Salad Buah Kudapan Terbaik Bantu Turunkan Berat Badan Cara Sihat. Semak Khasiat Lain Nutrisi Ini!

Share

Untuk mereka yang mahu berdiet, sangat elok mengamalkan makan salad buah sebagai menggantikan kudapan ringan lain.

Bukan saja sedap, tetapi salad buah juga sangat baik untuk kesihatan tubuh dan boleh membantu menurunkan berat badan dengan cara lebih sihat.

Walau bagaimanapun ada cara tertentu membuat salad buah ini untuk jadi sajian lebih sihat dan berkhasiat.

Resepi Salad Buah Lebih Sihat & Mengenyangkan

Bahan-Bahan:

– Sebiji epal, sebiji lai, sebiji pear hijau & kuning, sebiji oren (apa-apa buah pun boleh, ikut selera masing-masing)

– Setengah tin susu cair

– Satu botol yogurt (130g)

– 5 sudu besar mayonis

Cara Membuat:

1. Potong buah dada untuk semua buahan.

2. Masukkan dalam mangkuk semua buahan yang telah dipotong

3. Masukkan susu cair, yogurt dan mayonis. Gaul hingga mesra kemudian bolehlah masukkan ke dalam peti ais. Nyaman bila di makan dalam keadaan dingin.

Khasiat Salad Buah:

1. Membantu Penurunan Berat Badan

Buah-buahan terdiri dari air dan serat, memastikan kandungan kalori tetap rendah, yang akan membantu menurunkan berat badan. Salah satu contoh buah yang ideal adalah kiwi yang memiliki serat tinggi dan kalori rendah, ideal untuk mengatur berat badan. Kiwi berukuran sedang hanya mengandungi sekitar 50 kalori, dan kandungan seratnya memberi rasa kenyang di perut.

2. Memberi Nutrisi Menyihatkan

Buah-buahan yang kaya vitamin C seperti kiwi atau strawberi, membantu pertumbuhan dan perbaikan jaringan dalam tubuh. Kandungan serat pada buah juga diketahui dapat meningkatkan fungsi usus, yang mencegah sembelit dan bahkan dapat membantu mengatasi asma.

3. Melancarkan Pencernaan

Salad buah dengan kandungan serat yang tinggi dapat membantu melancarkan pencernaan. Buah-buahan seperti oren dan pisang mengandung lebih sedikit fruktosa, membuatnya lebih mudah dihadam dan cenderung tidak menyebabkan gas. Buah-buahan ini juga mengandung inulin, zat yang merangsang pertumbuhan bakteria baik di usus.

Artikel Berkaitan:

‘Jump Rope’ Senaman Popular Sepanjang PKP. Salah Satu Kebaikan Bantu Bakar Lemak Di Perut!

5 Bulan Diet, Wanita Berjaya Transformasi Dari 95KG ke 58KG. Dedah Rahsia Hilangkan Lebih 30 KG!

Elak Dapat Kecederaan Serius, Jangan Buat 3 Kesalahan Ini Waktu Senaman Jump Rope

Published by
Siti Zurina Mat Saman