Ramai Tak Tahu. Biasa Dialami Pesakit Berusia!