Rupanya Ini Yang Buat Diet Gagal, Patutlah Angka Penimbang Makin Bertambah!

Share

Masih ramai yang sedang berusaha keras untuk kurus tetapi diet gagal juga, ini semua disebabkan kurang kesedaran dan tiada ilmu dalam memilih makanan sihat.

Menerusi satu ciapan daripada Dr Samhan, sebenarnya ini lah perkara yang mungkin kita tak sangka akan jadi punca GEMUK!

Punca Diet Gagal

1. Makan laju sangat
Perut ambil masa 20 minit untuk rasa kenyang, kalau makan laju, otak kata masih lapar dan akan makan lebih banyak.

2. Kuah banjir melimpah ruah!

Ini boleh jadi punca kalori berlebihan, lagi-lagi kalau berlemak dan mengandungi santan!

3. Makan nasi bersulam air manis
Bukan tak boleh hentikan cara ini tetapi dah jadi tabiat. Suka sangat makan bersulam air, nak-nak pula kalau pedas. Tetapi kalau ikutkan orang dulu-dulu pun, memang tak elok makan bersulam air ni. Jom, ubah!

4. Makan nasi menimbun
Suka cedok nasi banyak terus, melebihi portion yang sepatutnya. Risau sangat perutnya tak kenyang. Atau mungkin dah nampak lauk pauk yang sedap depan mata. Itu yang gagal amal makan segenggam tangan.

5. Makan guna pinggan size besar!
Cuba ambil pinggan yang kecil, mesti anda segan nak tambah nasi. Dah kalau ruangnya besar, mestilah cedok nasi dan lauk banyak.

Kalau ikutkan, saiz standard pinggan makan 9 inci diameter.

6. Makan nasi goreng, bukan nasi putih
Biasanya pilihan nasi goreng ni berlaku bila makan kat kedai, sedap je order menu bergoreng sebab bukan kita yang masak. Itu yang jadikan diet gagal mudah.

Nasi/Mi/Kuew tiaw/bihun goreng tinggi lemak dan kalori berbanding nasi putih.

7. Ambil lauk banyak sangat
Istilah tercedok tetapi sebenarnya memang tak mampu nak kontrol. Masalahnya ambil lauk banyak sangat boleh membuatkan kalori anda pun terlebih.

8. Tak makan sayur atau buah
Macam mana nak kenyang kalau tak makan sayur dan buah? Kebanyakan buah-buahan dan sayur-sayuran ini mempunyai kandungan serat, vitamin, dan mineral yang baik.

9. Makan nasi berlauk makanan terproses
Ini pun satu masalah kalau anda memilih menu berlauk makanan proses. Jenis suka makan sosej, nugget, atau daging burger. Hancur lah diet.

Haaa.. jadi kalau betul anda nak kurangkan berat yang banyak, pastikan anda mampu mengubah amalan pemakanan yang diambil dalam kehidupan harian.

Published by
Nadia