Sangka Sakit Sebab Keracunan Makanan. Rupanya Mengandung Luar Rahim & Terpaksa Bedah Segera!

Share

Siapa sangka pada mula menyangka dirinya hanya sakit perut disebabkan masalah keracunan makanan, tetapi rupanya penyakit lain yang datang.

Lebih teruk lagi perlu melakukan prosedur pembedahan jika tidak mahu memudharatkan kesihatan.

Sebelum itu dia yang lewat datang period lebih sebulan tidak menyangka rupanya disahkan hamil. Namun kandungan itu tidak seperti diharapkan apabila berada di luar rahim.

Perkongsian Dr Samhan di laman twitter memberitahu perkara ini yang mana kandungan luar rahim ini juga boleh membahayakan nyawa seseorang.

Artikel Lain: Kandungan Gula Tinggi Sering Ganggu Pesakit PCOS. Ini Amalan Perlu Buat Dicadang Pakar Pemakanan!

Barulah dia sedar dia tak datang period lebih sebulan. Ingatkan biasa sebab period memang tak menentu.

“Tahniah puan. Puan hamil”

Terpacar wajah yang ceria. Bersinar matanya bila mengetahui berita gembira ini.

“Sebelum itu, kita scan dulu ya”

Ketika probe ultrasound diletakkan, rahim kosong. Hati mula berdenyut laju. Jauh di sudut hati, berdoa dijauhkan dari apa yang difikirkan.

Bila di alihkan probe ke sebelah kanan, nampak ‘bengkak’ di kawasan tiub fallopion. Juga ada ‘free fluid’ di rongga badan.

Kandungan luar rahim!

Kemungkinan besar darah dari kandungan luar rahim telah pecah. Lantas mata terus melihat skrin tekanan darah si ibu. Masih stabil.

Hasil dari pemeriksaan doktor sakit puan, Puan H disahkan mengandung luar rahim dan perlu menjalani pembedahan dengan segera

“Hah, betul ke doktor saya mengandung luar rahim?”

“Iya, kita perlu buat pembedahan bimbang pendarahan makin banyak dan boleh membahayakan nyawa puan”

“Tapi suami saya masih dalam perjalanan dari Johor. Keluarga saya tiada disini. Boleh ke tunggu dia sampai?”

“Tak boleh puan. Semakin lama biar semakin banyak pendarahan”

Hasil perbualan dengan ibunya, ibunya suruh balik. Jumpa bidan untuk urut betulkan rahim supaya kandungan boleh masuk ke dalam rahim.

Terus biru muka doktor sakit puan dengan keputusan yang dibuat pesakit.

Dalam 30 minit kemudian, denyut nadi semakin naik. Tekanan darah semakin turun. Muka semakin pucat. Puan H rasa nak pitam,jantung berdenyut laju. Perut terasa perit!

Puan perlu buat keputusan sekarang. Ini melibatkan nyawa puan!

“Doktor, saya nak buat pembedahan”

Hasil pembedahan, darah hilang hampir 4 liter. Puan H dapat diselamatkan tetapi kandungan tak dapat diselamatkan dan tiub fallopion disebelah kanan terpaksa dibuang.

Artikel Lain: Sangka Bebas Kanser Rahim, Tapi Dikesan Kanser Usus Tahap 4. Wanita Kental Hadapi Dugaan!

Rupanya masih ramai tak faham tentang kandungan luar rahim.

Apabila sperma dan ovum bercantum akan menghasilkan zygote. Zygote akan berkembang dan jadi blastocyst. Secara normal, blastocyst akan menempel di dinding rahim.

Jika cantuman sperma dan ovum berlaku di tiub fallopion dan blastocyst menempel dan berakar disitu, kita panggil kandungan luar rahim. Mana mungkin seorang bayi boleh membesar di tiub fallopion. Tiub fallopion pasti pecah.

Tak mungkin dengan urutan boleh kembalikan blastocyst ke ruang rahim sebab ia bukan melekat biasa tapi berakar disitu. Lekatannya kuat!

#Share kisah ini sebab masih ramai yang belum faham tentang kandungan luar rahim yang boleh meragut nyawa. Malah masih ramai yakin dengan urutan mampu kembalikan kandungan ke ruang rahim.

Artikel Lain: “Doktor Kata Saya Hampir Hampir Nyawa” – Shima Anuar Kongsi Detik Mengerikan Hamil Luar Rahim!

Published by
Siti Zurina Mat Saman