Rupanya Kandungan Gula Susu Pekat Lebih Tinggi. Ini Penjelasan Pakar & Cadang Pilih Susu Sejat!

Share

Lain orang lain cara masakannya. Begitu juga dengan seorang pengguna di laman sosial Facebook berkongsi cara masakannya dengan meletakkan satu sudu susu pekat dalam hidangan dimasak.

Tindakan itu telah mencetus pelbagai persoalan terutamanya kuantiti gula ‘tersembunyi’ sehingga mendapat perhatian Pensyarah Kanan Kimia, Universiti Teknologi Mara, Dr Fatimah Salim.

Menulis di Facebook, susu pekat manis merupakan susu yang dihasilkan daripada membuang lebih daripada 60 peratus kandungan air dalam susu lembu dan kemudiannya ditambahkan gula (45 peratus) dan ditinkan agar tahan lama.

Ayuh, ikuti perkongsiannya.

SUSU PEKAT MANIS TINGGI KANDUNGAN GULA

“Susu pekat manis merupakan susu yang dihasilkan daripada membuang lebih daripada 60% kandungan air dalam susu lembu yang mana kemudiannya ditambahkan gula (~45%) dan ditinkan agar tahan lama.

“Kebanyakkan susu pekat manis yang berada di pasaran juga ditambah dengan lemak kelapa sawit untuk mengurangkan penggunaan susu lembu dan boleh dijual dengan harga yang lebih murah (biasanya dilabel ‘filled milk’).

“Setiap 1 Oz (30 ml) susu ini mengandungi sekitar 15 g GULA (sukrosa dan laktosa), 2.5 g lemak (lebih separuh lemak tepu) dan 2.2 g protein. Ianya juga mengandungi kalsium, natrium, fosforus, selenium, riboflavin, vitamin B12 (biasanya ditambah vitamin A dan D3) dan choline.

“Susu pekat manis sangat popular digunakan dalam pelbagai jenis minuman dan makanan. Pengambilan susu pekat manis secara kerap dan berlebihan boleh membawa kepada 

pelbagai risiko kesihatan seperti diabetis yang mana akan menjadi pemangkin kepada penyakit lain.

“Disebabkan tinggi kandungan gula, alternatif yang lebih bagus ialah dengan mengantikannya dengan susu sejat. Ini kerana susu sejat juga dibuat daripada pepejal susu namun tiada penambahan gula.

“Susu pekat manis sebenarnya boleh dihasilkan sendiri di rumah dengan mencampurkan 1 bahagian susu sejat dengan 1 1/4 bahagian gula. Panaskan dan kacau sehingga gula cair, susu bertekstur pekat dan sejukkan. Atau boleh juga didihkan susu dengan gula sehingga ianya menjadi pekat (~60% kandungan air meruap).

Nota:

• Susu pekat manis yang sudah dibuka perlu disimpan dalam peti sejuk kerana jangka hayatnya berkurangan sekitar 2 minggu.

• Krimer manis/ sejat BERBEZA dengan susu pekat manis/ sejat. Krimer diperbuat daripada lemak minyak kelapa sawit. Sangat minima atau TIADA langsung kandungan susu! Oleh itu, baca label sebelum membeli.

Artikel Berkaitan:

Bahaya Rupanya Letak Esen Vanila Bila Sakit Gigi, Doktor Ini Dedah Akibatnya

Wanita Kongsi Guna 23 Produk Drugstore Paling Sesuai, Elak Wajah Bebas Cela & Alami Breakout

Dr. Izzar Jelaskan Risiko Salah Guna Spray Gun. Boleh Mudharatkan Pernafasan & Kesihatan Lain!

Published by
Siti Zurina Mat Saman