Anda yang mempunyai anak kecil pastinya pernah berdepan dengan situasi anak mengalami hidung berdarah secara tiba-tiba.
Jika situasi ini berlaku, sebagai ibu bapa selalunya kita akan mudah diserang rasa panik membayangkan suatu yang buruk telah berlaku.
Adakah sebenarnya petanda ini tidak elok dan apa harus kita lakukan jika keadaan ini berterusan.
Ikuti perkongsian Pakar Bedah Telinga, Hidung & Tekak Dr Ezairy:
“Hidung berdarah pada usia kanak-kanak selalunya, walau tidak semestinya, disebabkan oleh masalah sinus atau resdung pada hidung yang tidak terkawal.
Hampir setiap hari bersin, gatal hidung, anak kita pun dok gosok-gosok garu hidungnya, maka pendarahan hidung amat mudah berlaku.
Jika ia berlaku, ibu bapa perlu ingat beberapa langkah ini:
– Bertenang dan jangan panik
– Dudukkan pesakit dan tundukkan kepala pesakit
– Picit atau compress hidung pesakit daripada luar. Lakukan langkah ini selama 10-15 minit. Ini akan menghentikan pendarahan
– Jangan dongak atau baringkan pesakit. Ini akan menghalang darah keluar ke depan, tetapi ia akan terus mengalirkan darah ke paru-paru. Bahaya!
Sumber: Dr Ezairy