‘Sakit Tekak, Sukar Bernafas Bila Tonsil Terlalu Bengkak.’ Periksa Dulu Tahap Penyakit Tonsilitis, Baru On Antibiotik

Share

‘Sakit tekak, sukar bernafas bila tonsil terlalu bengkak.’ Periksa dulu tahap penyakit tonsilitis, baru on antibiotik. Tidak semua kes tonsil bengkak perlukan rawatan antibiotik.

Kongsi lelaki ini, Dr Arisman, MD :

Sakit Tekak

Semalam waktu on duty dapat 1 kes seorang ayah bawa seorang anaknya sebab sakit tekak sahaja dan katakan anaknya ada tonsil bengkak.

Ayahnya mahu rawatan antibiotik. Saya ambil sejarah dan buat pemeriksaan mendapati tonsil bengkak tahap 2 sahaja dan tidak ada tanda peradangan, maka antibiotik tidak perlu lagi. Saya berikan info ini kepada ayahnya.

Tonsil yang bengkak dan meradang ini kita panggil tonsilitis. Bila tekak turut sakit dan menjadi merah (tanda peradangan) ini kita panggil tonsilopharyngitis or pharyngotonsilitis.

Artikel Berkaitan: 

Merana Akibat Sakit Tekak. Doktor Kongsi Cara Kumur Air Garam Atau Makan Aiskrim Kurangkan Sakit!

Ketulan Putih & Berbau Busuk Dalam Mulut, Doktor Gigi Ini Jelaskan Punca Sebenar Tonsil Stones

Sukar Bernafas

Penyakit tonsilitis ini kebanyakan kami jumpa dan rawat pada golongan kanak-kanak terutamanya. Dan jika ada ibu bapa bawa anak kecil mereka berjumpa saya sebab demam atau tak nak makan, saya akan wajib periksa tonsil anak tersebut.

Tonsilitis penyakit jangkitan kuman dan peradangan. Dan jika ianya disertai dengan demam, sudah pasti ibu bapa datang ke klinik dengan tujuan nak antibiotik. Betul tak?

Keadaan tonsilitis tidak semuanya memerlukan rawatan antibiotik. Kita boleh bezakan secara pemeriksaan keadaan mulut dan tonsil itu sendiri (seperti dalam gambar di bawah)

Bila Tonsil Terlalu Bengkak

Kita juga perlu tahu tonsil yang bengkak mempunyai 5 tahap atau grade. Grade 3 dan 4 adalah kes di mana pembuangan tonsil boleh dipertimbangkan jika ianya perlu.

Gejala tonsilitis biasanya demam disertai batuk, sakit tekak, anak tekak sakit bila menelan, nafas berbau atau merasa sukar bernafas jika tonsil terlalu bengkak.

Apa yang perlu ibu bapa lakukan jika anak suspek tonsilitis? Sila bawa ke klinik terdekat jika ;

Demam berterusan tinggi

Anak tidak dapat makan atau minum dengan baik akibat sakit tekak

Benjolan (lymph nodes) dirasakan pada bahagian leher atau tepi telinga

Lihat tekak anak puan, jika tonsil terlalu bengkak iaitu grade 3 atau 4 (lihat gambar di bawah) sila bawa ke klinik.

Baca Juga Di Sini : 

‘Demam Panas, Batuk Tiba-Tiba.’ Bahayanya Virus Influenza, Jika Tak DiRawat Sebabkan Pelbagai Komplikasi

Demam, Ulser, Lepuh Di Tapak Tangan & Kaki Petanda Dijangkiti HFMD. Doktor Beritahu Langkah Pencegahan!

Periksa Dulu

Jika doktor mengesahkan tonsil anak berlaku peradangan dan kemungkinan penyebabnya adalah kuman bakteria, maka antibiotic adalah perlu diberikan.

Kebanyakkan kes tonsilitis adalah jangkitan kuman virus (misalnya herpes simplex virus, adenovirus, dll). Hanya 15 hingga 30 peratus disebabkan oleh kuman bakteria dan memerlukan antibiotik. ( most common GABHS (streptococcus pyogens)

Tahap Penyakit Tonsilitis

Perlu antibiotik kuat ke doktor?

Ini tergantung dengan pemeriksaan doktor tersebut. Biasanya saya akan mengambil ujian darah jika demam terlalu tinggi (39 degree ke atas atau demam 3 hari berterusan) sebelum memutuskan untuk beri antibiotik jenis kuat atau biasa dahulu.

Jika tonsilitis anak anda adalah suspek berpunca dari kuman virus. Maka kes begini sama sekali tidak memerlukan antibiotik!

Kenapa doktor tak nak start antibiotik?

Soalan ni kerap ibu bapa tanya saya, selepas saya terangkan baru lah mereka faham dan setuju tak nak start antibiotik.

Pertama. Antibiotik tidak membunuh kuman virus.

  • Jika diberikan antibiotik pada anak-anak yang tidak memerlukannya, ianya hanya meningkatkan risiko kepada antibiotik resistance, risiko kepada alergi ubat, dan risiko menurunkan imunity anak (antibiotik tersebut akan membunuh kuman bakteria yang baik di dalam badan yg bertindak sebagai pertahanan tubuh).

Baru On Antibiotik

Tapi doktor, anak saya sudah banyak kali kena macam ini, doktor selalu bagi antibiotik selepas 1 atau 2 hari demam sudah ok.

Betul puan. Tapi kena tahu kes sebelum ini mungkin anak memang memerlukan antibiotik. Tapi kes kali ini tidak perlu.

Pertama. Kita buat ujian darah untuk menentukan sama ada kuman yang menyerang anak kita suspek bakteria atau virus. Ini boleh dilihat dengan bacaan sel darah putih (white blood cell, granulocytes count, lympocytes count).

Kuman virus adalah self limiting disease. Maksudnya kuman virus akan mati sendiri akibat diserang oleh pertahanan tubuh yang baik. Makanya selepas beberapa hari demam anak akan sembuh sendiri.

Demam Tak Semestinya Perlu Antibiotik

Pernah dapat kes anak demam 1 atau 2 hari, bagi ubat demam sahaja lepas itu anak sudah sembuh total? Pernah dapat kan? Nah itu kemungkinan besar hanyalah jangkitan kuman virus biasa. Tak perlu antibiotik pun.

Ingat. Demam tak semestinya perlu antibiotik. Tonsil bengkak tak semestinya kena makan antibiotik.

Dr. Arisman, MD

“Sama-sama belajar”

Medical Mythbusters Malaysia

Sumber : Dr. Arisman, MD

 

 

Published by
Syazwani Mehat