Sebab ‘ulat’ terasa macam nak cabut hidung. Doktor ini beri nasihat rawat masalah resdung. Jika seseorang itu mengalami masalah resdung, memang akan terasa gatal yang teramat sangat terutama di bahagian hidung.
Ada kalanya seperti mahu dicabut hidung dan terasa seperti ulat berada di tengah sedang merayap-rayap. Rasa gatalnya hanya mereka yang alami dapat merasainya sendiri.
Situasi ini dilalui seorang pesakit resdung melalui perkongsian Dr Samhan di laman twitternya. Beliau turut memberitahu simptom resdung serta rawatan terbaik untuk mengatasinya.
Artikel Lain: Elisya Sandha Gigih Buat Senaman, Rahsia Badan Kekal Langsing Lepas 3 Bulan Bersalin
“Ada kawan saya cadangkan buat rawatan tradisional. Dia kata habis keluar semua ulat. Memang lega. Betul ke doktor?”
“Ok baik, saya cuba jelaskan tentang resdung”
Resdung dalam istilah perubatan dipanggil sebagai Allergic rhinitis.
Jadi, ia adalah penyakit alahan. Kalau salah makan, hidung beringus, tersumbat, selalu bersin dan juga hidung gatal.
Ini disebabkan bila tersalah makan, makan makanan yang sesorang itu alah padanya, badan akan menghasilkan satu kompaun bernama histamin.
Histamin inilah yang akan menyebabkan simptom resdung berlaku.
Kebiasaannya sinusitis bermula dengan ‘allaergic rhinitis’ sebelum menjadi ‘acute atau chronic sinusitis’.
Sinusitis adalah bilamana pesakit akan mengalami demam, sakit kepala, selsema yang kuat, hingus yang pekat bewarna kuning atau hijau atau bercampur darah. Mulut juga berbau busuk.
Sakit kepala yang sangat teruk, di dahi atau muka terutamanya di tengah hidung atau pipi adalah tanda utama bagi sinusitis.
Penyakit ini boleh terjadi sekali, atau berulang kali dan berlanjutan beberapa minggu. Jika melebihi 12 minggu, ia dinamakan kronik sinusitis. Selain itu, pesakit juga boleh komplikasi seperti otitis media (Jangkitan kuman di bahagian tengah saluran telinga iaitu di belakang gegendang telinga) dan Sleep Apnea(Berhenti bernafas terutamanya ketika waktu tidur).
Artikel Lain: Hidung Tersumbat Berpanjangan Penyebab Resdung & Boleh Bawa Maut. Doktor Kongsi Rawatan Atasinya!
Rawatan paling mujarab adalah dengan MENCEGAH.
Mencegah dari histamin keluar!
Dah tahu ada allergik dengan makanan laut,janganlah makan.
– Elakkan pelihara binatang berbulu
– Jangan guna bantal, selimut dari bulu binatang
– Pastikan rumah dibersihkan
– Guna penyedut hampargas dengan filter HEPA
– Minum air banyak
– Elakkan makanan laut – udang sotong kerang
– Gunakan penutup hidung jika persekitaran berhabuk
Jika berlaku serangan resdung, ambil ubat anti-histamin.Ia melawan kesan histamin yang menyebabkan simptom resdung.
Loratadine ini adalah generasi kedua antihistamin yang boleh mengelakkan beberapa kesan sampingan ubat histamin generasi pertama yang selalunya menyebabkan rasa mengantuk seperti chlorpheniramine(piriton).
Selain itu, nasal spray(decongestants) juga digunakan untuk mengecutkan salur darah pada lubang hidung supaya kurang hingus dihasilkan.
Jika anda mengalami resdung yang melampau, adalah lebih baik berada di bawah pantauan doktor.
Kesemua ulat-ulat yang dilihat semasa prosedur dijalankan ialah berasal daripada lipas tanah yang digunakan sebagai proses rawatan.
Kenapa ulat daripada lipas? Lipas merupakan salah satu serangga yang membawa pelbagai jenis parasit seperti virus, bakteria dan kulat.
Kajian telah pun dilakukan di Afrika yang melibatkan 6000 ekor lipas.
Pemeriksaan pada semua organ serta sistem pencernaan lipas mendapati terdapat banyaknya parasit seperti cacing Trichuris trichiura, Taenia spp. dan Ascaris lumbricoides serta banyak lagi parasit lain.
Jadi apabila bahagian tengah lipas ini dipotong dan dilumur pada wajah pesakit, cacing-cacing ini masih boleh dilihat semasa prosedur rawatan resdung dilakukan.
Ulat-ulat itu memang datang dari lipan tanah bukan dari hidung!
“Jadi memang tiada ulat dari hidung la doktor?”
“Kalau betul ulat itu dari hidung, kenapa ulat resdung ini hanya muncul ketika rawatan itu sahaja? Tak keluar masa kita tengah basuh muka ke,tengah tidur ke, tengah makan nasi tiba-tiba jatuh ulat atas nasi. Betul tak?”
Gatal ini bukan sebab ulat ya.
Artikel Lain: Bosan Dikata Mengandung, Wanita Nekad Diet Eat Clean & ‘Non Stop’ Buat Senaman Bakar Lemak