Sakit Tumit Itu Signal Kaki Tak Selesa, Amalkan 4 Tip Ini Kalau Berjalan Lama

Share

Ada sesetengah wanita, sanggup pakai kasut tumit tinggi untuk kelihatan anggun dan penampilan yang lebih menarik walau hakikatnya kesannya tidak bagus untuk kaki.

Ya, mungkin bagus dari sudut pandang mata tetapi jika ada kesan pada tumit kaki, lebih baik anda memilih kasut yang selesa untuk memakai dalam tempoh yang lama.

Sakit Tumit Itu Signal Kaki Tak Selesa, Amalkan 4 Tip Ini Kalau Berjalan Lama

Jangan pandang remeh soal sakit tumit sebab ini akan memberi kesan yang tak bagus pada kaki dan mengganggu aktiviti harian.

Jadi jom memilih ‘jalan’ yang lebih sihat untuk kaki dari peringkat awal, walau pun anda masih dalam lingkungan 20-an.

1. Senaman tapak kaki

Agak-agak macam dah seharian berjalan, buat senaman tapak kaki. Tak perlu tungu dah sakit ya baru nak buat kerana ia akan lebih menyakitkan. Cuba senaman seperti toe curls

, regangan betis, dan towel scrunches. Latihan ini boleh meningkatkan fleksibiliti, kuatkan otot dan ligamen di kaki anda sekaligus memberi sokongan pada tumit.

 

2. Elakkan Pemakaian Kasut Tumit Tinggi

Lebih tinggi tumit kasut sebenarnya lebih banyak tekanan diberikan pada tapak kaki. Tambahan pula bagi mereka yang mempunyai berat badan berlebihan. Nak uji kesesuaian kasut tumit tinggi juga ada caranya.

Cuba kasut tinggi berkenaan dan berdiri tegak (tanpa membengkokkan lutut) dan tumit kasut boleh diangkat setinggi satu inci. Kalau tak lepas ujian ni, lupakan kasut tinggi!

3. Kawal Berat Badan

Sekiranya anda mempunyai berat berlebihan, secara tidak langsung badan memberikan bebanan berat kepada tumit kaki. Jadi jaga pemakanan, kawal berat badan. Sentiasa peka dengan keadaan tubuh badan apabila kaki mula memberi signal tak selesa.

4. Guna Insole Untuk Keselesaan

Insole atau pelapik kasut berfungsi untuk membantu mengelakkan tekanan di bahagian kaki. Alat ini juga bertujuan menahan dan menyokong lengkok kaki anda. Paling best bila insole

tersebut jenis yang boleh diasingkan untuk dicuci.

Lebih Baik Pilih Kasut Yang Sesuai Dan Selesa

Melihat kepada betapa pentingnya insole kasut kepada kehidupan seharian juga aspek kesihatan kaki, Larrie, sebuah jenama kasut tempatan sejak 1978 kini menawarkan penjagaan tapak kaki untuk pembelinya dengan menyediakan insole yang selesa pada setiap kasut rekaan mereka.

Menawarkan 2 jenis insole yang bersesuaian untuk pemakaian harian baik untuk lelaki dan wanita, memang direka khas untuk menjaga tiga poin penting iaitu untuk menyokong tumit, tapak kaki dan bahagian jari.

Owh ya, rekaannya juga ada fungsi antibakteria bagi mengurangkan bau tidak menyenangkan pada bahagian kaki. Jadi tidak perlu risau kaki berpeluh atau berbau.

Kurangkan Hentakan Tumit Dan Tak Letih Bila Pakai

Untuk lelaki, Larrie memperkenalkan Rebound Foam Footbed yang direka dengan menggunakan kusyen yang lembut dan selesa serta tidak licin untuk memastikan pemakaian yang selesa dan berterusan. Kasut ini juga direka untuk mengurangkan tekanan semasa hentakan tumit dan mengurangkan keletihan kaki sewaktu berjalan.

Reka bentuk acuan tumit kasut yang berbentuk U juga mampu menstabilkan tumit dan mengurangkan ketegangan dan tekanan pada setiap langkah.

Manakala bagi wanita, LARRIE Women Extra Comfort Insole Arch Support Multi-Purpose Insoles ini bertindak sebagai bahan anti bakteria dimana setiap rekaannya didatangkan dengan ukuran ‘free-size’ yang boleh dipotong mengikut keselesaan kaki. Selain itu sokong lengkung yang direka bersama insole ini juga dapat memberikan keseimbangan dan kestabilan pada kaki.

Koleksi Larrie insoles boleh dibeli secara berasingan atau berserta kasut di butik Larrie atau secara atas talian di www.larrieshoes.com dengan harga bermula dari RM39.00 sehingga RM99.00

Published by
Nadia